Kisah Orang-orang Soleh. (2)

Ramai orang suka menjadi pemimpin.

Pemimpin persatuan, kelab, badan, organisasi, ketua kampung, sehinggalah kepada negeri dan negara,

Seorang pemimpin akan dilakntik bagi mentadbir dan menguruskan keadaan di bawah kepimpinannya.

Mengapakah ingin menjadi pemimpin?

Banyak faktornya. Antaranya sifat, keinginan, populariti, kemewahan, dan sokongan daripada masyarakat.

Tetapi, ramai juga yang ingin menjadi pemimpin kerana gelaran kuasa yang diberikan.

KUASA.

Dengan hanya berkata-kata, semua orang akan berada di bawah kekuasaannya.

Bunyinya hebat. Orang yang mendengar pun rasa gerun di hati mereka.

Namun, kerana gelaran kuasa itu jua ramai orang yang hanyut dan leka, dibuai keinginan nafsu dan dunia.

Yang lebih teruk, sanggup menjadikan sahabt sebagai musuh, dan mengambil musuh sebagai kawan.

Pedulikan soal kepentingan agama dan sahsiah insan, demi sebuah kepentingan. Kuasa.

Ketahuilah, sekiranya gelaran pemimpin itu diberikan kepada orang yang mukmin dan bertakwa, insya-Allah akan baik pula akhlak dan orang yang menjadi pimpinannya. Jika tidak, orang yang di atas sentiasa mengaut keuntungan, orang di bawah sentiasa ditindas dan kerugian.

-bukan senang nak jadi pemimpin, kelak akan dipersoalkan tangungjawab dan peranan yang diberikan-

“Diriwayatkan bahawa Khalifah Ali r.a. suatu hari datang ke rumah salah seorang sahabatnya di Basrah. Namanya Ala’ bin Ziyad al- Haritsi. Ketika  beliau melihat rumahnya yang sangat besar beliau berkata:

‘Apakah yang engkau lakukan terhadap rumah yang sangat besar seperti ini? Sedangkan di akhirat kelak engkau akan lebih memerlukan rumah yang lebih luas. Jika engkau mahu mendapatkan rumah yang lebih luas daripada ini di akhirat kelak, maka jamulah tamu-tamu dan kuatkanlah tali silarurrahim di rumah ini. Dengan cara sedemikian rumah simpanan di akhirat akan menjadi milikmu.”

Apabila mendengar kata khalifah Ali, maka berkata Ala’ bin Ziyad, “ya Amirul mukminin, aku mengadu kepadamu tentang saudaraku, Ashim bin Ziyad.”

“Mengapakah tentang dia?”

“Dia selalu berselimut dan tidak peduli dengan urusan dunia,” Jawab Ala’.

“Bawalah dia ke mari.”

Ketika Ashim datang kepada Khalifah Ali, beliau berkata: “Wahai orang yang memusuhi diri sendiri, engkau dibuat gilakah oleh perbuatanmu yang buruk? Tidakkah engkau kasihan kepada keluarga dan anakmu? Apakah engkau berpendapat bahawa Allah menghalalkan hal-hal yang baik kepadamu, sedangkan Dia membencimu kerana tidak memanfaatkan hal-hal yang baik itu?”

Ashim menjawab, “wahai Amirul Mukminin, tuan sendiri berpakaian kasar dan makana tuan pula bukanlah  dari makanan yuang serba enak.”

“Wahai Ashim, sesungguhnya kesederhaanku bukanlah seperti engkau. Sessungguhnya Allah telah mewajibkan ke atas pemimpin-pemimpin yang adil, supaya mengukur dirinya dengan orang paling lemah di antara rakyatnya, agar orang-orang yang msikin tidak akan menderita dengan kefakirannya.”

- kesukaran dan segala pengalaman kembara di sini membuatkan daku bersyukur akan nikmat kesenangan yang diberikan. Walaupun sebegitu, mereka tidak pernah merintih seeprti tidak mampu hidup, tetapi mencuba sedaya mampu meneruskan kelangsungan kehidupan.

- namun, mereka minat dan suka akan penerangan agama. Sering berkumpul dan sedia meluangkan masa mendengar peringatan dan sebagainya.

- tidak dapat menilai diri di sana. Daku doakan semoga semuanya sejahtera dan dilindungi Allah sentiasa

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: