Warkah khas buatmu…

Salam muhibbah dan salam perjuangan…

Detik yang berlalu kian berlalu. Tangan ini makin lama makin tidak jemu untuk menulis. Mungkin, tiada lagi khasnya kesibukan sebagai seorang pelajar universiti. Walau apapun yang terjadi, aku berdoa agar tangan dan sekalian yang lain anggota badan sentiasa berada dalam sihat sejahtera agar dapat terus berjuang di muka bumi Allah ini dalam menyampaikan risalah kebenaran, walau ianya terlalu pahit untuk diluahkan, walau hanya sekadar di media elektronik. Semoga Allah memberkati dan meredhai wadah perjuangan diriku ini. Amin…

Warkah khas buatmu…

Wahai adik-adikku… ketika abangmu ini menjejakkan kakinya ke universiti kelak, jagalah dan berbuat baiklah terhadap orang tua kita. Ibu bapa kita. Mereka yang banyak dan terlalu banyak sehingga tak terungkap dengan kata-kata dan jari untuk menulisnya, berbuat baik, mendidik, mengasihi, malah memenuhi keperluan kita selama ini. Janganlah kalian terlalu leka dengan hiburan yang fana’ ini semata-mata. Jangan kalian matikan jiwa kalian hanya kerana ingin mencapai apa yang nafsu kalian inginkan. Lupakah kalian akan kisah nafsu yang dibakar beberapa kali di dalam api neraka, barulah ia menundukkan dirinya, dan mengakui Allah s.w.t ialah tuhannya?

Wahai adik-adikku… abangmu ini tidaklah bijak untuk berkata-kata. Sentiasa dia cuba utk menghiburkan kalian, bersenda gurau, malah ‘membuli’ kalian, adalah semata-mata ingin melihat kalian bijak dalam ketawa dan terhibur di lubuk hati. Maafkanlah diri ini, jika ia terlalu menyerupai ‘kebudak-budakan’. Hakikatnya, diri ini tidaklah bijak mana dalam mengawal suasana dan situasi, cuma biarlah suasana di dalam rumah kita ini dipenuhi riang tawa, cinta akan Ilahi…

Wahai adik-adikku… janganlah kalian terlalu asyik dengan hiburan dan kelalaian di dunia ini… Sehinggakan kalian mengabaikan perintah Ilahi… ketika diri kembali menuntut ilmu pengetahuan, tiada sesiapa lagi yang ingin menegur kalian, utk melakukan ibadah kepada Allah Taala. Ketika diri ini memberikan teguran mahupun nasihat, dengarilah ia. Bukakanlah hati kalian untuk menerimanya. Buangkanlah sifat ego dari dalam diri kalian, yang sentiasa melarikan diri dari menerima kebenaran. Sungguhpun diri ini merasa marah, malah ingin ‘mengajar’ kalian mengenai kebenaran, disabarnya jua untuk tidak melampaui batas dalam menyampaikan dakwah, kerana abangmu ini sedar, kalian telah terbiasa dengan KELALAIAN DAN HIBURAN, sehingga hatimu mati atau sukar MENERIMA KEBENARAN. Tetapi ingatlah, selagi Allah bersama-sama denganku, selagi tubuh ini masih bergerak dan dipinjamkan nyawa untuk meneruskan perjuangan ini, selagi itulah jua abangmu ini menyaingi dunia ingin melihat adik-adikku ini gementar hatinya mendengar nama tuhanmu… ALLAH…

Ya Allah, bukakanlah hati mereka… lindungilah mereka… sayangilah mereka… hidupkanlah hati mereka mencintaimu, dan menjauhi laranganmu. Ya Allah, kuatkanlah diri ini untuk menyampaikan kebenaran kepada mereka. Tabahkanlah hati ini untuk menyampaikannya. Berikanlah diri ini kekuatan dan kesabaran dalam menyampaikan ajaran Rasul-rasulmu, khususnya Nabi Muhammad s.a.w. Ya Allah, peliharalah keluargaku ini daripada kejahatan manusia dan kerosakan di muka bumi ini.

Wahai adikku…

Yang sudah melangkahkan kakinya ke alam universiti, teruskanlah perjuanganmu. Eratkan hatimu dengan ilmu pengetahuan. Derapkanlah kakimu menuju ke medan perjuangan. Kuatkanlah semangatmu, dalam menempuh hari-hari yang mendatang. Tempuhilah dengan sabar dan menyemat erat wadah2 perjuangan. Peganglah ia bagaikan engkau sentiasa berada di medan perjuangan.

Wahai adikku…

Walau apapun jua rintangan dan dugaan yang bakal engkau menjengah kelak, tempuhilah ia dengan kesabaran. Kembali dan ingatlah kepada mereka yang sentiasa berada di belakangmu yang selama ini menyokong malah memberikan dorongan kepadamu untuk tabahkan hatimu dalan mengharungi detik2 perjuangan. Anggaplah ia ujian oleh tuhanmu, yang sentiasa menguji hamba-hambaNya, untuk melihat sejauh keimanan dan keyakinan hambaNya terhadapNya. Walau dirimu kelak, menerima kepayahan, ajaklah berbincang dengan mereka yang engkau percayai dan yakini itulah yang membawa kebaikan. Hakikatnya, hidup ini tidak sentiasa berada seperti yang kita bayang-bayangkan. Sabar, teruskanlah berjuang, dan sentiasalah berdoa semoga ALLAH memberimu kekuatan. Amin…

Wahai ayahku…

Maafkanlah anakmu ini, jika selama dia meniti zaman remaja hinggalah ke zaman kedewasaan ini, pernah menyinggung hatimu dan pernah menghiris jiwamu. Maafkanlah anakmu ini, kerana kurangnya menyampaikan patah perkataan terhadapmu, lebih dari mereka yang lain. Tetapi ketahuilah wahai ayahku… diri ini terlalu menyanjungimu, kerana hebatnya ayah mendidik anakmu ini sehingga mengenal erti sebuah kasih sayang, antara ikatan kekeluargaan, malah yang paling penting mengenal erti HAMBA TERHADAP TUHANNYA. Sangat2 menghormatimu, kerana keperibadianmu dalam mengasihi dan mendidik anak-anakmu untuk meneruskan langkah menuntut ilmu pengetahuan.

Wahai ayahku…

Ketika ku berjauhan, pasti kuterasa hangat kasihmu ayah. Walau dengan jiwa dan segala harta benda yang kumiliki, ku kembalikan kepada mu, pasti tiada satupun menyamai kehebatan dan ketinggian peribadimu mendidik, mengasuh dan mengajar kami. Sesungguhnya, engkaulah ayah yang sentiasa berada di hati kami. Maafkanlah sekali lagi, jika coretan ini tidak sehebat keperibadian diriku, mahupun dirimu, wahai ayah yang sentiasa kukasihi…

Wahai ibuku…

Maafkanlah diri ini jika telah terlalu banyak menyusahkanmu. Maafkanlah diri ini, jika banyak kekurangannya di matamu. Maafkanlah diri ini, jika tidak banyak kebaikan yang ia lakukan seumur hidupnya untukmu. Maafkanlah diri ini wahai ibuku…

Wahai ibuku…

Terlalu lemah untuk kucoretkan warkah ini untukmu… terasa basah mataku ketika diri ini mencapai setiap aksara khas buatmu. Kasihmu terlalu abadi buat diri anakmu yang kerdil ini. Tidak dapat nak dibayangkan dengan kata2, mahupun bicara penanya, walau setitis kasih sayangmu untuk diperkatakan dan diperjelaskan. Engkau sangat mulia di hatiku. Kasih dan sayangmu terhadap anak-anakmu tidak dapat dibayangkan walau diletakkan setinggi gunung kata2 malah soal bicara.

Wahai ibuku…

Sungguh penyabar dan kasihnya engkau, wahai ibuku. Ketika kami menerjah perutmu ketika kami dalam kandungan, ketika kami sentiasa meraung inginkan sesuatu darimu, ketika kami pernah menyanggah akan kata-katamu, ketika kami pernah meninggikan suara lebih dari suaramu, ketika kami sentiasa berjauhan darimu, TIDAK PERNAH SEKALIPUN ENGKAU MERUNGUT PERBUATAN KAMI MALAH MENYAKITI PULA DIRI KAMI.

Wahai ibuku…

Ke mana akan kami pergi jika hidup ini tanpa dorongan dan kasih sayangmu? Ke mana kami akan membawa diri, jika engkau tiada hiraukan keadaan kami di sini? Ke mana kami akan meletakkan dan menerima didikan kasih sayayng sesama insan, jika tidak pernah engkau terapkan kasih sayangmu kepada kami semenjak kami kecil lagi? Tanpamu ibu, tidak sempurna kehidupan kami di dunia ini…

Wahai ibu dan ayahku…

Ampunkanlah anak-anakmu ini. Betapa banyaknya kesalahan kami terhadap kalian, tidak pernah kami ketahui. Maaafkanlah kami, jika pernah kami menyinggung perasaan kalian. Maafkanlah kami, jika kami pernah melakukan kekurangan terhadap apa yang kalian kehendaki. Maafkanlah kami, jika kami tidak pernah menjadi seperti apa yang kalian harapkan…

Kumohon… dengarlah wahai ahli keluargaku, mahupun sekalian ummah yang berada di muka bumi ini… Tanpa keluarga, tidak pernah lengkap akan kehidupan ini. Walau berjaya dan cemerlang manapun kita, merekalah yang menjadi titik permulaan perjuangan kita di dunia ini. Janganlah kita melupakan mereka, tika kita berada pada punncak kejayaan dan keselesaan. Hubungilah mereka, ketika kita sentiasa berjauhan. Beritakan khabar yang baik, agar mereka tidak merasai kesusahan ketika kita berada di perantauan. Sentiasalah bertanya khabar berita, agar mereka sentiasa merasai ikatan kekeluargaan yang tidak pernah dilupakan.

Buat akhirnya, maafkanlah diri ini jika banyak kesalahan yang pernah kulakukan sama ada sedar mahupun tidak sedar. Insan ini sentiasa berusaha memperbaiki diri, agar sentiasa berfikir dan berzikir sementara masih dipinjamkan nyawa untuk berada di muka bumi Allah ini…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: