Merintih melihat dunia… 3 November 2009
Posted by kaimislam in monolog, Panorama Dunia, Uncategorized.trackback
Pergerakan yang memerlukan sepenuh kekuatan
Bagaimana ingin dikatakan ya…
Kadang2 ada keinginan untuk lemahkanlah diriku dalam pemikiran sebegini.
Kerana, perkara begini sebenarnya tidak pernah berakhir.
Ku cuba untuk berhenti memikirkannya…. Kerana ia sentiasa berterusan dan berterusan…
….. masa yang akan sentiasa berlalu ku menjangkakan permasalahan sosial remaja tiada penurunan, malah semakin meningkat menuju ke arah kejahilan…
Dari rakan yang rapat, sehinggalah ke rakan yang ‘berinstitusi keagamaan’, semuanya menjurus ke arah pergolakan duniawi yang mereka cipta dan idamkan…
Di manakah pemuda-pemuda agama? Bukannya hanya tahu berjubah dan bersongkok, memegang tasbih, tapi tidak pernah kenali dunia dan permasalah yang mengaitkan diri mereka dalalm beragama….
Di manakah pemuda-pemuda agama? Di saat manusia semakin tertipu dek dunia, yang kuat dakwahnya, sana sini dia pergi, hulu hilir dia dikenali. Namun, bila bab cintan cintun, dia tak sesekali tertinggal pasti!
Huh, cantik bergaya di siang hari, konon ingin hanya mengenali, tetapi ke hulu hilir dibawanya seorang lagi ni pergi.
“Ala, kami bukan buat apa2, hanya sekadar bertanya khabar, berkenal-kenalan. Itu sahaja…”
“Dakwah bukan untuk lelaki sahaja, perempuan pun kita kena buat juga..” (KITA?)
Itu cerita si pemuda pemudi penggiat dakwah, yang bukan pula…. ROSAK….
Nafsu dibiarkan bertapak, Allah dan Rasul sengaja dikaitkan…
Hati ini sebenarnya sentiasa gundah dan gelisah… melihat kondisi masyarakat, khususnya remaja zaman millennium, dikatakan kebanyakan…
Ramainya yang semakin hanyut, ditelan nafsu yang menipu, Iblis dan Syaitan laknatullah yang menghasut….
Sangat ramai yang berfikir seperti apa yang dilakukan adalah perkara yang baik, namun, sedarkah kita, Iblis dan Syaitan laknatullah sentiasa menggoda dan menghasut anak Adam hinggalah ke akhir hayatnya?
Sering jua kufikir, biarkanlah diriku berseorangan dan bersendirian, mencari jalan dan tempat yang sebaiknya menuju jalan yang diredhai Allah…
Namun, itu bukanlah solusi. Berfikiran begini adalah pengecut dalam sebuah perjuangan!
Apa yang dilakukan ya?
Jernihkanlah pemikiranku ya ALLAH. Biarkanlah aku terasing dari dunia yang semakin menghilang nilai Islaminya. Tetapkanlah diri ini untuk teruskan perjuangan ini agar diriku sentiasa berada pada jalan yang Engkau redhai…
Kurniakanlah hambaMu ini petunjuk,kekuatan dan kesabaran. Perjalanan ini perlu diteruskan…
Selamatkanlah diri kami dari seksa dan azabMu, ya Allah. Selamatkanlah keluarga kami dari kefana’an dan peni[uan dunia ini ya Allah. Kurniakanlah kami kekuatan mendidik anak-anak kami berada dalam kebenaran dan jalan yang Engkau redhai, ya Rahman.
Kami merintih dan mengadu padaMu… Mengharpkan sungguh2 kekuatan dan pertolongan…
Bantulah kami…
Pimpinlah kami…
Peliharalah kami… Lindungilah kami….
Hidupkanlah nilai2 agamaMu dalam diri kami dan keluarga kami….
Janganlah Engkau memesongkan hati kami, setelah Engkau kurniakan kami petunjuk…. Sesungguhnya Engkaulah tuhan, yang Maha Memberi…
- Ingin sahaja ku menulis dengan lebih panjang. Mendedahkan kejahilan remaja antara masa dan ketika. Namun, masa tidak mengizinkan. Exam masih belum berakhir.
- Sekadar meluahkan initsari dalam hati. Agar dikurniakan ketenangan untuk terus study dan menghadapi peperiksaan… Amin
Berikanlah daku kekuatan, ketabahan, dan kesabaran….
What a really incredible writing!!!