Nasihat Imam al-Ghazali (1) 23 Januari 2012
Posted by kaimislam in Buku, Tazkirah.Tags: amalan, ayyuhal walad, ilmu, Imam al-Ghazali
add a comment
Suatu ketika dahulu, ilmuan Islam diangkat martabatnya oleh masyarakat.
Mereka sanggup menuntut ilmu dengan beratus-ratus ulama’ kerana hebatnya suasana keilmuan ketika itu.
Namun, ketinggian ilmu dan kegigihan masyarakat dalam mencari ilmu tidak berlaku keseimbangan. Ketika itu, lahirlah golongan yang mengangkat martabat akal, dan menolak peranan wahyu. Ektremis dalam perkauman, ideologi, dan sebagainya. Ketika kerumitan keadaan masyarakat lahir dari ketidak seimbangan ilmu dan amalan, ada golongan yang memencilkan diri dari kekacauan ini.
Mereka mencari suatu laluan baru untuk beramal dengan apa-apa yang mereka ketahui.