Salam Perkenalan!

Assalamualaikum w.b.t

Salam hijrah, dakwah dan perjuangan pada semua yang melayari blog ini. Semoga sedikit sebanyak ilmu yang dikirimkan, malah yang ingin dikongsi bersama, akan ada manfaatnya. Biarkan jiwa kita tertekan dengan mehnah dan ujian, tapi tidak sesekali runtuhnya maruah IMAN dan ISLAM!

Untuk pertama kalinya,  saya menulis blog ini (walaupun x rajin sangat), ingin saya tekankan, walau sejauh manapun kita bergerak, berjalan, malah berlari (sekali jugak yang menggunakan kenderaan) , letakkanlah al-Quran dan Assunnah dalam diri kita. Berlandaskan al-Quran dan Assunnah sahaja kita mampu meraih kejayaan, DUNIA dan AKHIRAT. Biar berapa lamapun kita hidup kat dunia ini, sesekali janganlah tinggalkan al-Quran dan Assunnah. Biarkan ia sebati dalam diri dan hidup kita.Jua, fahamilah makna keberkatan dalam pekerjaan…

Buat akhirnya, saya ingin berkongsi suatu kisah…. suatu ketika dahulu, ada seorang budak yang tinggal dengan atuknya. Suatu hari, dia lihat atuknya sedang membaca al-Quran dan tafsirnya. Entah macamana, dia terdetik nak tanya suatu benda kat atuknya, “atuk, saya dah lama baca Al-Quran dan tafsirnya. Tetapi dia xda beri kesan dan xdapat ingat pun.”

Termenung seketika atuk tue. Setelah berfikir sejenak, dia tersenyum. Senyuman bermakna. Atuk berkata, “wahai cucuku, cuba kamu ambil bakul raga tue. Kemudian, kamu isi airnya, beri kat atuk.”

Pada mulanya, cucu dia kata senanglah. Tapi selepas dua tiga kali, air masih tak penuh dan mengalir keluar sahaja. Yalah, bakul raga. Mestilah berlubang! Bila nak penuh!

Kemudian cucu tue dapat idea. “Atuk, boleh saya letak plastik?” Atuk kata pendek je, “tak boleh”.

Setelah penat berlari ke hulu ke hilir ambik air dalam bakul raga, tapi tetap juga x penuh-penuh. Cucu tue pun putus asa. Dia pun rasa seperti dipermainkan. Nak marah, tak tergamak pula. Dia sayang kat atuk dia. Last-last dia pun tanya la kat atuknya, “Atuk, apa faedahnya saya buat semua ini, saya dah penat berlari, berjalan malah sampai nak merangkak pun ada. Rasanya… xda guna pun…”

Untuk kedua kalinya, si atuk tersenyum… ” Wahai cucuku sayang. Cuba cu tengok kat dalam raga tue. Apa yang dah berubah?” Sementelah tue juga, si cucu terkejut! x disangka langsung, rupa-rupanya bakul tersebut menjadi sangat bersih dan seperti baru beli dari kedai! Ajaib dan menakjubkan!

” Cucuku, sesungguhnya bakul ini simbolik kepada diri kita. Sejauh manapun cucu mempelajari al-Quran, ingati dan fahaminya, ia akan lekat pada diri cu jua suatu hari nanti. Mungkin tidak esok, tapi lusa, tulat, tungging dan sekiannya akan mendapat kesannya. Dari segi perbuatan, percakapan dan niat cu jua akan sangat memberikan  kesan. Ingatlah, Allah x pernah mengabaikan hambaNya yang mencari ilmu di jalanNya.”

Sekian sahaja kisah tersebut. Walaupun pendek, cubalah fahami yang tersirat dan tersuratnya. Semoga perjuangan ini Allah akan memberkatinya. InsyaALLAH…

Ila Ghayatul Qaswa!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: