Salam Ramadhan Al-Mubarakh dan…

Selamat hari Lahir!!!

Hahahaha…….. ucap untuk diri sendiri…. Seronok juga. Bukannya selalu buat. Setahun sekali ja. Kalu selalu bosan jugak… rasanya…

Alhamdulillah… pada bulan yang mulia ini, diri ini dilahirkan semula. Dari titik tolak perjuangan yang penuh onak dan duri, hingga ditemui sinar cahaya yang menanti. Kulihat sentiasa ada cahaya yang menyinari, yang lemahnya dan kakunya diri untuk berdiri, kembali bangkit dan bertakbir mengatakan, “masa yang ada perlu kupenuhi. Janji2 manis manusia, tidak mampu mengubah keyakinanku terhadap kecekalan dan ketabahan untuk mengukir kejayaan dan kecemerlangan! Pintu rahmah masih terbuka. Mohon sentiasa dilimpahkan kebaikan dan kekuatan dalam diri untuk mengukir kejayaan buat diri dan ummah! Moga hati ini sentiasa teguh, mencapai cita2 dan kebahagiaan jua kelak!”

Kadang2 diri ini terleka jua. Keseronokan, hiburan, dan pelbagai lagi godaan dunia menghimpit daku untuk tetapkan pendirian… Lamanya ketika dahulu. Terumbang-ambing melihat kaki melangkah ke universiti yang bukan seperti duniaku. Pelbagai ragam dan ujian yang menimpa. Lemah sangat rasanya… Ke sering jua gelisah, dan termenung panjang. Bagaimana ingin ku harungi dunia ini. Tidak seperti yang kuidam-idamkan dan mempi-mimpikan. Walaupun diberi kemudahan dan kebebasan untukku dan rakan2 yang lain, tapi bukan ini yang kupinta dan kuinginkan. Kumeraung seorang diri, dalam hati. Mohon diberi kekuatan dalam menempuh dugaan dan rintangan yang bagaikan gajah menimpa kutu, kurasa…..

Tapi, memang Allah itu maha kuasa, maha mendengar, lagi maha mengetahui isi hati hamba-hambanya, yang sentiasa kasih dan mencintai Allah, rasullullah dan agamanya, yang sentiasa berdoa agar hati tidak alpa dan leka akan godaan dunia dan seisinya, yang  sentiasa memohon maghrifah, kebaikan dari sisinya… Benarlah, setiap ujian ada hikmahnya… setiap kekurangan, ada kelebihannya… setiap kelemahan, ada kekuatannya…

” tidak akan diuji seseorang daripada kamu, melainkan mengikut akan kemampuannya…”

Ketika ini, baru kurasa diriku telah bangkit kembali untuk bersedia, teguh dan ampuh menyergah pintu2 kota yang ketawa akan jiwa2 yang ingin kemerdekaan (MERDEKA buat kali ke-52 buat Malaysia)! Ku kembali mempersiapkan diri untuk melawan musuh2 masa dan ketika yang menghina orang2 yang ingin berjuang! Ku kembali memasang perisai dan senjata untuk menawan jiwa2 yang lupa dan alpa akan kekuatan semangat mereka yang berjuang di jalan yang benar.

Memang, medan ini masih panjang, tetapi yakinlah, akan usaha, doa dan tawakal, semuanya akan memenuhi Sunnatullah dan Syariatullah…

Jangan bersedih lagi wahai diri… biar apapun yang berada di hadapan, kembali bersemangat dan teruskan usaha kerana Allah bersama-sama dengan kamu!

Sedikit motivasi, di malam hari, ketika nak mulanya bulan yang mulia, Ramadhan al-Mubarakh…

Bulan yang penuh barkah dan kemuliaan… pelbagai hadis Nabi s.a.w yang mengisahkan keistimewaan dan kelebihan bulan yang mulia ini… memang rugi besar kepada sesiapa yang datang atau hadir pada bulan ini, tetapi masih bersedih, kecewa, leka, dan lewa kerana terpaksa berpuasa, tak boleh enjoy, banyak kedai makan tutup, sana-sini tutup, mata dan diri nak kena jaga, dan segala-galanya… serba larangan dan tak kena, bagi mereka yang berkategori ini…

Tetapi beruntung dan berbahagialah kepada mereka yang mendatangi atau hadir pada bulan ini, dengan penuh rasa gembira, suka, memenuhi diri dengan cahaya keimanan dan ketakwaan, banyakkan amal soleh dan ibadah, membantu mereka yang sentiasa berada dalam kesempitan dan kesusahan, menyangkal diri dan hati dari bisikan dan godaan syaitan, menangisi pada malam hari atas takjubnya hari2 dan kebesaran Tuhan, yang memenuhi diri dan keluarga akan kebahagiaan, bagi orang2 yang berpuasa…

Sungguh, diri ini amat2 bersyukur akan nikmat yang Engkau kurniakan, wahai Tuhan semesta alam. Di hari yang mulia ini, diri ini lahir kembali Engkau kurniakan kebangkitan dan kekuatan meneruskan wadah2 perjuangan…

Harapan… tiada yang nak sangat diharapkan. Cuma, keamanan dunia dan nagaraku yang tercinta, akan sentiasa berkekalan dan sejahtera. Dan lindungilah jua mereka2 yang bersama-sama dengan diri ini, agar sentiasa aman sejahtera dan bahagia sentiasa…

Dan, musibah yang masih melanda dunia ini, ambillah pengajaran dan kecekalan untuk terus melangkah kaki membina tugu2 kebaikan, bukan bergelumang dengan dosa dan kemaksiatan! Kempen perangi amalan2 syaitan, takbir! (Bila lagi nak kembali kepada fitrah, jika tidak pada masa dan ketika syaitan dibelenggu dan dirantai pada ketika ini? Langit dah terbuka, kenapa masih ada hati yang keras, membuta tuli, tak ingatkan mati?)

“Ya Allah, semoga hari dan bulan yang Engkau rahmati ini, kupenuhi limpahan rahmat dan kasihmu kepada hamba-hambamu di dunia ini. Berilah kebahagiaan dan kesejahteraan pada ciptaanMu ini. Ya Allah, terangilah hati ini dengan nur imanMu, bukakanlah hati ini untuk melakukan kebaikan dan ibadah yang berkekalan. Janganlah dikurniakan hati yang engkar dan penuh penolakan. Ya Allah, kurniakanlah jua malam lailatul-Qadar buat diri hambaMu ini. Malam yang lebih baik dari seribu bulan, penuh kerahmatan dan dimohonkan keampunan. Ya Allah, makbulkanlah doa hambaMu ini, Amin ya rabbal alamin…”

Akhir kata, takziah kepada keluarga ustaz Asri Rabbani dan Happy Birthday sekali lagi! Heee…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: