Sifat Haiwan dalam Sifat Manusia

Sejarah telah mencatatkan bahawa ketika permulaannya sebuah tamadun, manusia tidak mempunyai apa-apa etikadan adab dalam setiap perbuatan,tingkah laku  dan pergaulan harian. Sikap gasak,kasar, tidak bertolak ansur dan mudah berbalah sesama sendiri terbukti pada suatu ketika dahulu.

Ketika dekad berganti dekad, kurun berganti kurun, dan zmaan berganti zaman, manusia telah menjadi semakin maju dengan dari segi perkembangan otak dan ilmu pengetahuan. Ilmu telah menobatkan manusia untuk hidup secara bertamadun, ada larangan dan perintah dari pemimpin yang berkuasa. Mereka mula hidup dengan kepimpinan, dan ada toleransi tertentu kepada pergaulan dan tata susila sesama agama dan bangsa.

Ketika perkembangan demi perkembangan dicapai oleh manusia, teknologi terkini dan inovasi tercanggih mula direka cipta dari semasa ke semasa. Kemudahan dan kesenangan mula digapai. Kerja yang diuruskan semakin mudah. Kemajuan dan kehidupan semakin merubah.

Malangnya, ketika bertambah agung manusia hidup bertamadun dari segi sumber dan taraf kehidupan, manusia semakin janggal dan alpa akan nilai tatasusila dan sifat kemanusiaan, yang diciptakan dengan sebaik-baik kejadian, demi kemewahan dan keagungan yang didamba-dambakannya.

Sifat di dalam sifat manusia.

Manusia kini semakin mudah untuk dinilai kepada sifat yang disebutkan ini. Dahulu, ia begitu terselindung dan sukar dikesan oleh mata kasar orang ramai. Kini,rata-rata kehidupan menunjukkan ramai sudah mula memiliki sifat yang janggal dan disama ertikan dengan kewujudan sifatnya pada haiwan.

Haiwan diciptakan memiliki sifat-sifat tertentu berdasarkan spesis dan habitat kehidupannya. Setiap habitat haiwan menggambarkan sifatnya yang berbeza. Sebagai contoh, singa memiliki sifat menerkam dan pemangsa dalam banyak keadaan. Mereka bagai sang raja, memiliki kuasa dan punya hak mutlak dalam menentukan sesuatu keputusan.

Anjing disanjungkan dengan sifat suka melawan. Perilaku dan sifatnya menjadikan setiap kewujudan si hadapannya akan ditentang oleh mereka. Provokasi dan api permusuhan dinyalakan sekiranya habitat kehidupan iru diperumpakan sebagai anjing.

Tikus disifatkan sebagai suka mencuri dan menyembunyikan tangan. Kelakuan sang tikus dengan kehidupannya yang tersorok atau tersembunyi menyebabkan ia sukar dikesan tetapi akan menimbulkan kerosakan. Mereka tidak melakukan secara terang-terangan, tetapi kehadiran mereka boleh dibuktikan.

Tetapi, dalam rangkuman sifat manusia kini ada dua perkara yang paling menonjol, khusus satu untuk seorang lelaki, dan satu lagi untuk seorang wanita.

Selicik Sang Serigala.

Serigala ialah sejenis haiwan yang hidupnya sebagai pemangsa yang bertugas memburu mangsa. Serigala yang terkenal dengan jolokan pemangsa yang ganas tetapi terselindung wajahnya, menimbulkan kesukaran untuk seseorang mengecam kewujudannya. Mangsa yang diburu pula bukanlah sebarangan, dagingnya lazat dan sedap untuk dibuat santapan harian. Montelnya si biri-biri, arnab hutan yang gempal, dan kancil yang lincah serta segar bugar dagingnya antara menu utama sang serigala.

Serigala memiliki suatu kemahiran, iaitu berburu. Kaedah buruannya bukanlah calang-calang, tetapi penuh dengan pemerhatian dan analisis yang terdahulu sebelum dijadikan menu hidangan. Mereka memiliki mata yang tajam, deria yang peka, gigi yang mencengkam, tubuh yang gagah, dan kaki yang kuat. Sekiranya sang serigala berjaya menemui si mangsanya, sukar bagi mangsanya untuk melepaskan diri mahupun menghilang diri. Mereka akan terus memerhati si mangsa terlebih dahulu dari pelbagai aspek dan bagaimana keseluruhan kehidupan mereka.

Kajian dan kepekaan yang dimiliki segalanya digunakan. Kemahiran yang teliti sentiasa dipraktikkan. Serigala sukar untuk dikesan, malah lebih sukar untuk ditangkap oleh pemburu hutan. Tetapi, dalam banyak kemahiran sang serigala, sifat berpura-pura itu yang paling hebat wujud dalam diri serigala. Mereka tidak datang dan terus menerkam, tetapi membuat penelitian yang amat dalam dan penuh perhatian. Mereka datang bagai rakan, tetapi ada tujuan yang disebaliknya. Kerana perkara inilah, ramai kekawan biri-biri dan haiwan yang lemah banyak menjadi mangsa sang serigala yang penuh teliti dan bijaksana memburu hasil buruannya.

Merak yang Menawan

Merak seekor haiwan yang sangat unik. Merak memiliki pelbagai keistimewaan dan kelebihan daripada haiwan yang lain. Sekiranya seekor merak wujud dalam sekelompok haiwan, pasti semua orang akan menyedari kehadiran burung merak tersebut.

Bulu sang merak berwarna warni. Biru, hijau, merak, kuning, dan pelbagai lagi menghiasi setiap bulu yang wujud pada dirinya. Lehernya jinjang, kakinya cantik, dan paruhnya indah sekali. Diibaratkan, sekiranya hidupan lain melihat sang merak, pasti mereka akan mencemburui kecantikan dan keindahan yang ada padanya.

Merak megah dengan kecantikannya. Setiap kali ada sesiapa yang melalui di hadapannya, dia dengan mudah membuka setiap pelepah sayap yang ada padanya. Wah! Memang sangat indah. Bukaan pelepah sang merak yang seperti kipas cina begitu cantik sekali. Pasti ramai orang akan terpegun sebentar dengan keindahan dan keunikan si merak.

Malangnya, merak sombong dengan apa yang dia perolehi. Merak enggan berkawan dengan haiwan yang lain. Dia sangat berbangga dengan kelebihan yang ada pada dirinya. Kecantikannya adalah segala-galanya.

Yang lebih naifnya, merak tidak pernah kenal kekurangan pada dirinya, dia hanya xantik di mata, tetapi tidak pernah indah dalam dirinya. Malah, merak bukanlah si burung yang boleh terbang di angkasa raya, hanya megah di daratan yang sementara. Daging si merak bukanlah enak untuk dimakan, malah tak pernah teringin manusia pergi memburu si merak untuk dimakan. Kerana kebongkakan pada dirinya, lebih malang lagi, akhirnya mati dibunuh kerana ingin mendapatkan keindahan luaran yang sentiasa ditayang-tayangkan olehnya.

Sifat Haiwan dalam Sifat Manusia

Kini, kebanyakan manusia yang bertamadun pada luarannya memiliki sifat dan nurani seperti kedua-dua haiwan yang dinyatakan tadi. Mempunyai banyak persamaan dan sukar untuk dibezakan.

Walaupun pada luarannya adalah manusia, tetapi dalamannya seperti sang merak atau serigala. Akal dan rasionalnya masih mengakui mereka adalah manusia yang diciptakan kejadiannya, tetapi sifat dan nurani tidak dapat menolak mereka antara manusia yang memiliki sifat haiwan.

Logiknya, sang serigala lebih memihak dan memikul beban kepada si jejaka, duda, beranak pinak kini. Ringkasnya, kepada para lelaki yang hidup di serba moden dan kesenangan. Ramai lelaki kini sedia memikul satu peranan dalam dirinya, iaitu menjadi serigala tanpa

Tidak kira wujudnya sekitar berapa usianya. Tua atau muda, miskin atau kaya, beragama atau tiada pegangan agama, ramai yang terjebak dengan sifat sang serigala. Mereka hidup seperti manusia yang lain, tetapi ada niat dan hati yang mengharap dan ingin mendapatkan sesuatu yang bukan miliknya.

Perbuatan manusia bersifat serigala seperti jua sang serigala. Bermuka-muka. Mereka memang cukup baik dan sempurna pada luarannya. Sekiranya ada orang yang menyapa mereka, bertegur sapa dan berbuat baik dengan mereka, mereka lebih akan membalas kembali kebaikan mereka di kemudian hari.

Hakikatnya, apabila telah sampai masanya, manusia ini mula mengaturkan umpannya. Niat yang selama ini tersembunyi mula diluahkan satu persatu, dengan cara yang cukup tersembunyi dan teliti. Setelah sempurna rancangan mereka, mangsa yang dibidiknya selama ini, tidak kira si rakan atau teman, sahabat atau taulan, semua dibahamnya mengikut rancangan yang cukup teliti. Setelah berjaya merangkuminya, ramai yang mula menyedari, selama ini hanya dipergunakan oleh manusia bersifat serigala. Mangsa termakan umpan yang menanti hari demi hari untuk dilaksanakan ke atas mereka.

Jika si mangsa mampu menyelamatkan diri, mereka lebih bijaksana, sekiranya tidak, tiada sesiapa yang mengetahui apa yang bakal terjadi di penghujungnya.

Siapakah mangsanya? Orang yang lemah, yang memerlukan, yang kesunyian, yang inginkan pasangan, keseorangan, yang menginginkan kemewahan dan keduniaan, dan orang yang bersifat seperti sang merak.

Sifat merak wujud pada wanita khususnya. Kebanyakan wanita kini ramai yang mewakili sifat si merak. Hanya jasadnya dan ciptaannya sahaja menjadi seperti manusia, tetapi sifat dan nurani hampir sahaja habitat si merak yang diciptakan.

Manusia atau wanita yang memiliki sifat merak ingin sentiasa menonjolkan dirinya di khalayak ramai. Keanggunan, kecantikan, kejelitaan, kemewahan, dan sebagainya lagi senang unuk ditonjolkan.

Setiap mata yang melihat pasti akan terpana sebentar. Terpesona dengan keindahan yang dipertontonkan. Bertambah angkuh, riyak dan berbangga dengan apa yang telah dilakukan. Dirinya terasa hebat dengan pelbagai pandangan kepada kelebihan yang terang dan jelas telah disebarkan.

Sekiranya kekayaan yang ingin ditonjolkan, semua gelang dan emas menyeliputi setiap inci tubuhnya. Sekiranya kecantikan yang ingin diperlihatkan, make up dan perhiasan di sana sini dilakukan untuk dijadikan tatapan. Sekiranya tubuh yang diharapkan perhatian, baju dan pakaian yang melekat dan berwarna-warni akan sentiasa menjadi keutamaan.

Tidak disedari si manusia bersifat merak, mereka lupa sang serigala mahupun pelbagai lagi jenis manusia yang bersifat binatang sedang setia menjadikan mereka mangsanya. Ketika itu, mula heboh ramai merak yang binasa, terbunuh, dan disiat-siat tubuh badannya. Mereka longlai dan hancur dengan kemegahan yang diharapkan, musnah kerana kebongkakan jiwa untuk dijadikan kebanggaan.

Hakikatnya, kewujudan keuda-dua sifat ini datangnya dari sumber yang satu, iaitu nafsu. Tidak akan wujud sifat haiwan dalam peribadi manusia melainkan nafsu mengatasi segala-galanya. Dan, tidak lupa kepada rakan rapat pendorong nafsu, si laknat syaitan.

Berlindunglah dengan nama Allah yang Maha Besar dan Maha Kuasa. Sesungguhnya, tiada suatu makhluk pun yang dapat melakukan sesuatu perkara, melainkan itu adalah keizinan dan dalam pengetahuan-Nya.

“Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.” (al-An’am:59)

Ketahuilah jua sesungguhnya,

Manusia yang bersifat jujur, mempunyai nilai kebaikan, dan ikhlas adalah ibarat satu dalam sejuta. Hanya lindungan Allah yang memelihara mereka untuk mempertahankan akidah dan hati yang mulia di sisi-Nya.

Bersyukurlah sekiranya anda berjaya menemui mereka. Mereka hadiah yang teristimewa daripada-Nya buat anda. Moga-moga anda tergolong dari kalangan hamba yang dipelihara hati dan diri dari sifat haiwan dan nafsu yang tercela.

Moga-moga tergolong dari kalangan yang teramat kecil ini. Amin…


Wahai diri…

Kadang-kadang diri ini merasai sesuatu berlaku

Daku mohon

Tabahkanlah dirimu. Allah tidak sesekali menguji dan mencipta sesuatu ujian-Nya pada setiap hamba-Nya tanpa kemampuannya.

Kuatkanlah hatimu. Masih ramai lagi yang memerlukan perhatian dan dorongan daripadamu yang sentiasa tersenyum dan ceria suatu ketika dulu

Sejahterakanlah buat anak-anak. Bersabarlah dalam keadaan yang sementara, dan didiklah mereka mengenal Tuhan yang Maha Berkuasa.

Lindungilah kandunganmu. Sungguh, dia mengetahui perasaanmu walau tidak mampu meluahkan keluh kesahnya dari dalam…

Mereka memerlukan kekuatan dan kehidupan darimu. Mereka amat merasai kehadiran dan situasi keadaanmu

Jangan digusarkan suatu keadaan yang bukan memihak padamu. Sungguh, masih ramai lagi manusia yang lebih kuat dugaannya dan sukar daripadamu

Jua,

Kuatkanlah semangat…

Sampaikanlah sekiranya ada yang perlu disampaikan…

walau daku hanya mampu melihat dan sentiasa mendoakan

Moga-moga sentiasa diberikan kekuatan, dan semangat mengharungi kehidupan

Jangan bersedih hati. Sungguh, Allah Sangat Mencintai hamba-hamba-Nya yang beriman dan banyak melakukan kebaikan.

Jangan putuskan harapanmu kepada Allah. Sungguh, Dia Maha Menyaksikan dan Maha Mengetahui.

Mungkin Allah ingin memberikan anugerah di sebalik kejadian. Tidak diketahui bila, kerana Dia yang Maha Menentukan.

“Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah telah menetapkan ketinggian darjat seseorang itu pada satu tahap melalui amalannya. Namun melalui amalan itu, dia gagal mencapai darjat. Lalu Allah menguji (dengan pelbagai penderitaan, kesakitan dan kesusahan) sehinggalah dia sampai ke darjat tersebut.”  (HR. Abu Ya’ala)

Daku berpesan,

Belajarlah dari hati bersih dan suci

Ada hikmah yang  ingin disampaikan

Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberikan kesejahteraan buatmu, anak-anak, dan kandungan yang menanti kelahiran…


Ada sesuatu penasaran

Mohon tabahkanlah jiwa,

Kuatkanlah semangat

Hidupkanlah diri dengan amal

Berhubung secara lansung mahupun tidak dengan Allah Azza wa Jalla

Sedikit pesanan disampaikan pada kalamku semalam…

2 responses

  1. Kenapa serigala dibilang licik? Bukannya cerdas ya?

    1. orang yang kenal serigala sahaja akan nampak belang di bulunya.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: