Masa yang berdetik…

Assalamualaikum…

Masa… al-Ashr…. Time…

Tidak pernah memandang ke belakang…. meninggalkan manusia yang masih alpa dan leka dalam mengejar erti kemewahan dan kepura-puraan. Setiap hari, dari detik ke detik masa itu akan bergerak… tak akan berpatah balik dan memanggil mereka yang telah ketinggalan. Hanya mereka yang sedar kewibawaan MASA sahaja akan terus bergerak dan berjuang kerana yakin akan janji2 ALLAH s.w.t mengenai MASA…

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu sentiasa di dalam kerugian. Kecuali orang2 yang beriman dan beramal soleh, yang sentiasa berpesan-pesan dengan kebenaran. Dan berpesan-pesan dengan kesabaran. (Al-Ashr:1-3)

Detik berganti detik. Hari berganti hari. Tahun berganti tahun. Akhirnya kematian akan menemui setiap insan. Sedia atau tidak, manusia itulah yang akan menentukan. Jika kematian itu tidak mahu datangnya dalam keadaan yang hina dan mengaibkan, maka segerakanlah diri untuk bertaubat dan memohon keampunan dari Allah, dengan sebenar-benar taubat, agar diri akan terselamat dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga…

Rupa-rupanya, diri ini semakin menginjak ke zaman dewasa. Sudah berada pada zaman yang memerlukan kesepaduan dalam langkah2 perjuangan. Perlu sentiasa teguh dan sabar dalam mengharungi liku2 kehidupan. Ramai rakan belum bermakna itulah jua rakan seperjuangan. Sedikit musuh belum bermakna kita disenangi oleh masyarakat dan kehidupan.

Masa yang berganti sentiasa menghimpit diri. Jika suatu ketika dahulu, kita masih boleh bermain-main dan bersuka ria dengan rakan2, sekarang peristiwa itu hanyalah ibarat suatu pengalaman dan kenangan yang seakan-akan makin dilupakan. Namun, zaman itu adalah titik permulaan masa itu mula berkenalan dengan setiap insan.

Kini, tanggungjawab mula didedahkan. Adik2 mula menjadi perhatian. Mengharapkan mereka menjadi insan yang bertakwa dan jua berjaya, itulah matlamat yang tertinggi. Namun, pabila menoleh kepada dunia yang semakin menjauhi nilai2 ISLAM, jiwa ini merasai bebanan yang lebih besar dari suatu istilah yang dipanggil TANGGUNGJAWAB. Membimbing mereka mengenal ISLAM bagaikan suatu perjalanan… ia semakin pergi dan jauh untuk dikenali, oleh masyarakat masa kini. Benarlah kata ramai, umat Islam itu ramai, tapi mana ISLAMnya?

Sesungguhnya, kukenali itulah pengorbanan dan tanggungan seorang daie, malah pemimpin/khalifah di muka bumi ini. Walau sesukar mana perlu kuhadapi, bukan hasil yang ingin dikecapi, tetapi mujahadah malah kesungguhan menyampaikan kebenaran dengan penuh ketabahan, keikhlasan dan kesabaran itulah yang dimuliai. Bukan kuantiti yang dicari, tetapi kualiti yang ingin dikecapi… InsyaAllah.

Semoga adikku yang akan pergi jauh menuntut ilmu pada peringkat universiti ini, sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah s.w.t. Tuntutlah ilmu, kerana itu merupakan perjuanganmu. Jangan lupakan dari mana asalmu, agar kamu ingat kembali mana bumi yang kamu jejaki dan duduki. Walau setiap kejayaan yang kamu dapati, itu masih belum mampu menjadi seorang yang berjaya, jika kamu lalai dan alpa ini hanyalah DUNIA. Jadikan ia suatu jalan dan hayatilah agar kamu menjadi orang yang akan kembali menyampaikan. Doakan kejayaan kita bersama… Ameen.

Akhir kalam… Ingatlah wahai rakan dan taulan, kita pasti akan MATI…

Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: