Kenangan lalu (1)

Suatu ketika dahulu, aku masih ingat, waktu aku masih kecil. Aku masih kecil, tak lagi kenal apa itu dunia. Waktu itu, aku masih lagi suka bermain, mengenal alam yang begitu indah ini.
Waktu itu, aku selalu ikut ayahku ke masjid. Aku suka ikut ayah ke masjid. Entah. Sampai sekarang pun macam tu. Cuma pergi ngan sendiri pulak. hehe.
Suatu hari, motor ayahku rosak. Tengah nak balik dari masjid. Ketika itu, waktu malam. Lepas Isyak. Sunyi. Biasalah, tak ramai orang di tengah pekan ketika waktu malam.
Start punya start, tak mahu hidup jugak.Tolak sudah. Habis berpeluh dan basah bajuku ketika itu. Tapi, tiada apa yang membuatku hilang semangat dan kecewa akan motor ayahku. Malah, lagi gembira adalah. Boleh tengok pekan waktu malam.. eheh.
Akhirnya, ayahku kata, ” udah la tu, jom tolak motor balik. Hah, dah agak! Apalagi, ayahku jadi pemandu, aku jadi penolak (kuat jugak tolak, macam ultraman). Hakikatnya, balik jugak kami dalam keadaan motor yang tak bergerak sendiri.
Walaupun sebegitu, bukannya sekali motor ayahku rosak. Banyak jugak. Tapi, ia x pernah membuatku rasa jemu dan mengadu letih dan sebagainya. Hakikatnya, aku tetap selalu ikut ayahku ke masjid, suatu ketika dahulu. Seronok!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: