Siapakah mamat ini? 13 Februari 2012
Posted by kaimislam in Tokoh, Uncategorized.Tags: Adly Mukhtar, cayalah!, Flarebiz, Labanon
add a comment
Menarik cerita mamat ini.
Jadi, terus postkan kembali kisahnya di blog ini.
Sebab apa?
Entah. Mungkin boleh jadikan sumber inspirasi
Kisah Pertaubatan Hassan Basri 12 Ogos 2011
Posted by kaimislam in Tokoh.Tags: falsafah, gadis cantik, Hassan Basri, kisah kerajaan Byzantium, putera mahkota/, Raja Byzantium, tentera
add a comment
Pada mulanya Hassan Basri adalah seorang pedagang batu permata, kerana itu ia dijuluki Hassan si pegadang mutiara. Hassan mempunyai hubungan dagang dengan Byzantium, kerana itu ia berkepentingan dengan para jeneral dan menteri Kaisar. Dalam sebuah peristiwa ketika berpergian ke Byzantium, Hassan mengunjungi perdana menteri dan mereka berbincang-bincang beberapa saat.
“Jika engkau suka, kita akan pergi ke suatu tempat.” Menteri mengajak Hassan.
“Terserah kepadamu,” jawab Hassan. “Ke manapun aku akan menurut.”
Maka menteri memerintahkan agar disediakan seekor kuda untuk Hassan. Setelah menteri dan Hassan naik ke punggung kuda, berangkatlah mereka menuju ke padang pasir. Sesampainya di tempat tujuan, Hassan melihat sebuah khemah yang diperbuat dari brokat Byzantium, diikat dengan tali sutera dan dipancang dengan tiang emas di atas tanah. Hassan berdiri di kejauhan.
Kisah: Malik bin Dinar. 22 Julai 2011
Posted by kaimislam in Tazkirah, Tokoh.Tags: mabuk, Malik Dinar, neraka Jahannam, syurga, tirai jendela, ular
add a comment
Sudah hampir sebulan di kawasan ini. Alhamdulillah, makin boleh menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan masyarakat setempat.
Dari setempat ke setempat terus bergerak. Melihat masyarakat, kehidupan, menziarahi dan menyebarkan peranan sebagai orang Islam.
Insya-Allah, ada beberapa lama lagi berada di sini. Apa-apapun, daku sentiasa mengharaplam talwa dan petunjuk dari Ilahi dalam memperbaiki diri dan mengenal-Nya yang Maha Mengetahui.
Malik bin Dinar diberitakan dahulunya ialah bukan seorang yang soleh. Apabila seseorang bertanya kepadanya bagaimana dia bertaubat dari dosa-dosa dan kemaksiatan yang berlaku pada dirinya, dia menceritakan kisah dirinya sebagai berikut:
Kisah Orang-orang Soleh. (1) 24 Jun 2011
Posted by kaimislam in Tazkirah, Tokoh.Tags: Imam Ja'afar, kisah orang soleh, Sufyan ats-Tsauri, zuhud
add a comment
Sudah sebulan daku meneruskan kembara.
Jalan masih berliku, penghujung perjalanan masih belum tahu.
Sebegitupun, dalam mencari jalan mengenal dan mendambakan cinta dan redha Allah s.w.t,
Semoga sentiasa dalam petunjuk dan jala;n yang lurus.
Beroleh rahmat dan bimbingan dari-Nya,
Bagi menambah amal,
Mengislah diri agar menjadi lebih baik (atas keizinan-Nya)
dan yakin akan segala janji pilihan Allah s.w.t
*****************************
Cuba berdepan dengan isu zuhud.
Menilai di mana letaknya nilai zuhud.
Pakaian?
Tingkah laku?
Kemiskinan?
Ingin tahu lebih lanjut, daku bawakan dua tiga kisah dari orang-orang soleh sebagai renungan agar sama-sama memahami di mana sebenarnya nilai zuhud.
InsyaAllah
(pernah dibentangkan suatu ketika dahulu mengenai istilah ini dalam suatu nukilan. Boleh ‘belek’ kembali sebagai pencerahan.)
Imam Abu Hanifah 10 Februari 2011
Posted by kaimislam in Buku, Tokoh.Tags: Abu Hanifah, agama, al-Dahri, ateis, Hammad, imam mazhab, mujtahid
add a comment
Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama al- Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan di kalangan umat Islam. al-Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait dengan ketuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah al- Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama disekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.
Abu Yazid al-Bustami 6 Februari 2011
Posted by kaimislam in Buku, Tokoh.Tags: Abu Yazid, bustam, ilmuan Islam, si alim, wali Allah
1 comment so far
Nama sebenar Abu Yazid ialah Abu Yazid Thaifur bin Isa Surusyan Al-Bustami. Beliau dilahirkan dan meninggal dunia di Busthami pada tahun 261H/ 864 M, tetapi ada pendapat yang lain menyatakan pada tahun 264 H/877M. Menurut ramai sejarawan dan pengkaji Islam, beliau merupakan antara orang alim, ahli sufi dan wali Allah s.w.t.
Pada suatu ketika, ada seorang yang terkenal akan kealimannya di sekitar bandar Bustam. Beliau mempunyai ramai pengikut dan penyanjungnya, tetapi beliau masih lagi ingin turut serta dalam majlis yang menjadi kelolaan dan pelajaran yang disampaikan oleh Abu Yazid. Setiap pengajaran yang diterima oleh Abu Yazid dipelajari oleh si alim dengan tekun dan saksama.
Mengenali siapa Dr. Asri… 4 November 2009
Posted by kaimislam in Isu semasa, Tokoh, Uncategorized.Tags: Dr. Asri, fitnah, saifulislam.com
add a comment
Salam ziarah, malam nak study exam… J
Apa yang ingin diberitakan… tiada apa. Kerana diri sendiri tak pernah kenal rapat siapa itu Dr. Asri Zainul Abidin. Hanya kenal sebagai seorang ulama’ yang terbilang, pendangannya tegas, mempunyai hujah yang cekal dan molek diterima akal. Tegas dalam pendiriannya, dan bijak dalam menyatakan nilai serta perkara yang perlu disampaikan.
Tidak mahu menambah panjang mengenai isu Dr. Asri yang ditangkap tak semena-mena. Seperti hanya mahu dijadikan umpan mahupun kambing hitam. Seorang ulam’ yang memiliki ilmu dan hujah yang bijaksana, senang2 diserbu dan ditahan, tanpa melakukan usul periksa.
Sekarang, Dr. Asri semakin ramai yang mengenalinya. Zamihan ni pula makin ramai nak mengetahuinya. Siapa pula Zamihan Al-Ghari? Tak mahu menambah panjang seorang ni… Sebab masih meneliti dan memahami orang yang benar2 berani memfitnah dan membohongi masyarakat terhadap Dr.Asri.
Kenalilah siapa itu rakan, siapa itu musuh. Musuh yang nampak boleh dirancangkan strategi penentangan, namun musuh yang diam2 dalam selimut, buat2 baik depan masyarakat, tapi menyebarkan tohmahan dan permusuhan, mereka inilah yang sentiasa perlu diwaspadakan.
Fi kulli hal, pada ruangan ini, kenalilah siapa itu Dr.Asri. Apakah keperibadiannya, pandangannya dan manhaj yang dipegang olehnya. Kenalilah bagaiman cara beliau berfikir mahupun melihat sesuatu isu yang ingin disampaikan.
Wahai muslimin, kalau kamu tidak pernah mengambil tahu menahu tentang sesuatu perkara, katakan sahaja ‘TAK TAHU’. Janganlah cuba ingin menambah sana sini, sehinggakan kamu menjadi punca fitnah pada agama! Nauzubillah…
Sedikit pengenalan mahupun pengetahuan mengenai Dr. Asri dari ruangan blog saifulislam.com:
Salahuddin Al-Ayubi (Bahagian 3) 14 Jun 2009
Posted by kaimislam in Tokoh.Tags: mesir, Salahuddin
add a comment
Walau pelbagai mehnah yg menimpa.. tokoh ini tidak pernah berputus asa.. mlah diperteguhkan nilai2 perjuangan. Semoga jiwanya menyerap ke hati setiap mujahidin di serata dunia. Ameen…
Salahuddin Al-Ayubi (Bahagian 1) 15 Februari 2009
Posted by kaimislam in Tokoh.Tags: Salahuddin
add a comment
InsyaAllah, ruangan kali ini akan mengimbas kembali tokoh pahlawan, panglima serta seorang sultan yang digeruni oleh musuh dan juga kawan. Jasa beliau yang membebaskan Jerusalem daripada jajahan Eropah hanya menjadi kenangan pada masa sekarang. Era pergelutan untuk mendapatkan tanah yang diidamkan oleh ketiga-tiga agama samawi: Islam, Yahudi dan Nasrani semakin meruncing dan darah memenuhi jalanan demi perjuangan menegakkan janji-janji Tuhan yang diyakini oleh sekalian agama. Semoga info-info malah sejarah Sang Penakluk ini akan membangkitkan kembali jiwa-jiwa pejuang yang inginkan surga dan mati syahid. (Info dipetik dari sebuah laman web dalam laman maya)