Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali.

Ini ayat peribahasa dalam bahasa Melayu.
Ayat ini waktu sekolah dulu aktif lah digunakan. Biasanya digunakan untuk menulis karangan. Contohnya berbunyi begini, “Bina satu karangan yang bermula atau berakhir dengan peribahasa, “Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali.”
Kini, daku mengimbas kembali peribahasa ini. Rupanya-rupanya peribahasa ini maksudnya terlalu mendalam, sehingga terlalu bermakna sebenarnya ketika mengharungi kehidupan.

Kehidupan itu suatu perjalanan.
Daku akui,
Apabila membicarakan persoalan kehidupan, ia diibaratkan sebagai sebuah perjalanan.
Perjalanan yang ada naik dan turun, atas dan bawah, baik dan buruk. Perjalanan ini penuh dengan lapang dan duri, suka dan derita.
Seolah-olah sebuah roda. Kadang-kadang berada berada di atas, kadang-kadang berada di bawah.

Melihat pada keadaan ini,
Daku akui, kadang-kadang ada yang suka, ada yang sukar. Ada yang gembira, ada yang menyedihkan. Penuh dengan situasi dan kepelbagaian.
Kehidupan itu bukannya seperti teori buku. Apa-apa sahaja yang tercatat dalam diari atau buku kisah pengalaman manusia, tak akan sama sekali dengan perasaan orang yang mengalami dan susah payahnya membaitkan kisah dan peristiwa yang berlaku dalam kehidupannya.

Perkara ini membuatkan daku berfikir.
Konklusinya,
“Hidup ini bukanlah teori. Tetapi praktikal.”
Buku hanya sebagai panduan. Kenyataannya, buku itu bukanlah kehidupan.

Mengimbau diri sendiri.
Dalam kehidupan ini,
Daku mengimpikan suatu impian.
Daku teringin berbuat baik dan ingin orang lain suka pada kebaikan.

Tetapi,
Impian itu bukanlah suatu kenyataan.

Hal ini kerana,
Inilah dunia. Inilah manusia. Masalahnya bermula apabila pada kedua-dua perkara ini dibina akan sifat yang membawa cenderung kepada perkara yang berbeza.
Sifat manusia terbentuk dari dorongan nafsu. Fitrah berlaku sebelum adanya pembentukan nafsu. Apabila nafsu terbentuk, fitrah (teori) telah berbeza daripada dulu.
Orang tua tidak lagi sama fitrahnya dengan anak kecil. Remaja tidak sama fitrahnya dengan anak kecil. Dewasa tidak sama fitrahnya seperti anak kecil.
Anak kecil itu ialah teori. Dewasa, tua, dan remaja itu adalah praktikal daripada teori.
Jika dewasa, anak, dan remaja itu berjaya membawa nafsu ke arah kewujudan fitrah, maka dialah orang yang berjaya, dunia dan akhiratnya.

“Maka hadapkanlah dirimu kepada agama (Allah) yang benar itu; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Ar-Rum:30)
“Tidaklah dilahirkan seorang anak melainkan atas fitrah” (Hr. Muslim).

Dunia satu lagi masalah. Dunia ini diciptakan dengan sifatnya yang penuh tipu daya.
Orang yang mendiaminya tertipu, orang yang mencari akannya pun tertipu.
Tipuannya membuatkan setiap manusia itu suka untuk kepentingan dirinya sendiri. Sehingga sanggup berbalah hanya perkara yang kecil.
Inilah dunia. Dan terlalu banyak celaan pada orang yang cinta akan dunia.
Terlupa pada Tuhan mereka. Terlupa akan asal usulnya, terlupa akan kembali ke kubur dan hisab yang panjang di akhirat sana.

Dan,
Yahudi (manusia- yang dilaknat Allah ) adalah manusia yang bijak. Cara untuk memporak berandakan kehidupan manusia hanya perlu disusun catur dengan kewujudan dunia dan keadaan sifatnya.

Hanya guna beberapa strategi (dah banyak strategi mereka. Daku tak mahu olah di sini-buang masa). Misinya, mencapai apa yang tertarik pada nafsu, dan menari pada keindahan dunia. Al-Quran dan hadis dah bagi tahu. Diorang putar buat orang ikut saja. Bila semua orang dah ketagih dengan hasil cipta mereka, baru boleh jadikan manusia itu hamba macam manusia menarik hidung lembu.
Lembu tak pernah mengaku dia hamba manusia. Manusia saja mengaku lembu itu hamba untuk digunakan olehnya. Orang pun tak pernah mengaku dia hamba Yahudi. Tetapi, Yahudi yang buat kerja, bagi kerja, olah kerja, dan cipta kerja, mereka tahu semua manusia jadi hamba diguna-gunakan oleh Yahudi.

produk-yahudi

Ini kenyataannya. Kenyataan suatu rumusan bermula daripada teori, membawa kepada praktikal yang makin lama makin jauh dari permulaan.

Suka pada kebaikan
Kehidupan ini,
Daku suka melihat pada kebaikan.
Tetapi, kenyataannya,
Daku sendiri tidak sempurna, dan orang lain lagilah tidak memiliki kesempurnaan.

Maka,
Daku bersandarkan setiap kekurangan dan kelebihan itu pada Allah.
Ada beberapa peristiwa yang membuatkan daku tidak suka hanya pada kebaikan sahaja disandarkan segala tingkah laku dan perbuatan.
Akhirnya disedari bahawa kebaikan yang selama ini sahaja dicari, tempatnya bukan di sini. TETAPI DI SYURGA NANTI. KERANA DI SANA, AKAN BERTEMU DENGAN ALLAH YANG MAHA BAIK, DAN DIALAH YANG MENCIPTAKAN TERBAIK, BUAT ORANG BAIK, DAN SUKAKAN KEBAIKAN KETIKA KEHIDUPANNYA DI DUNIA.

Dua tiga kali fikir akan kenyataan ini,
Maka, ingin daku bagi satu lagi rumusan.

Apabila berbuat sesuatu kebaikan kepada manusia, berpada-padalah.
Dunia ini melahirkan manusia yang sifatnya seperti anjing dan serigala. Kita berbuat baik kepadanya, dia mencari peluang untuk memperdaya dan menggunakan tipu daya bila tahu kita mudah diperdaya.

Membuatkan daku makin takut dan benci dengan manusia yang terlalu cinta akan kehidupan dunia ini.
Yang paling meluat,
Bila dia menggunakan toleransi dan istilah-istilah dalam agama, untuk kepentingan nafsu dan peribadinya.

Berpada-padalah harap dan lihat kebaikan orang pelawa.
Nasihatku,
Berbuat baik itu, berpada-padalah. Dan, buat jahat, jangan sesekali.
Terutama pada orang yang pelawa nak bagi atau buat sesuatu kebaikan kepada diri kita.

Terutama pada zaman kemerosotan ini, lagilah parah manusia nak landaskan kebaikan itu kerana Allah.
Cakap boleh, niat dan dalam hati entah.

Oleh itu,
Apabila sesuatu kebaikan itu (disuruh, dipelawa) ada suatu perbuatan yang tersembunyi atau terang-terangan ingin menjatuhkan maruah, membuatkan jiwa resah, dan tiada langsung berlandaskan pada peribadatan pada Allah,
Cukuplah berusaha. Tak payah lagi susah-susah.
Merapu berusaha dan terus bercakap dengan orang macam ini.

Mungkin diorang tak menyedari,
Sebab nafsu itu wujud dalam diri mereka. Bukan diri orang yang memerhati dan berhati-hati ketika berjalan di atas muka bumi ini.
(Moga Allah beri hikmah dan pengajaran dengan pertemuan manusia yang macam ini.)

Al-Quran sebagai pedoman.
“Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Yusuf: 53)

Ayat ini membuatkan daku terfikir satu benda. Iaitu,
Semua orang senang nak buat jahat dan perkara mungkar. Orang nak buat betul-betul baik sangat sedikit, hanya bila ada rahmat daripada Allah. (Kecuali- dalam kelompok yang banyak, dia terkeluar daripada kelompok tersebut.)
WAllahua’lam.

Ya Allah,
Bantulah…
Tiada sesuatu dan seseorang pun lagi yang boleh membantu melainkan Engkau yang Maha Mengetahui.

“Tujuanku ialah akhirat. Jika ada sesuatu yang membelakangkan aku dari siapa yang ingin bertemu dan di mana tempat tujuanku,segera aku akan berlari dan pergi daripada perkara yang membelakangkan itu,”
“Tanpa sebarang notis”

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: