Dunia dan Agama.

Melihat keadaan dan situasi semasa,

Siapa yang ingin mengaku Allah berada dalam hatinya?

Melihat semua keadaan yang berlaku di dunia ini, siapa yang suka apa yang Allah perintahkan dia untuk lakukan?

Apabila antara al-Quran dan melihat movie atau keluarga, siapa yang lebih bersedia kepada baca al-Quran?

Begitulah kehidupan. Kehidupan yang manusia lihat dan perhati ini lebih terasa takjub, seronok, dan matlamat daripada agama dan perkara hak yang disampaikan.

Kerana apa? Kerana nampak nilai keseronokan dalam mengerjakan perkara keduniaan.

Hedonisme (keseronokan tanpa batasan) menjadi-jadi. Nikmat, nilai, dan hasilnya semua berada di depan mata, semua dikejar tak kira usia, tempat, dan masa.

Tetapi apabila bercakap dan berbicara tentang Allah? BErapa ramai yang berbicara akannya? Apakah kenikmatan melihat akannya di dunia?

Hanya sekadar sedap didengar telinga. Halwa telinga.

Antara dunia dan agama.

Kini, tidak sesiapa boleh menafikan yang dunia sekarang begitu nampak kenikmatannya di depan mata. Apa sahaja, sama ada pangkat, kemewahan, harta, antara jantina, televisyen, dan internet, lebih terasa kepentingannya daripada berbicara dan melakukan aktiviti agama.

Sehinggakan agama itu adalah perkara tersendiri, dan hanya bila perlu barulah dibicarakan ia.

Apabila ditukar topik percakapan, terasa yang 180 darjah berbeza corak fikiran. Maknanya, dalam setiap bicara itu tidak nampak niatnya untuk kehidupan yang berpanjangan.

Inilah hakikatnya. Nak kembalikan manusia itu sedar akan kepentingan agama dalam kehidupan ini terasa sulit sekali.

Zaman para sahabat Rasulullah dahulu,

Dunia mereka dan dunia kini adalah 180 darjah bezanya.Dahulu, tiada keseronokan yang melampaui batas seperti kini. Wujud situasi dan gambaran keduniaan, tetapi tidak sehingga berterabur pub atau disko di sana sini.

Musik, tv, dan eksploitasi wanita, bukanlah wajah harian sehingga jelas di  depan mata dan fikiran.

Zaman kini,

Dunia adalah menjadi tempat taruhan. Sekiranya tidak mengejar nikmat atau keseronokan di depan mata, terasa seperti bukan dalam kehidupan.

Kini, keseronokan melampaui batas. Manusia tidak lagi sibuk dengan urusan keluarga, tetapi sibuk dengan urusan kerjaya, urusan internet, facebook, rakan, dan entiti penagihan, sehingga tiada langsung menyebut institusi keagamaan.

Faktor untuk mengisi masa dengan perkara dunia terasa begitu banyak sehingga tiada masa untuk lakukan perkara agama.

Hatta sesaat untuk menyebut perkara agama. Sensitif menyebutnya.

Zaman para sahabat,

Agama itu yang menjadi sebutan. Apabila berbicara perkara dunia, itulah yang sensitif menjadi perbualan. Sehingga sanggup mengaku munafik hanyasanya gembira apabila bersama keluarga mereka (padahal itu sememangnnya fitrah antara manusia).

Urusan keduniaan mereka pula lebih nampak kepada perniagaan, keluarga, dan bercucuk tanam. Paling berat, pergi bermusafir untuk jualan di negeri orang.

Zaman kini,

Terbalik pula. Dunia sentiasa dibicarakan, agama adalah sensitif menjadi sebutan. Hatta nak cakap sesama muslim sendiri pun takut untuk diperkatakan.

Padahal itu sememangnya tanggungjawab antara muslim. Memberi peringatan sekiranya berlaku kesilapan atau bukan perintah Tuhan..

Ah… malangnya nasib ummat Islam ini…

Daku tertanya-tanya…

Betulkan Islam masih berada dalam diri? Sedangkan solat pun tidak buat, baca al-Quran pun tak dibuka dan diangkat, dan ucap kalimah syahadah pun tidak tahu maksudnya….

Jika nak dikatakan ini gejala kelemahan iman,lihat sejenak apakah konsep iman. Iman itu maksudnya i’tikad dalam hati, lafaz dengan lidah, dan amal dengan perbuatan. Atau paling ringkas , iman itu maksudnya mengamalkan apa yang agama perintahkan.

Konsep lemah pula ialah ada jasad yang melakukan tetapi tidak kuat. Dengan kata lain, dia melakukan perbuatan tersebut, tetapi tidak berupaya seperti ketika banyak tenaganya. Misalnya orang tua yang berjalan. Orang tua itu tetap berjalan, tetapi keupayaannya makin lemah tidak seperti ketika mudanya dia berjalan.

Apabila orang tua ini tidak lagi berjalan, dia tidak lagi dilihat lemah, tetapi langsung tidak lagi dapat berjalan.

Begitulah apabila dimaksudkan lemah iman. Maksudnya, orang yang lemah iman itu tetap melakukan perbuatan yang diperintahkan agama, malangnya sudah berkurangan keupayaannya ketika dia dulu mempunyai kekuatan.

Dan, apabila dia langsung tidak lagi peduli untuk melakukan perbuatan yang membawa kepada iman, bukanlah lagi membawa maksud lemah iman. Sebaliknya TIADA IMAN.

Sering kali salah maksud antara dua perkataan ini. Lemah iman atau tiada iman.

Lemah ialah perbuatan yang membawa kepada Allah tetap dilakukan, cuma keupayaannya yang berkurang. Tetapi, tiada iman ialah langsung tiada keinginan untuk buat perkara yang membawa kepada iman.

Di manakah tahap anda? Lemah atau tiada iman….

 

Kembalilah kepada Agama…

Namun, apa sekalipun fitnah akhir zaman ini,

Dunia tetap diciptakan sebagai sementara. Apa sahaja yang wujud di atas dunia ini pasti pergi sama ada suka atau tidak suka.

Tetapi tidak pada perkara agama. Dari kecil ke besar, dari besar ke tua, agama tetap menjadi identiti dan tidak pernah terpisah dari kehidupan ini.

Sehinggalah ke alam barzakh, sehinggalah apabila berjumpa Allah nanti.

Agama tidak pernah berbeza mengikut zaman, tetapi dunia yang berbeza apabila mengikut zaman.

Agama adalah kekal selamanya, apabila dunia hanya sementara (mungkin 60-70 tahun? Mungkin 40-30 tahun. Siapa tahu?)

Masalah dunia sewaktu ketika hidup di dunia sahaja. Tetapi masalah agama terus bersama walau di alam barzakh sana.

 

Jadi,

Fikir-fikirkanlah. Di manakah tahap kesedaran diri sendiri akan perihal agama dan dunia. Sekiranya dalam kehidupan dunia masih mampu melihat agama, maknanya anda ada dan mungkin lemah iman. Tetapi sekiranya hidup dunia memang tak nampak kepentingan agama, takut-takut anda tiada iman.

Wallahua’lam.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: