Antara Sifat dan Sikap

Siapa tahu apakah makna sikap, dan apakah pula makna sifat?

Siapa boleh bagi jawapan, dapat hadiah. Betul, tak tipu!

 

Tapi, dalam masa 1 minit daripada artikel ini diterbitkan lah.

Jika sekarang, baru 30 saat, anda masih berpeluang lagi. Kalau sudah lambat, harap maaf, cuba lain kali lah ye…

Apakah itu sifat? Apakah itu sikap?

Sifat menurut kata bahasa Inggeris, ia ialah characteristic or attribute. Characteristis pula apabila diterjemahkan pada bahasa Melayu ialah karakter.

Daripada terjemahan bahasa ini, telah boleh dibuat suatu definisi awal apakah yang dimaksudkan dengan sifat (untuk lebih lanjut, rujuk kamus dewan sendirilah ye…). Sifat ini ialah perwatakan manusia. Watak atau apa yang mewujudkan personaliti ia pada pandangan dirinya atau sesiapa. Ia berada pada dalaman manusia. Atau lebih tepat, sifat ini adalah nature atau perkara semula jadi semenjak dilahirkan. Tidak payah dibentuk, ia telah dimiliki.

Sikap pula menurut kata bahasa Inggeris ialah attitude or behaviour. Sikap boleh juga diertikan sama maksudnya dengan perilaku dan pemikiran seseorang akan sesuatu perkara.

Sikap hanya boleh dikenal pasti setelah orang lain melihat akannya. Jika hanya terpendam, maka tiada kenallah orang tersebut akan sikapnya akan sesuatu perkara. Ia berkaitan dengan perbuatan seseorang. Sikap menonjolkan diri seseorang itu. Ia hanya boleh dikenali selepas orang tersebut menonjolkan diri.Sikap juga boleh ditafsirkan kepada perkara luaran yang wujud pada diri manusia. Perkara luaran yang wujud berdasarkan kepada pemikiran seseorang akan sesuatu perkara.

Dan sikap juga boleh dibentuk jika tidak dimiliki. Misalnya, sikap suka bermain bola atau bersukan. Ia boleh dibina bila ada suasana sukan atau bersama orang yang suka bersukan. Dari dulu tidak pandai bermain kerana tiada bakat atau tidak berminat, kini telah berminat dan menjadi salah seorang ahli sukan.

Tetapi, apabila dia telah berkeluarga, sikapnya terhadap permainan telah berubah. Jika dahulu aktif, kini telah separa aktif. Apabila makin sibuk dengan pelbagai urusan dan usia menginjak tua, sikap itu terus berubah dan akhirnya tiada lagi kehendak kepada permainan yang suatu ketika adalah hobinya.

Apabila kotak pemikiran telah berubah, maka sikap juga turut berubah.

Apa perkaitan antara sifat dan sikap?

Sebenarnya, dua-dua perkara ini mempunyai nilai yang besar dalam pembetukan jiwa manusia. Apabila telah dikenal pasti perbezaan dan apa yang wujud pada diri, maka orang tersebut akan mengetahui di manakah potensi diri yang perlu dimajukan, dan di manakah kekurangan diri yang perlu dihindari dan diperbaiki dari semasa ke semasa.

Sekarang, cuba lihat beberapa contoh. Ali seorang yang pemalas. Dia sangat malas untuk belajar, bermain, atau buat kerja rumah. Hari-hari ibu dan rakannya asyik memarahi dan menegurnya.

Tetapi, Ali tetap tidak mahu berubah. Apabila ditegur, telinganya bagai telah lali untuk menerima. Virus dalam dirinya telah tegar, bagai tiada antivirus yang mampu merawatnya.

Esah pula seorang yang kaya raya. Dia memiliki apa sahaja yang diinginkan pada usia yang masih muda. Esah selalu pergi ke sekolah dengan kereta mewahnya. Rakan-rakannya selalu memuji dan ingin berkawan dengannya.

Tetapi, Esah seorang yang baik hati. Dia juga seorang yang pemurah. Apabila ternampak orang tidak kemampuan, dia sentiasa cuba membantu. Apabila ada rakan yang kesusahan, dia cuba untuk menghulurkan bantuan.

Tetapi, Esah senang untuk bermewah-mewah. Dia suka menonjolkan kemewahan yang dimilikinya. Kadang-kadang agak kelebihan sehingga ibu dan ayahnya menjadi tidak senang.

Ok. Ini antara contoh sifat dan sikap orang. Sifat Ali ialah degil. Sikap Ali pula ialah pemalas. Sifat Esah ialah baik hati dan pemurah. Sikap dia ialah berlebihan dan suka menonjolkan kemewahan.

Maka, sifat ialah degil dan pemurah. Sikap ialah pemalas dan bermewah-mewahan. Sekarang, bagaimana ingin membantu mereka?

Boleh berubah dan yang tidak.

Dalam merubah suatu keadaan, sikap boleh berubah,walau bukan serta merta. Tetapi, sifat tidak dapat berubah. Ini kerana sikap hanyalah aspek luaran, sedangkan sifat telah lama menjadi perkara dalaman.

Sikap boleh diubah apabila menerima semangat baru atau keadaan baru yang dapat membentuknya. Sedangkan sifat tetap berada dalam dan peribadinya, selagi tiada injakan masa atau taufik Allah untuk merubahnya. Yang boleh dilakukan, disalurkan kepada perkara lain yang mungkin bermanfaat kepadanya.

Sikap pemalas diubah dengan suasana pembelajaran dan motivasi dari ibu bapa atau rakan. Jangan dibina suasana menekan, kerana ia tidak berkesan. Api dilawan api, mana mungkin menjadi kurang. Ia pula perlu berterusan. Motivasi bukanlah suatu penyelesaian, tetapi hanya suatu ransangan. Selagi ransangan yang pelbagai dilakukan, insya-Allah sikap buruknya akan berubah.

Sebaliknya, sifat masih wujud pada dirinya. Maka, bentuklah ia kepada perkara yang lebih bermanfaat, sekiranya sifat itu adalah buruk. Contoh, sifat degil kepada degil untuk mendekati cyber cafe dan  membuang masa. Degil untuk hadir majlis sia-sia.

Pendek cerita. Selagi itu melibatkan perbuatan atau amalan, itulah sikap, dan bukan sifat.

 

Karakter teladan.

Saidina Umar antara karakter manusia yang sering dilihat aspek sifat dan sikapnya. Sifat saidina umar ialah berani, pemarah, dan tidak takut kepada sesiapa. Sikapnya ialah suka menentang jika tidak benar pada pihaknya.

Sebelum Islam, Umar suka menentang Islam sehingga ingin dibunuhnya utusan Allah. Setelah memeluk Islam, sikap penentang Umar berubah kepada membel yang hak, dan menghancurkan kebatilah.

Tetapi, sifatnya masih kekal dalam  diri. Apabila memeluk Islam, Umar yang terkenal pemarah dan berani tetap sama, tetapi kini berbeza dia menyalurkan tentangannya.

Berdasarkan karakter Umar, pengkaji bersepakat sikap boleh berubah apabila suasana itu berubah. Tetapi, sifat tidak dapat diubah melainkan disalurkan kepada tempat yang lebih bermanfaat padanya.

Tetapi, sifat mahmudah (insya-Allah) dapat dibentuk apabila ada mujahadah atau pengorbanan. Kerana ia adalah sifat-sifat kurniaan Allah, berdasarkan asma dan sifat tersendiri hanya milik-Nya.

Permainan.

Untuk kali terakhir, untuk lebih mengenali, mari bermain permainan. Sifat atau sikap?

Pemurah? —– sifat.   Lawannya, kedekut.

Pemaaf?—–sifat.  Lawannya, pendendam.

Keanak-anakan?——sifat.  Lawannya Matang

Gila-gila?——- sifat. Lawannya, serius bebenor

Pengotor?——- sikap. Lawannya, pembersih

Mencuri?——- sikap. Lawannya,

Zalim?——-  sifat. Lawannya, adil(sifat). Melakukan sesuatu pada tempatnya (sikap)

Sabar?——- sifat. Lawannya  pemarah, atau baran.

Amal soleh?—– sikap. Lawannya buat jahat.

Buang masa?—– sikap. Lawannya manfaatkan masa.

Menolong orang?— sikap. Lawannya membebankan orang.

Rajin?—- sikap. Lawannya malas.

-Jelas?

Pendek cerita, SIKAP itu tingkah laku.. sopan, ramah, murah senyum .. dan lain-lain. Ia boleh berubah dalam waktu yang cepat bila ada keinginan dan niat..

SIFAT itu tabiat (pembawaan).. egois, sombong, sensitif.. dan lain-lain.. Ia agak sulit utk diubahnya.

 

-tak faham juga, lupakan sahajalah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: