Peranan Akal dan Wahyu

Woohaa!!!

Huhuhu….. tak tahu ingin katakan bagaimana. Apa yang mampu daku ucapkan, Alhamdulillah….

Baru-baru ini ada seseorang yang menawarkan suatu jualan dalam bentuk perisian/software. Jualannya lebih kepada MLM, tetapi disebabkan daku ini anti sikit dengan MLM, jadi daku tidak berminat untuk mengetahui lebih lanjut.

Namun, ingin dijadikan cerita, daku daftar juga. Bukan sebab nak buat duit dengan MLM, tetapi sebab pelbagai manfaat yang daku mungkin perolehi melalui program software ini.

Mula-mula memang rasa rugi. Yalah, keluar duit dah la sekian-sekian, pastu tak minat dengan MLM, dan bukannya cerdik sangat dalam bidang IT+ malehh nak tahu lebih-lebih. Tetapi, selepas sehari suntuk melakukan penyelidikan persendirian tambah nak tahu juga apa kebenda yang dibeli ini, jadi daku selongkar satu persatu produk-produknya….

Apa yang terjadi…

Wahh!!! Ini perkara yang menguntungkan!!!

Dalam software ini, daku boleh peroleh banyak perkara dan memang sesuai dengan apa yang diusahakan sekarang ini, iaitu perniagaan. Betul-betul jalan yang lurus, hanya perlu masa dan kebijaksanaan untuk menguruskan. Malah kos dan pihak syarikat meletakkan harga untuk memiliki semua benda ini begitu murah dan berpatutan! Hanya sekali seumur hidup, bayangkan, hari ini ada orang berusaha gigih ingin membina website jualan sampai RM2000-3000, tambah lagi masa nak cipta, tenaga, bahan tambahan, touch up dan lain-lain. Mahu dekat RM4000-5000 lagi. Itu belum termasuk customer, belian barang,jualan dan lain-lain lagi.

Lepas itu, ada pula perkhidmatan yang menarik betul. Boleh sms kepada ramai orang dengan harga yang murah! Wahh… kalau ramai orang atau pelanggan, mesti benda ini berguna punya!

Yang lebih menarik lagi, semua dalam satu! Panduan ada, pengiklanan ada, blog sendiri ada, dan lain-lain lagi ada. Tak payah susah pergi usahakan masuk website lain, bina data dan daftar lain, buat sign up lain, dan lain-lain lagi!

Apakah softwarenya? Hehehe…. Minggu depan baru cerita. Biar rasa suspen dan curious lebih sikit.

-pagi-pagi ada sedikit rezeki daripada Allah. Alhamdulillah.

- peringatan diri sendiri. Jangan nak berangan lebih. Entah esok lusa meninggalkan dunia ini, apa guna semua ini. Hhmmm…. insya-Allah, minggu depan cuba menghuraikan mengenai rezeki dan pintu rezeki.

*************************

Dalam sekian waktu, kadang-kadang manusia itu mudah lalai dan alpa. Lalai dengan kehidupan,kesenangan dan kemewahan mereka, dan alpa dengan tuntutan agama, perintah dan larangan Allah s.w.t.

Kelalaian dan kealpaan itu sememangnya sifat azali manusia atau al-insan. Al-insan, bermaksud manusia  yang berdasarkan kata dasar iaitu nasi’, atau lupa.

Kerana telah terciptanya manusia yang sememangnya tidak memiliki kesempurnaan, maka istilah pencipta sememangnya terbentuk sebagai yang Maha Sempurna, dan Menyempurnakan setiap kejadian. Tidak sempurnanya manusia meletakkan mereka saling memerlukan, dan keperluan itu tidak dapat tidak berpandukan kepada wahyu atau syariat daripada Allah s.w.t.

Peranan Wahyu

Wahyu adalah petunjuk daripada Allah yang diturunkan atau diwasilahkan melalui para Nabi dan Rasul-Nya. Ia menjadi panduan yang hadir daripada Allah buat hamba-hamba-Nya.

Namun, walaupun wahyu itu nyata telah tersebar dan disampaikan oleh para utusan-Nya, manusia tetap ingkar dan alpa kerana ada musuh kepada wahyu yang disampaikan, iaitu nafs dan syaitan. Tanpa kedua-dua ancaman ini,  sudah tentu semua manusia taat kepada Allah tanpa seseorang pun yang melanggar perintah-Nya. Tetapi, inilah hakikat penciptaan dunia, tempat menguji siapakah yang layak mendiami kampung akhirat yang kekal abadi.

Sesiapa yang tidak menurut nafsu dan syaitan maka merekalah yang layak itu syurga Allah. Sesiapa yang sentiasa menjadi hamba kepada nafsu dan syaitan, nantikan sahaja azab dari neraka Allah.

Nauzubilliminzalik.

Kini, peranan wahyu telah berakhir setelah kewafatan Baginda Nabi s.a.w. Wahyu tidak lagi disampaikan kepada setiap permasalahan umat manusia tetapi Nabi s.a.w telah mewariskan dua perkara yang nyata bertepatan dengan peranan penyampaian wahyu dari Ilahi. Iaitu al-Qur’an dan Hadith Nabi s.a.w. Jadikanlah ia rujukan sepanjang zaman. Jika tidak, manusia pasti akan tersesat dan menyimpang dari jalan kebenaran selama-lamanya.

Peranan Akal

Akal adalah buah yang menjadikan manusia ini indah di mata dunia. Tanpa penciptaan akal, antara manusia dengan haiwan adalah tiada bezanya, malah lebih buruk lagi daripada itu.

Peranan akal untuk berfikir dan menilai akan sesuatu perkara yang terjadi. Sebaik-baik peranan akal adalah kembali merenung akan terciptanya setiap kejadian seperti langit dan bumi, bulan dan bintang, matahari, galaksi, dan sebagainya lagi. Apabila benar-benar merenung akan betapa indah, hebat, dan takjubnya setiap yang berputar, bergerak, berfungsi, dan menjalankan tugas masing-masing, akan terasa betapa lemahnya manusia yang tidak mampu mencipta dan bergerakkan reka ciptanya seperti pergerakan alam ini. Hinggalah ke suatu tahap, akan merasakan betapa hebat dan besarnya keAgungan Allah sebagai yang Maha Pencipta sekalian alam ini, dari langit ke bumi.

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.”         (Ali Imran:190)

Namun, setiap yang diciptakan ada had atau batanya. Akal jua ada batasannya. Peranan akal perlu berpandukan kepada wahyu, sekiranya tidak, ia hanya menurut nafsu dan syaitan, yang mengakibatkan melampaui batas sehingga sesat dan menyesatkan.

Tarikat dan Kesesatan.

Dalam banyak rujukan akan kesesatan yang berlaku dalam gerakan tarikat atau mereka yang menceburi keilmuan tasawuf, mereka lebih memahami konsep kerohanian dan ketuhanan berdasarkan teori fikiran dan bukannya berdasarkan pengalaman dan peranan wahyu yang paling utama untuk dijadikan sebagai landasan.

Banyak kesesatan dalam tarikat berlaku apabila mereka meletakkan akal untuk menyatakan pendirian mereka. Lebih mudah faham, mereka meliht kewujudan Allah dan alam kerohanian secara perumpamaan dan teori berdasarkan apa yang difikirkan.

Apabila berlakunya perkara seperti ini, sedar atau tidak, syaitan laknatullah telah mengambil peranan untuk mereka berfikir secara logikal dan hanya melihat dalam suatu andaian. Andaian ini dilihat menjadi sempurna apabila jiwa mereka merasakan sebati atau saling melengkapi berdasarkan tamsilan yang telah dilakukan.

Terciptalah istilah intiqal, ittihad, hulul, dan ittisal. Mudahnya, intiqal ialah berpindah wujud Allah kepada wujud makhluk seperti pindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Ittihad, iaitu wujud Allah dengan wujudnya makhluk, seperti emas dan tembaga menjadi suasa. Hulul, iaitu wujud Allah dalam wujud makhluk seperti air masuk ke dalam kendi. Ittisal, iaitu saling hubungan wujud Allah dengan wujud makhluk  seperti manusia dengan anggotanya.

Keempat-empat perkara ini telah sesat dan menyesatkan. Apabila akal berfikir melampaui batas, maka kesesatan akan terjadi. Malah, tiada dalil naqli yang menyokong dan tiada ulama’ tasawuf yang berpegang kepada al-Qur’an dan Hadith berdasarkan dalam syariat yang menjadikan istilah ini benar dalam konsep ketuhanan dan alam kerohanian.

Syaikh Abu Hafs Suhruardy, dalam kitabnya ‘Awarif al-Ma’arif berkata:

“Setiap hakikat yang disanggah oleh syariat maka ia zindik (sesat).”

Imam Abu al-Qasim al-Qusyairi berkata:

“Tiap-tiap hakikat yang tidak berkaitan dengan syariat maka ia tidak berhasil.”

Syaikh Abu al-Husain al-Nuri berkata:

“Barangsiapa yang anda lihat mendakwa berserta Allah suatu hal yang mengeluarkannya dari ketentuan (batas) ilmu syariat, maka janganlah sekali-kali anda mendekatinya.”

-amaran: sekiranya tidak difahami, jangan pening-pening dan fikir bukan-bukan. Nanti tersesat sendiri. Istighfar, dan zikir kepada Allah mohon dikembalikan ketenangan. Insya-Allah

Doa: landasan wahyu tidak dikenali

Apabila semakin mendalami konsep doa, sebenarnya doa ialah kalam yang berlaku antara makhluk dengan Allah. Dari perspektif mudah, doa itu menghubungkan antara manusia sebagai hamba yang memohon kepada tuannya, iaitu Allah Azza wa Jalla.

Dalam penafsiran doa juga, ulama tasawuf telah meletakkan setiap yang keluar dari mulut manusia yang memohon kepada Allah s.w.t adalah berdasarkan apa yang Allah s.w.t telah tetapkan untuk berkata-kata kepada-Nya.

Pendek kata, peranan wahyu wujud dalam setiap ungkapan doa. Pertolongan Allah berlaku kerana doa yang keluar dari lisan manusia.

Tetapi awas! Bukan semua manusia adalah dalam kategori yang sama. Hanya orang-orang yang hampir seperti para Nabi, Rasul, wali Allah, dan orang-oang soleh mempunyai peranan sedemikian. Tidak kepada manusia biasa yang tidak pernah mengenal dan menghampirkan diri kepada-Nya. Peranan doa hanya sebagai kata-kata yang wujud antara nafsu dan akal, bukan kerana kehendak Allah buat manusia itu meminta kepada-Nya.

Sekiranya tidak, ulama’ tidak menggariskan ada doa yang mustajab dan ada doa yang tidak diperkenankan. Jua, sekiranya diteliti dari zaman para Rasul sehingga orang-orang soleh, semua doa yang dihulurkan tidak dilakukan secara tergesa-gesa. Dengan kerendahan hati dan penyucian jiwa dahulu, mereka mendoakan kerana dikenali akan perihal peranan doa adalah suluhan wahyu (aka petunjuk) yang hadir dari pencipta mereka, iaitu Allah s.w.t.

Hati yang suci

Perkara ini lagi jarang berlaku. Tetapi, ia tetap akan berlaku apabila Allah s.w.t ingin ia berlaku.

Apabila hati seseorang itu bersih, maka doa yang dinyatakan akan terbuka hijab, sama ada ia dimakbulkan atau tidak. Malah, dengan kehendak-Nya lagi, doa itu akan terbuka hijab.

Mustahil? Tidak. Tiada yang mustahil bagi Allah. Dia boleh melakukan apa-apa sahaja, menurut kehendak-Nya.

Sekiranya sekalian anak Adam dari terciptanya mereka sehingga dikumpulkan ke hari kiamat untuk melawan kehendak Allah, pasti tidak sesuatu dapat menghalang kehendak-Nya walau sebesar zarah. Sekiranya sekalian anak Adam dari lahir mereka sehingga akhr kewujudan mereka ingin mengubah kehendak Allah, pasti dan pasti mereka tidak ada kuasa untuk mengubahnya dan terjerumus dalam ruang hina dan binasa.

Allah s.w.t tidak pernah memerlukan manusia, tetapi manusia yang bersifat lemah, lalai, dan alpa itu yang sentiasa memerlukan Dia.

One response

  1. I absolutely love your blog and find many of your post’s to be exactly I’m looking for.
    Does one offer guest writers to write content to suit your needs?
    I wouldn’t mind producing a post or elaborating on some
    of the subjects you write concerning here. Again,
    awesome web log!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: