jump to navigation

Mengapa suka bekerja sendiri? 31 Januari 2012

Posted by kaimislam in monolog.
Tags: , , , ,
trackback

Ada beberapa perkara yang menjadi asbab akan keinginan daku untuk menjadikan kerja atas usahaku sendiri (atau kata orang usahawan).  Namun, daku hanya mampu merancang, bukanlah mampu menentukan.

Antara asbab majornya ialah:

1) Masa.

Bagi daku, masa begitu berharga. Setiap detik dan saat itu bernilai. Kerana, sebarang keputusan dan ketetapan yang berlaku kini daku tidak boleh lagi mengubahnya di kemudian hari. Usiaku juga tidak lagi boleh kembali menjadi zaman remaja. Daku kena terus melangkah dan mencari peluang yang ada demi kebaikan agama, dan kehidupan dunia akhiratku.

Sekiranya masaku hanya dibazirkan dengan perkara sia-sia, maka apalah jawapanku kelak dengan Allah s.w.t. Paling lekeh, tentu urusan duniawiku banyak yang merosakkan kepada diri, atau kepada orang sekeliling.

2) Minda yang berkembang.

Daku suka berfikir. Setiap kali daku berfikir, kadang-kadang datang ilham dari Allah s.w.t dengan percambahan hikmah dan ilmu pengetahuan. Tetapi, acap kali hanya terbias kerana banyak benda diolah oleh akal fikiran.

Kegemaranku ialah berfikir akan kehebatan dan kebesaran Allah, kehidupan dunia dan akhirat, kebaikan masa depan, dan hakikat atas pemberian dan anugerah Allah s.w.t.

Maka, sekiranya daku menghabiskan masa pekerjaanku kepada orang lain, maka terbantutlah segala agenda dan keupayaanku berfikir. Dia yang mengawal masaku, dia yang menentukan arah tuju kotak fikiranku.

Ini bukan hanya lahir dari kotak fikiran (disebabkan suka berfikir), tetapi pernah berlaku berdasarkan peristiwa dan pengalamanku sendiri.

Kerana itu daku lebih suka untuk memperuntukkan banyak masa dalam pengendalianku. Dengan potensi dan usia yang sebegini, pada pandangan hamba Allah yang lemah ini, tidak wajar terus dicorotkan kelebihan atau keupayaan diri dengan diberikan sepenuhnya kepada orang lain.

“Tidak bolehkah kembangkan masa dan minda ketika kerja kepada orang lain?”

… tidak boleh. Kerana pernah mencubanya. Entahlah…. Memang lain rasanya dan tidak berjaya.

Namun, ada dua jenis pekerjaan yang daku suka untuk bekerja kepada orang lain.

1) Bekerja dengan orang yang menjaga peranan dan usaha atas agamanya.

Ini paling tinggi level keinginanku bekerja dengannya. Pekerjaannya tidak melalaikan dia, apatah lagi kepada orang di bawahannya.

Apabila telah sampai waktu solah, dia bersedia mengajakku sebagai orang bawahannya bersolah bersama. Tertib tertinggi dalam bekerja ialah kerana Allah s.w.t. Maka, disegerakan apa-apa yang menjadi tuntutanNya.

Yang paling penting, bekerja di bawahnya terasa seperti ingin menghampirkan diri kepada Allah s.w.t.

(ada tak orang sebegini? Jika ada, boleh usulkan nama dan alamat nanti boleh terus dihubungi)

2) Menjadi seorang guru.

Bagiku,

Guru adalah pekerjaan yang mulia. Berkat seorang guru (di sekolah atau di rumah), lahirlah pelbagai jenis manusia yang berjaya pada hari ini.

Daku suka berkongsi ilmu dan memberi tunjuk ajar kepada orang lain. Khususnya mengenai subjek atau kemahiran yang daku gemari. Dengan berkongsi, bertambah pengetahuan dan semakin dalam penyelidikan terhadap setiap yang disampaikan. Kadang-kadang dengan perkongsian bercambah ilmu pengetahuan.

Seorang guru jua perlu mahir akan perkara yang ingin diberikan pelajaran. Dengan itu, guru ialah orang pertama yang akan belajar sebelum dirinya yang mengajarkan.

Pengalaman mengajar,

Daku lebih menyenangi mengajar kepada kanak-kanak atau pelajar bawah 12 tahun. Kerana, hati mereka masih suci dan bersih, terhindar dari terus dinodai oleh selut-selut kegelapan dan carik-carik dosa dan syaitan.

Oleh itu,

Selamat ulang tahun kelahiran H- – -r. Semoga kelak membesar menjadi anak yang taat kepada orang yang sentiasa menjaga dan memelihara, cerdik dan cerdas fikiran dalam ilmu pengetahuan dan agama Islam.

Amin.

-dah sekolah nanti, boleh ada ramai kawan-

Komentar»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.