Exam month

Assalamualikum w.b.t
Salam mulia diucapkan kepada Rasulullah s.aw. yang dengan keteuhan dan kesabaran baginda akhirnya Islam tersebar meluas sehingga ke setiap pintu rumah umat manusia. Alhamdulillah, pujian bagi Allah, Tuhan yang mencipta sekalian alam yang masih memberi nikmat hambaMu ini untuk terus berada di dunia ini bagi meneruskan sisa-sisa perjuangan yang masih berbaki sebelum hambaMu ini kembali kepadaMu. Benarkanlah segala yang hambaMu ini lakukan dengan keredhaan dariMu, wahai Tuhan…. kerana agar kelak menjadi naungan untukku di padang Mahsyar kelak… AMin.

Salam perjungan kepada rakan2 yang tetiba terclik kat blog kawe ini. Maaplah. Memang lemah orang nak update dan modified blog ni.. Almaklumlah… kawe tak pandai mano nak updatenye.. Sekadar menulis… menyampaikan dakwah dan mencoret rasa yang terbuku di hati..
Tambahan pula, exam semakin hampir. hampir sangat! Minggu depan dah start. InsyaAllah, cube lah buat yang terbaik. Hasrat di hati memang nak sambung belaja lagi hampir B.A ni.. Syg kat universiti!!
Rancangan Allah s.w.t. itu memang menakjubkan… Tak terkata dek lidah tak tergerak dek badan nak luahkan.. Dari dulu sampai sekarang, setiap perancanganNya tak pernah terduga oleh akal fikiran. HambaNya ini hanya mampu merancang, tetapi Allah yang telah menentukan.
Byknya kenangan dalam perjuangannya, kadang-kadang penuh dengan duri-duri yang menghalang perjalanan. Kadang-kadang rasa lemah untuk meneruskannya. Tetapi, begitulah takdirnya, qada’ dan qadarNya. Telah termaktub di sana inilah kehidupan yang hambamu ini perlu teruskan. Sesekali Dia tidak pernah melupakan hambaNya yang sentiasa mengingatiNya. Ketika resah, dapat kurasa ada keajaiban atau ketetapan untuk jiwa ini meresapi kemanisan iman serta kehidupan. Sedar atau tidak, telah ditampung keresahan kita olehNya.
Waktu kurasa lemah untuk meneruskan pembelajaranku ini, kudapat rasakan adda kekuatan yang tersembunyi dariNya untuku dakap dan hayatiNya. Diciptakan manusia yang sungguh unik ini bukanlah sia-sia. Hanya yang berada dekat denganNya sahaja mengerti erti lemah dan kekuatan dalam setiap bicara.
Semoga paper yang kawe ambik kali ini, dilimpahkan kecemerlangan dan kejayaan dariNya. Buat akhirnya, biarlah kejayaan dan ilmu yang kukecapi ini bukan untuk peperiksaan semata-mata, tetapi adalah untuk dilimpahkan ke seluruh alam hendakNya. InsyaAllah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: