Keunikan wanita

Pada artikel kali ini,
Daku nak menulis akan perkara yang telah disebutkan terdahulu.
Antara punca kegelapan ialah,
Wujudnya Manusia, khususnya wanita.

Tetapi,
Sebelum daku meneruskan penulisan ini,
daku akui ia sebagai suatu teori dan pandangan.
Akan perkara realiti dan praktikal,
Tanyalah diri sendiri. Anda lebih kenal diri anda dari orang yang menyampaikan.
Wallahua’lam.

Di kalangan makhluk Allah yang paling daku rasa menarik dan unik,
Adalah penciptaan wanita.

Alkisahnya kerana daku ada kala jua membimbing remaja lelaki dan wantia untuk mendekati agama. Misalnya menjadi guru di sekolah, antara pendekatan yang dibawa.
Ibuku seorang wanita. Adik beradikku turut ada dari kalangan wanita.

Al kerana daku ini suka menganalis dan memikirkan penciptaan Allah SWT,
Ada sesuatu yang menarik bagi seorang pemikir sepertiku,
Iaitu pada keunikan wanita. (wanita sahaja. Lelaki tiada.)

Uniknya wanita.
Pada penciptaan wanita,
Allah telah meletakkan salah satu dari sifat keagungan-Nya. Keagungan Allah, bermakna keindahan pada ‘jamal-Nya Allah’ wujud pada wanita. Bukan sahaja para lelaki yang perasan, tetapi di kalangan wanita sendiri perasan di antara sesama mereka.

Sentiasa ingin bersaing untuk menonjolkan. Kalau boleh merekalah yang paling baik, menarik, dan lain-lain.

Tetapi, bagi para lelaki, sifat jamal-Nya Allah tidak pula dirasai. Lelaki sifatnya, “selagi ada dan boleh pakai, itulah yang diguna sampai tiada henti.” Simple, relaks, dan steady. Tak ramai yang pusing-pusing dan berminat pada benda-benda menarik dan cantik-cantik macam ini. Tetapi, ada sesuatu yang mereka cukup minat, dan sentiasa rasa menarik dan indah,
Itulah pada wanita.

Hhhmmm…..Pelik bukan? Kenapa kecantikan dan konsep keindahan pada lelaki dan wanita tak sama?
Ha… inilah bukti kehebatan dan kebijaksaan Allah menciptakan makhlukNya. Di mana,
Dalam kehendaknya berlaku semua perkara. Dalam pengetahuanNya Dia menciptakan mengikut kehendakNya.
Inilah fitrah. Asal kejadian bermula pada sifat ini.

Wanita pembawa kegelapan.

Sabda Nabi dalam kitab Sahihain bermaksud: “Aku tidak meninggalkan fitnah bencana yang lebih berbahaya atas kaum lelaki (selain bahaya fitnah) daripada perempuan.” (Al-Fath, hadis riwayat Muslim).

Dengan kehendak Allah jua, pada setiap nikmat dan kelebihan yang dikurniakan,
Diciptakan pula ujian. Ujian membuktikan jamal-Nya Allah tidak sama dengan keindahan makhluk.

Dengan ujian inilah, Iblis menggunakan ia sebaik-baiknya sebagai jalan untuk menyesatkan manusia dari beroleh rahmat Allah. Ia digunakan sebaik-baiknya sebagai jentera utama untuk menyesatkan manusia terus beribadah kepada Allah.

Antara ujian yang nyata iaitu melalui wanita. Bukan pada lelaki sahaja didatangkan ujian asbabnya wanita, di kalangan mereka turut diuji akan perkara yang sama.

Kerana asbab ini,
Lelaki dan wanita dibuka pintu nafsu pertama. Nafsu amarah, padanya ada syahwat dan marah. Syahwat itu kebiasaannya pada lelaki. Dan marah itu pada lelaki dan wanita. Nafsu peringkat pertama sentiasa mengajak kepada dosa, keburukan, kemaksiatan, dan kemungkaran. Jauh dari petunjuk syaitan. Permainan utama Iblis dan syaitan.

“Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Yusuf:53)

Apabila pintu pertama nafsu dibuka,
Maka keluarlah segala sifat-sifat tercela. Lisan, anggota tubuh badan, riya, ujub, besarkan diri, angkuh, ghurur, dan lain-lain lagi,
Mengumpat dan mengeji.
Mencela dan memaki.
Menghina dan membohongi.
Bernafsu dan berahi.
Dan lain-lain ini.

Iblis bijak menggunakan jentera yang satu ini. Dia menggunakan pintu yang nyata dengan menggoda para wanita menjadi tentera mereka di dunia ini.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya wanita itu menghadap ke muka (datang) dalam bentuk syaitan dan ke belakang (pergi) dalam bentuk syaitan.” (Hadis riwayat Muslim).

Pada pandangan lelaki dan wanita, di mana-mana sahaja depan atau belakang syaitan mendatangkan ia sebagai senjata dan fitnah.
Mujahid Rahimahullah berkata: “Ketika wanita menghadap ke depan (datang), maka syaitan duduk di atas kepalanya lalu menghiasinya untuk orang yang melihat dan ketika perempuan itu menghadap ke belakang (pergi), syaitan duduk di belakangnya lalu ia memperindahnya untuk orang yang melihatnya. (Al-Qurtubi, al-Jami’li- Ahkamil Quran).

Tetapi hakikatnya,
Dia hanyalah menggoda. Yang menentukan darjat iman dan cahaya, tertakluk pada diri sendiri.

“Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: “Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar, dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya”. Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.” (Ibrahim:22)

Wanita sebagai sinar cahaya.
Sebaliknya pula,
Apabila wanita itu sangat mengenali kedudukan mereka yang diciptakan oleh Allah, keistimewaan yang hanya ada pada mereka, dan keunikan yang satu ini hanya wujud pada diri mereka,

Maka di sinilah bermula sinar cahaya yang datang daripada mereka. Tanpa mereka, sinar itu malap dan berkelip-kelip, tiada bantuan dan sokongan, tiada dorongan dan kekuatan.
Tanpa sinar itu,
Tiada indahnya kehidupan ini bagi seisi makhluk yang bergelar manusia di muka bumi.

Bermulanya ia,
Dari sifat dan ruang dalam hati seorang wanita.
Sifat mereka penuh kasih dan sayang yang sentiasa diberikan perhatian. Ketabahan mereka tiada bandingan. Cekalnya mereka sukar untuk dijadikan ukuran.

Ruang hati wanita itu pula terlalu luas dan dalam. sehingga dalamnya (dalam menghayati dan meneliti) sehingga sukar difahami dan dilalui oleh sang lelaki. Walaupun hatinya terlalu luas, tetapi luasnya ia hanya pada satu sahaja yang akan diisi. Jika luas dan dalam hati ini diisi hanya munajat pada tuhan, maka sama sekali menyerah para lelaki pada kemampuan wanita ini.
(tetapi, sekiranya luas dan dalam itu diisi akan perkara yang lain, maka sebalikya pula akan terjadi).

Dan inilah hati yang Allah kehendaki.
Sifat dan hati yang sentiasa melihat kepadaNya, tiada suatu pun yang diisi, dikata, diselami, dan dihayati,
Melainkan pada Dia.

Apabila seseorang wanita itu beroleh hati ini,
Maka darjatnya lebih baik dari 70 orang lelaki yang soleh. (Diriwayatkan oleh Abu Syeikh Al-Ashbahani daripada Ibn Umar.) Doanya lebih mulia dan dimakbulkan oleh doa sang lelaki(kerana sifat kasih sayang). Antara punca kebaikan bagi dunia dan akhirat (HR. Tabrani) (banyak lagi dari kata-kata nabawi dan hukama’ akan perkara ini.).

Merekalah pendorong pada cahaya Ilahi dalam kehidupan lelaki. Menjadi penyejuk mata dan punca redupnya hati dan anggota seorang lelaki yang suci. Merekalah pendorong cahaya Ilahi pada anak-anak menjadi pemuda solelah dan solehah hasil dari rahimya jiwanya yang suci.

Martabat nafsu jua berubah kerana mereka. Dari jiwa yang gelisah kepada jiwa yang tenang dalam cahaya Allah.

Nilai yang terlalu besar dan bernilai,
Hadir dari wanita yang mempunyai hati ini.

Inilah uniknya penciptaan pada wanita.
Di tangan mereka
Ada tali yang akan menyelamatkan,
Atau perangkap yang akan menghancurkan.

Cahaya atau kegelapan…
Hanyalah sebagai hubungan manusia dengan tuhan. Selagi mereka tahu erti hidup dan ibadah,
Maka merekalah dalam sinaran cahaya iman, atau mereka berada
Dalam lubang-lubang kegelapan dosa dan kemaksiatan.

Seorang wanita yang membantu agama Allah bersama suaminya seperti seorang sahabiah membantu suaminya demi agama yang dicintainya.Sepertimana jiwanya Khadijah, sepertimana jiwanya Fatimah,sepertimana jiwanya al-Khansa’, sepertimana jiwanya Asiah, sepertimana jiwanya Zainab, sepertimana jiwanya seorang bidadari syurga Allah yang mulia lahirnya dari alam dunia

(Suka lihat pada blog ini. Pandangan jelas dan benar, sama ada pada keadaan lelaki dan perempuan : http://www.ummuhusna99.blogspot.com/ )

Hhmm…
Jika ada sesuatu yang berlaku, bersabar dan bersemangatlah. Memang susah nak hadapi, tapi sekiranya dah nak terjadi, tetap akan terjadi.
Hanya, jika terasa kurang sihat,
Banyakkan minum air. Air suam. Kalau boleh tambah madu satu sudu, lepas masukkan air dalam gelas. Minum di waktu pagi dan ketika serba tak sihat.
Banyakkan berehat. Lupakan dulu perkara yang membebankan. Kesihatan lebih utama. Minta yang lain untuk turut membantu.
Memang disedari,

Susah nak uruskan semua. Tapi, diri mampu bukan? Cuma Allah nak tambah uji sikit nak lihat hambaNya mengadu dan syukur nikmat yang selama ini diberi.
Besar ganjaran orang diuji ni. Bila Allah nak tingkatkan darjat seseorang, dia tambah beban sikit kepada si hamba. Tambahan lagi, bila seorang ibu diuji, lagi sayang Allah padanya, kerana Allah suka sifat kasih sayang yang ada pada hambaNya.

Percaya,
Diri boleh hadapi. Sentiasa doakan beroleh kebaikan.

Ambillah ubat sekadar keperluan. Jangan berlebihan, nanti memudaratkan. Ubat hanya sebagai asbab membawa kesihatan, ubat juga boleh menjadi asbab membawa kemudaratan. Jadi, minum dan lepas makana ubat, mohon Allah memudahkan dan memberikan nikmat kesihatan.

Daku minta maaf jika hanya tekaan, terlalu banyak fikir, dan tiada kena mengena. Moga sihat sejahtera.

    Segala kesilapan dan kesalahan lalu,
    lupakanlah. Tiada manfaatnya.Bawa mudarat saja simpan lama-lama.

    Telah lama dimaafkan.
    Semoga sentiasa sihat dan ceria di sana.

2 gerakbalas-gerakbalas

  1. Reblogged this on jiwa hamba.

  2. bagus tingkatkan

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: