H1N1 : Antara Musibah dan Kebenaran

Dunia sedang dilanda dengan musibah. Seluruh pelusuk dunia mula resah dan ketakutan. Angka kematian semakin lama semakit meningkat. Begitu jua dalam Malaysia. Dari hanya sekadar penularan virus kepada mediumnya, sehinggalah kepada kadar kematian mencecah 23 orang buat masa kini.

Di manakah kesilapan dalam bala Allah ini? Bagaimana mula begitu mudah ia tersebar, terutamana di dalam kawasan yang mempunyai kepadatan penduduknya terlalau ramai. Malah, lbih mudah untuk menular di kalangan masyarakat yang hidup atau bernafas di kawasan yang berdekatan.

Selesema babi, swine flu, Influenza A, atau H1N1, adalah sama pada satu nama. Pandemik deberi gelaran pada virus ini. Pandemik pada istilah membawa jua maksud penularan suatu wabak yang secara serius dan menjangkakan angka kematian yang ramai. Terlalu mudah merebak. Antara contoh lain yang membawa penyakit berkategori pandemic ialah AIDS, SARS, dan Sepanyol Flu. Ingin tahu fakta yang lebih lanjut mengenai pandeik2 yang disebutkan? Cari sendiri di internet.

MInggu lepas, kerana risaunya keselamatan diri akan bahayanya wabak ni, saya telah jua ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Alhamdulillah, Allah telah memberikan kemudahan, dan kembali diberi nikmat kesihatan. Maha suci Allah, masih memberikan perlindungan kepada diri ini untuk teruskan perjuangan,kehidupan dan mengurniakan nikmatnya kesihatan.

Memang seperti yang telah diduga, ramai lagi pesakit2 yang lain mengalami masalah yang sama. Boleh dikatakan purata 70 orang sehari menerima rawatan : BATUK, SELESEMA, DAN DEMAM. Sehinggakan pihak hospital terpaksa menerima rawatan untuk mereka yang benar2 berada dalam keadaan demam panas sahaja untuk menberi rawatan susulan.

Bagaimana boleh merebak? Terlalu mudah. Melalui udara sahaja, seseorang itu terdedah kepada wabak ini. Pelbagai lagi cara penularannya, nak tahu lebih lanjut, rujuk sendiri dalam laman web kesihatan.

Cuma, di sini ingin ditekankan mengenai kita: PEMBAWA VIRUS, PENYEBAR VIRUS DAN PESAKIT VIRUS. Kenapa tiada inisiatif terhadap penularan wabak ini? Kenapa masih ada sikap; bila dah sakit, baru terhegeh-hegeh mencari topeng, doctor, dan ubat? Kenapa bila ada ahli keluarga kita, mahupun rakan rapat kita, yang seriously positif selesema babi, baru nak rasa menyesal, dan mula berubah untuk sentiasa adanya di muka…

Perhatikan, sikap, virus, dan  musibah; semuanya berkait rapat. Saling berhubung kait. Tanpa salah satu, tak lengkap untuk pandemic ini menular. Sikap yang endah tak endah vs sikap yang bertanggungjawab terhadap kesihatan diri. Virus yang merebak melalui medium yang dilindungi vs virus yang merebak dengan medium disularkan. Bala Allah yang janjikan untuk umat akhir zaman…

Semuanya tersedar apabila berfikir kembali; mengapa wabak ini tersebar kepada diri ini. Dari rasa lemah dan bersalah, mula kepada rasa hebatnya Allah yang menciptakan, maha mengetahui baik buruknya suatu kehidupan..

Memang benar, semuanya ini adalah musibah yang Allah telah janjikan kepada hambaNya mengenai peristiwa akhir zaman.

Tetapi, di sebalik musibah ini juga, aku tersedar akan kebenaran dan hikamah Allah menetapkan suatu larangan dan suruhan. Antaranya, aku tertanya-tanya, apakah perasaan orang yang memakai purdah, tidakkah ia agak menyukarkan untuk melakukan pergaulan dan melakukan aktiviti harian?

Maka, dengan aku yang cuba dan berusaha untuk mengelakkan dari sebarang mudarat yang sentiasa ada, aku memakai mask atau topeng untuk menjaga keselamatan dari wabak ini. Dari sekadar untuk menjaga kesihatan, sehiggalah terbitnya rasa ketenangan untuk mengadakan aktiviti harian . Dahulu, ada rasa yang bagaikan diri ini sentiasa ada yang memerhatikan, tapi apabila hanya berubah dengan memakai mask, tiada lagi rasa begitu. Rasa selesa pula. Faedah dan kebaikan mask ini rupanya dua dalam satu. Kesihatan lebih terjamin, dan keselesaan untuk melakukan aktiviti harian lebih terukir.

Subhanallah… memang agung setiap suruhan dan laranganMu. Engkau begitu agung dalam menyampaikan ilmu dan pengetahuanMu kepada diri hambaMu yang sentiasa lemah dan hina ini… Banyaknya kebaikan yang engkau limpahkan kepada mereka yang mengamalkan ajaran agamaMu…

Bagi mereka, terutamanya yang memandangkan pesimis terhadap mereka yang memakai purdah. Cuba sendiri baru tahu.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Sesungguhnya Islam itu pada mulanya asing dan kelak akan kembali asing lagi, maka berbahagialah orang yang asing; iaitu mereka yang memperbaiki apa yang dirosak manusia dari sunnahku pada masa setelah aku tiada nanti.

Apapun, setiap keadaan yang memudaratkan, pasti ada hikmahnya. Berfikirlah secara baik dan tenang. Tanpa jiwa yang tenang dalam menghadapi setiap dugaan, lebih banyak kemudaratan akan menimpa diri kita… ambil tindakan mencegah lebih baik dari mengubati.. Sentiasa berdoa pada Allah untuk memberikan perlindungan dari bala yang Allah telah janjikan pada umat akhir zaman ini…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: