Monthly Archives: April 2009

Exam dah nak habis!!!

Salam jelajah dunia!!!

Alhamdulillah, akhirnya minngu exam dah nak tamat jugak. Penat sgt…. macam2 kena study.. Almaklumlah, buat study style last minutes.. nak ikutkan x pernah pulak buat camni. Selalu rajin je study sehabis kelas dan waktu malam… tapi nie, entahlah. Macam2 berlaku. x boleh nak simpan byk2. Takut nanti retak kepala.. hehe…..

Walaubagaimanapun, itulah ujian dunia. Tiada satu pun manusia terlepas dariNya. Ketaatan dan kesetiaan manusia/hamab yang menetukan segala-galanya. Selagi nyawa dikandiung badan, selagi itu diri ini akan teruskan perjuangan. InsyaAllah.
Walau apapun yang berlaku, walau apappun yang terjadi, walau apapun yang mendatang, ddiri ini tahu yang Allah itu maha mengetahui. Tiada cacat cela yang ditimpakan tanpa hikmahnya. Ingin mendidik diri agar sentiasa mencintaiNya dan RasulNya bukannya mudah! Memerlukan beribu-ribu keringat yang perlu dititiskan. Memerlukan berjuta-juta langkah untuk menggapainya.
Jiwa ini kadang2 penuh dengan kegelisahan. Pelbagai perkara yang difikirkan. Pelbagai perkara yang tiba2 berlaku. x tahu mana sattu yangg benar dan yang salah. Ikutkan hati mati, ikutkan kata buta.
Akhirnya, sentiasa diserahkan kepada yang maha Esa. Diminta petunjuk dan jalan yang benar.Bila sedar diri ini adalah hambaNya, tiada satu pun yang berhak diputuskan. Semuanya hanya mampu merancang. Sememangnya, Dialah yang maha menentukan.
Apapun jua yang berlaku, prisip perjuangan perlu diteruskan! Bukan mengalah sebelum habis berjuang! Akanku isi peluru sehingga ke titsan terakhir. Buat biar puas hati hasilnya!
InsyaAllah, kejayaan akan datang jua kelak. Walau beribu batu lagi kaki ini perlu melangkah, itulah jua yang perlu kulakukan dan kuteruskan. Doa hamba ini sentiasa menyusul. Agar kelak kejayaan itu akan diberkati oleh ALLAH hendaknya. Biiznillah…

Salahuddin Al-Ayubi (Bahagian 2)

Maaf ya. Tiba-tiba rajin pulak nak tambah cerita untuk sambungan Salahuddin Al-Ayyubbi, pejuang yang kusegani. Hayatilah…

Continue reading →

Exam month

Assalamualikum w.b.t
Salam mulia diucapkan kepada Rasulullah s.aw. yang dengan keteuhan dan kesabaran baginda akhirnya Islam tersebar meluas sehingga ke setiap pintu rumah umat manusia. Alhamdulillah, pujian bagi Allah, Tuhan yang mencipta sekalian alam yang masih memberi nikmat hambaMu ini untuk terus berada di dunia ini bagi meneruskan sisa-sisa perjuangan yang masih berbaki sebelum hambaMu ini kembali kepadaMu. Benarkanlah segala yang hambaMu ini lakukan dengan keredhaan dariMu, wahai Tuhan…. kerana agar kelak menjadi naungan untukku di padang Mahsyar kelak… AMin.

Continue reading →