Kenapa bersedih?

Kekasih lari?

Ditinggalkan anak isteri?

Kematian orang tersayang?

Gagal peperiksaan?

Tak dapat apa yang diharapkan?

Sentiasa gagal dalam kehidupan?

Tak ada sumber kewangan?

Bebanan hutang?

Sibuk sangat dengan pelbagai bebanan?

Ada lagi alasan lain? Okay. Senaraikan berapa banyak alasan anda untuk sentiasa bersedih setiap hari.

Cepat! Saya menanti anda untuk membuat alasan hari ini!

 

Hahhahaha!!!

Jika anda berjaya berkarya sebegitu banyak alasan, saya respek (atau kata orang melayu, kagum) dengan anda kerana anda memang juara memberikan alasan. Tepuk tangan gemuruh dengan kejuaraan anda pada hari ini!

Hari ini, tidak mahu sedih-sedih lagi. Daku mahu semua rasa gembira dan sukacita walaupun untuk waktu yang sementara (memanglah, dunia kan sementara. Kalau berterusan, terlupa ada nikmat untuk berterusan gembira di sana. Huhuhu…).

Okay. Ikut kata daku hari ini. Tak lama! 5-10 minit sahaja. Insya-Allah.

Pertama, pejamkan mata anda. Oopppss… nanti dulu. Baca dulu Bismillahirrah manirrahim….

Okay. Sekarang perlahan-lahan rehatkan minda, lapangkan fikiran dan hati dari segala alasan anda.

Jika belum pejam lagi, pejamkan mata anda (sekarang juga! Jangan degil!). Tarik nafas perlahan-lahan, dan hayatilah nafas yang ditarik dan dilepaskan secara perlahan-lahan.

Sekarang, mulakan imaginasi keindahan anda. Perkara yang menggembirakan dan mengembalikan semangat kehidupan dalam hidup anda.

Lihat, hayati ia dan rasailah ia seperti berlaku di hadapan mata anda. Seperti dalam genggaman nada. Bersama-sama dengan anda dan orang yang anda rasakan membawa kegembiraan untuk anda.

Rasailah kegembiraan itu sehingga anda merasai kepuasannya.

Okay. Sekarang buka mata anda dengan sebuah senyuman. Senyuman yang lahir dari hati rasa puas, indah, dan menggembirakan. Nak senyum sendiri-sendiri boleh, dekat orang lain pun boleh. Lemparkanlah senyuman itu berterusan kerana anda memang layak untuk menghasilkan sebuah senyuman yang menggembirakan!

Apabila ada yang bertanya, katakan sahaja,

“Hebat, Alhamdulillah!”

Jangan teragak-agak! Teruskan sehingga anda merasai kepuasan. Dan, rasailah kegembiraan yang pernah atau harapkan dalam hidup anda bersama anda berterusan.

p/s: sungguh, kadang-kadang kegembiraan yang dibayangkan mungkin sudah pergi. Tetapi, jangan bimbang! Kegembiraan itu tetap kembali, hanya anda tidak menyedari.

Bukankah selepas teriknya mentari, ada titisan embun dan hujan? Bukankah selepas rintisan hujan, ada sinar pelangi di pandangan?

Motivasi diri.

Perkara yang manusia tidak mahu ambil tahu ialah motivasi diri.

“Ahh.. lecehlah. Buat apa-ap susah-susah pergi motivasi. Nanti lama-lama sama juga, tiada apa yang berubah pun.”

“Bukan dapat apa-apa pun, bazir duit adalah.”

Ini kata-kata pertama yang keluar dari dalam fikiran manusia. Apa yang ada? Aliran negatif yang sentiasa mengalir dan yang akan mempengaruhi suasana.

Suasana sekelilingnya bertindak mengikut pemikiran dan naluri hatinya. Kesannya, hidup tiada makna, tidak ada apa yang perlu berubah dalam kehidupannya.

Hari-hari rasa biasa. Yang sentiasa kesepian terus menyepikan diri. Yang sentiasa kesedihan, terus membungkam perasaan. Yang kecewa, minta-minta janganlah buat perkara sia-sia sehingga merosakkan diri sendiri.

Orang kata, inilah kehidupan orang yang mencari kegagalan. Apabila ada peluang untuk berubah, dia masih fikir untuk apa perubahan.

Hari ini, daku ingin mengajak untuk menuju ke perubahan. Berubahlah dari kekangan dan masalah yang menimpa kehidupan anda. Berubah mencari kehidupan yang lebih gembira dan bermakna.

Ia bukannya perkara susah. Mudah dan hanya memerlukan sedikit usaha.

Usaha pertama, datang dari keinginan anda. Keinginan untuk gembira bukan sentiasa dukacita. Alirkan pemikiran yang positif, lupakan sahaja semua niat dan tanggapan negatif.

Usaha kedua, berdoalah kepada Allah taala. Dia tidak pernah lupa dan Maha Mendengar permintaan hamba-hambaNya.

Ketiga, praktikkan kaedah yang disarankan. Usaha untuk anda, bukan untuk orang yang tidak berkenaan.

Keempat, hadirilah diri dalam suasana yang berbeza. Terutama pada majlis yang mengembalikan motivasi dan semangat kehidupan serta menghidupkan ruhani anda kepada Tuhan.

Kelima, tutup buku anda! Tak perlu cakap banyak, buat saja! Masalah banyak? Keep it in the secret place, let’s follow me to think at another place! Lepaskan sementara bebanan hidup anda, kerana ia tetap berkunjung dan tidak akan pergi. Biarkan sahaja dahulu di sana, dan anda berkunjung ke sini. Jika anda tidak tenang, bagaimana masalah boleh dihindari?

 

Ketahuilah….

Kenapa perlu bersedih?

Allah s.w.t tidak suka hamba-hambaNya bersedih. Dia sentiasa memberikan peringatan dan semangat bahawa setiap kesusahan ada kemudahan. Setiap bebanan mengikut kemampuan hamba-hambaNya.

Allah sentiasa memberikan kata semangat dan pendorong kepada hamba-hambaNya yang ditimpa ujian dan kesusahan. Dia memberikan kekuatan agar hambaNya tidak rasa kehilangan dan hanya berseorangan.

Rasulullah sendiri tidak mahu umatnya bersedih. Apabila Rasulullah bersedih hati, Allah sentiasa menghampiri. Malaikat, isteri, dan para sahabat sentiasa ada di sekeliling nabi. Hatta, Rasulullah yang sentiasa memberikan peringatan akan hari yang terkemudian, tidak sesekali meminta umatnya menghindarkan segala pekerjaan, makan,minum, segala urusan diri dan fitrah setiap insan hanya semata-mata untuk hari kemudian. Kerana, manusia tetap manusia, ada fitrah dan perasaan. Inilah hebatnya manusia sekiranya benar di atas landasan-Nya.

Tetapi,

Janganlah kerana anda tidak bersedih, anda tidak mengetahui apakah itu tangisan. Menangislah, kerana ia adalah suatu rawatan hati dan menghilangkan tekanan dalam diri.

Tangisan bukanlah hanya untuk kesedihan. Banyak lagi tangisan yang mendatangkan pelbagai persoalan dan jawapan. Malah, tangisan jua yang menyelamatkan anda dari azabNya di sana.

Ada orang menangis kerana sakit.

Ada orang menangis kerana gembira.

Ada orang menangis kerana takut kepada Tuhan.

Ada orang menangis kerana suatu kerinduan.

Ada orang menangis kerana suatu pengharapan kepada Allah s.w.t.

 

Berhentilah berfikir untuk lemah diri. Mari, terus mengorak langkah maju untuk mencari kegembiraan dan redha Ilahi.

Bagaimana hari ini?

Say:

“Warrghhh!! Hebat! Alhamdulillah!!”

 

Jadi,

Kenapa masih bersedih?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: