Perjuangan telah bermula…

Salam perjuangan…

Salam muhibbah

Salam lestari (bak kata universiti…)

Alhamdulillah… sesi 09/10 telah bermula. Apabila dinilai kembali titik2 perjuanganku, telah hampir 3 tahun ku berada di universiti. Mempelajari istilah2 kehidupan, pembelajaran, malah masa itu kembali dirasakan bernilai untuk dibazirkan. Benarlah firman Allah s.w.t. mengenai MASA….

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu sentiasa berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh,yang berpesan-pesan dengan kebenaran. Dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran.

Kepada rakan seperjuangan, semoga kita bersama-sama mengharungi detik dan ranjau pada semester kali ini, dengan tabah dan saling bantu-membantu untuk mencapai ke puncak kejayaan. Jika ada kesalahan yang pernah aku lakukan, tegurlah. Kerana tanpa teguran dari sahabat2 sekalian, diri ini tidak dapat menilai di mana titik silapnya dalam meneruskan perjuangan. Jika aku berada di jalan yang benar, ambillah ia sebagai pedoman dan sama2 kita mengharunginya, InsyaAllah.

Terima kasih diucapkan kepada sekalian guru2, pensyarah2 yang telah banyak menyumbangkan jasa dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar2mu. Walaupun setitik yang kalian sampaikan, itu sudah berjaya mencipta bangunan2 di pencapai langit. Hanya Allah yang berhak membalas jasa2 kalian. Semoga jua sentiasa berada pada kerahmatan dan kemuliaan dariNya, InsyaAllah…

Semoga Allah merahmati perjuanganku kali ini. Ameen…

Ya Allah, janganlah engkau memesongkan hatiku ini, setelah Engkau memberikannya petunjuk. Engkaulah Tuhan yang maha memberi. Ya Allah, tetaplah hatiku ini untuk teruskan perjuangan menuntut ilmu pengetahuan di bumimu ini. Mudahkanlah dan lancarkanlah ia agar aku mencapai kejayaan dan kecemerlangan. Kurniakanlah aku ketabahan, kesabaran, dan kekuatan agar aku sentiasa berada di jalan yang benar, dan diredhai olehmu, ya Allah. Ya Allah, semoga perjalananku kali ini adalah di bawah naungan dan rahmah dariMu. Hidupkanlah hatiku ini untuk sentiasa berzikir dan berfikir akan kekuasaanMu. Berikanlah jiwa menyayangi dan mengasihi sesama makhluk dan dikasihi dan disayangi oleh para makhluk yang lain. Hindarilah aku dari godaan syaitan dan dunia, yang sentiasa memasakkan panah dan tombak membunuh jiwa2 yang takut akanMu, ya Rabbi. Engkau sahaja yang maha mengetahui kekuatan dan kelemahan hambamu ini. Kurniakanlah jua kepadaku ganjaran kehidupan dunia dan akhirat. Engkau sahaja yang maha mengetahui dan pemilik sekalian alam. Ameen”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: