Monthly Archives: Julai 2009

Kisah kehidupan 1…

Coretan ini diperoleh dari laman web super senior saya dari SIS dahulu. Amat menarik untuk dikongsi, terutamanya kepada kisah umat2 zaman sekarang. Penuh dengan noda dan fitnah yang entahkan bila berakhirnya. Berfikir dengan mata hati, bukan baca denga mata kasar, sekadar buang masa tengok blog orang lain, sendiri2.  Hayatilah…

Continue reading →

Advertisements

Ketenangan kembali…

ALhamdulillah….
Syukur ke hadrat Ilahi akan nikmat Iman dan Islam dalam sanubari ini…
Syukur jua ke atas hadratnya, diri ini masih diberi pinjamnya nyawa, bagi meneruskan sisa2 perjuangan di bumi Allah yang mulia ini.
Syukur jua tak terhingga di atas segala nikmat dan rahmat yang tidak pernah terputus-putus untuk hambaNya ini meneruskan perjalanan yang entah bila akan kesudahannya… Semoga sentiasa dirahmatiNya…

Akhirnya…. ketenangan itu kembali memenuhi jiwa hambaNya ini… setelah hampir 6 bulan, berfikir, melihat, merenung, malah merunsing, akhirnya sinar ketenangan telah kembali…

Continue reading →

Dilindungi: Kesilapan pada suatu persoalan…

Kandungan ini dilindungi kata laluan. Untuk melihatnya sila masukkan kata laluan di bawah.

…….

Alhamdulillah, selesai sudah hajat. Walaupun tidak difahami akan hujung pangkalnya, tetapi rasanya, lebih baik tidak difahami daripada difahami, kerana perjalanan kaki ini ingin menongkah kejayaan, masih jauh dan perlu banyak kesabaran.
Walau apapun, aku amat2 bersyukur kepada ALlah taala kerana memberikan hambaNya ini kekuatan untuk meluahkan. Walaupun bukannya melalui kata lisan, tetapi hati dan tangan yang menulis. Moga perjalanan ini sentiasa di bawah lindungan Allah sentiasa…
Akhirnya, bom yang bersarang di kepala, dilepaskan juga. Nasib baik secara slow2, kalu tak tentu meletup sebelum daku sempat menahannya . Heee….
InsyaAllah, selepas ini akan dapat kembali memfokuskan diri ke arah pelajaran. Nak berjaya, kena ada seribu usaha. Jika ianya memerlukan setinggi langit pengorbanan, itulah yang sepatutnya dilakukan. Semoga ilmu2 ini akan sentiasa diberkati oleh Allah s.w.t.
“Ya Allah, kurniakanlah hambamu ini kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini. Kurniakanlah hambamu ini kejayaan dan kecemerlangan dalam setiap istilah menuntut ilmu pengetahuan. Amin”

Senyum selalu!!!`

Senyum!!!

Heee… itulah simbolik bagi sebuah kegembiraan. Walaupun ianya hanya sekadar sebuah mimik muka, tetapi ianya terlalu bernilai untuk dinilai dan diperhatikan.

Mereka yang tersenyum, akan merasa gembira. Mereka yang melihat, akan merasa gembira, mereka yang mendengar jua, akan merasa gembira.

Begitulah kebesaran yang Allah kurniakan, pada hambanya yang diciptakan olehNya…

Maka, apa yang ditunggu lagi wahai rakan dan taulan, mari mujahadah dengan senyuman! 🙂

Perjuangan telah bermula…

Salam perjuangan…

Salam muhibbah

Salam lestari (bak kata universiti…)

Alhamdulillah… sesi 09/10 telah bermula. Apabila dinilai kembali titik2 perjuanganku, telah hampir 3 tahun ku berada di universiti. Mempelajari istilah2 kehidupan, pembelajaran, malah masa itu kembali dirasakan bernilai untuk dibazirkan. Benarlah firman Allah s.w.t. mengenai MASA….

Continue reading →