Monthly Archives: Ogos 2009

Blog anakku sayang

Bukan ciptaan sendiri. Tapi blog orang lain.

Saje nak memperkenalkan di sini. Agar lebih ramai orang yang memerhati dan menimba ilmu pengetahuan khusus mengenai pendidikan awal anak-anak.

Baik untuk mereka yang inginkan anak, sudah melahirkan anak, mahupun yang sudah beranak pinak, untuk melayari laman maya ini.

Ramai orang yang nak memiliki waris, atau anak yang ramai. Namun, ramai pula yang mewariskan para remaja yang rosak akhlaknya, rendah akidahnya, tidak sopan bicaranya, malah menderhakai pula kepada ibu bapa. Mereka tetap adalah anak mereka (bukan kita ya! heee…). Lahirnya tetap dari gabungan sperma dan ovum, melengkapkan proses kelahiran. Dididik dari kecil, dikasihi malah disayangi sejak lahir lagi. Namun, bila besar, jadi macam2 pula. Di mana silapnya dan mengapa perkara ini berlaku?

Continue reading →

Advertisements

Sebatan Jenayah Syariah Bukan Khayalan

Salam ramadhan…

Alhamdulillah, sudah hampir 9 hari berpuasa. Tak terasa rasanya. Sungguh mulia bulan ini. Bukan sekadar berpuasa, malah berusaha mencari kekuatan, ketabahan, kesabaran, mengekang diri dari dosa dan kemungkaran, mencipta natijah yang baik dalam kehidupan, memperbanyakkan ibadah, malah meningkatkan ketakwaan.

Namun, dunia tetap dunia. Ada sahaja yang serba kekurangan dan tak kena. Yang mulia, diputar belit jadi ntah apa-apa. Yang baik untuk dilaksanakan, dijadikan serba kekurangan dan kelemahan. Perkara memang itu adalah ketetapan Tuhan, bagi mereka yang engkar akan perintah dan laranganNya. Ada sahaja alasan dan kesukaran yang dicipta. Bukan itu sahaja, komen yang diutarakan serba tak logik dan tak kena dek akal!

Continue reading →

Kematian yang menginsafkan

Esok menjengah, lusa menjengah, tulat menjengah… Kematian tak pernah menunggu sesiapa yang dia nak datang dan bawa pergi…

Pagi mula kembali, melihat matahari, nikmatnya udara yang segar, hari yang cerah, dan kalanya hujan, awan yang berarak-arak, manusia yang sibuk berjalan, dan menunggu bas nak pergi ke kuliah. Itulah antara kehidupan harian. Namun, apakah kita, yang sentiasa berstatus hamba ini sedar, di mana-mana sahaja akan adanya kematian dan kehilangan.

Continue reading →

Laksana kanji pekat…

Hari ini hari Khamis. Sudah 6 Ramadhan berlalu. Alhamdulillah, diri ini masih diberi nikmat dan kekuatan untuk berpuasa dan bermunajat kepada Allah taala.

Pukul 11.00 malam. Agak mengelirukan. Hari dan minggu ini adalah waktu hujan. Kain di ampaian sukar nak kering. Langit jarang2 ada masa kecerahan. Sekarang pun masih hujan. Hujan… seperti diri ini yang sedang hujan….

Minggu yang sangat sibuk. Ada keja yang menjadi, ada kerja yang kurang menjadi, ada kerja yang langsung tak jadi-jadi. Sangat sibuk. Even nak update blog boleh pikir 2-3 kali. Namun, demi meluahkan apa yang berlaku dan sememangnya sedang berlaku, penulisan blog tetap diteruskan…. (maaf ye, dua blog yang lain… terpaksa menyerah kepada hujan… hee…)

Continue reading →

Salam Ramadhan Al-Mubarakh dan…

Selamat hari Lahir!!!

Hahahaha…….. ucap untuk diri sendiri…. Seronok juga. Bukannya selalu buat. Setahun sekali ja. Kalu selalu bosan jugak… rasanya…

Alhamdulillah… pada bulan yang mulia ini, diri ini dilahirkan semula. Dari titik tolak perjuangan yang penuh onak dan duri, hingga ditemui sinar cahaya yang menanti. Kulihat sentiasa ada cahaya yang menyinari, yang lemahnya dan kakunya diri untuk berdiri, kembali bangkit dan bertakbir mengatakan, “masa yang ada perlu kupenuhi. Janji2 manis manusia, tidak mampu mengubah keyakinanku terhadap kecekalan dan ketabahan untuk mengukir kejayaan dan kecemerlangan! Pintu rahmah masih terbuka. Mohon sentiasa dilimpahkan kebaikan dan kekuatan dalam diri untuk mengukir kejayaan buat diri dan ummah! Moga hati ini sentiasa teguh, mencapai cita2 dan kebahagiaan jua kelak!”

Continue reading →

Permulaan di pertengahan perjuangan


Sudah hampir 1 ½ bulan diri ini berada dan memulakan sesi pembelajaran di universiti. Peredaran masa yang tidak pernah berhenti membuatkan diri ini sentiasa dipenuhi oleh masa2 yang panjang dan pelbagai perkara yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Assignment, report, test, quiz, semuanya mula menjengah di mata dan memerlukan penumpuan yang lebih untuk memacu diri ke arah kecemerlangan…

Agak sibuk minggu ini dan mulanya minggu hadapan… Pelbagai perkara ingin dikongsi dan diceritakan, tetapi tidak kesampaian kerana terlalu sibuk dan kurang masa untuk menulis pula. Walaupun dinamakan pada masa ini ialah mid-sem break, tapi rasanya macam tidak pernah ada makna cuti, dari memikirkan “ kerja apa pulak yang perlu disiapkan selepas ini?”

Continue reading →

H1N1 : Antara Musibah dan Kebenaran

Dunia sedang dilanda dengan musibah. Seluruh pelusuk dunia mula resah dan ketakutan. Angka kematian semakin lama semakit meningkat. Begitu jua dalam Malaysia. Dari hanya sekadar penularan virus kepada mediumnya, sehinggalah kepada kadar kematian mencecah 23 orang buat masa kini.

Di manakah kesilapan dalam bala Allah ini? Bagaimana mula begitu mudah ia tersebar, terutamana di dalam kawasan yang mempunyai kepadatan penduduknya terlalau ramai. Malah, lbih mudah untuk menular di kalangan masyarakat yang hidup atau bernafas di kawasan yang berdekatan.

Selesema babi, swine flu, Influenza A, atau H1N1, adalah sama pada satu nama. Pandemik deberi gelaran pada virus ini. Pandemik pada istilah membawa jua maksud penularan suatu wabak yang secara serius dan menjangkakan angka kematian yang ramai. Terlalu mudah merebak. Antara contoh lain yang membawa penyakit berkategori pandemic ialah AIDS, SARS, dan Sepanyol Flu. Ingin tahu fakta yang lebih lanjut mengenai pandeik2 yang disebutkan? Cari sendiri di internet.

Continue reading →

Syabab Musafir Kasih

Salam pertemuan kembali…

Alhamdulillah, Allah s.w.t masih memberikan nikmat kehidupan dan nyawa yang dipinjamkan agar diri ini masih mampu untuk memperbaiki diri dan menambahkan amal kebajikan ketika masih berada di dunia fana’ ini.

Topic pada kali ini ialah mengenai BUKU… untuk ruangan ini, sebenarnya pelbagai buku akan disipnosiskan, terutamanya mengenai kisah2 yang berunsurkan islamik. Novel… adalah sikit2. Itupun apabila melihat kepada intisarinya… berunsurkan dakwah, kisah perjuangan, isu-isu semasa, pengajaran atau ibrah yang ditonjolkan. Bukan sekadar sebuah novel, bersifat komersional, hanya ingin mengaut keuntungan, menceritakan kisah2 indah bak kayangan, cinta muda mudi, mengikut nafsu semata-mata,ketinggian berimaginasi, mencipta kecelaruan ummah. Mungkin bunyinya pelik, tapi novel jenis kedua makin banyak diterbitkan. Walaubagaimanapun, sejak akhir2 ini, makin banyak novel2 berunsurkan islamik sastera berada di pasaran… Alhamdulillah…

Terima kasih kepada adikku, kerana banyak memberikan pandangan apa novel yang best untuk dibeli dan dibaca. Syukran jazillan…

Continue reading →