Kematian yang menginsafkan

Esok menjengah, lusa menjengah, tulat menjengah… Kematian tak pernah menunggu sesiapa yang dia nak datang dan bawa pergi…

Pagi mula kembali, melihat matahari, nikmatnya udara yang segar, hari yang cerah, dan kalanya hujan, awan yang berarak-arak, manusia yang sibuk berjalan, dan menunggu bas nak pergi ke kuliah. Itulah antara kehidupan harian. Namun, apakah kita, yang sentiasa berstatus hamba ini sedar, di mana-mana sahaja akan adanya kematian dan kehilangan.

“Eh, semalam nampak sihat sahaja En. E tu, macamana pula hari ini sudah meninggal?”

” Innalillah wa innalillahi raji’un…. semoga ALlah merahmati roh Pn. Z. Pelik juga ya, baru malam kelmarin tengok seronok ja dia ketawa bersama kita. Alih2 hari ini sudah meninggal.”

“Apa, pak haji dah meninggal? Camamana pula? Bukan minggu lepas baru ja dia pergi bercuti dengan saudaranya di London?”

Begitulah antara dialog orang yang sangkanya normal pada hari biasa, tapi terkejut pula bila mendengar kematian yang tak disangka terhadap sahabat handai, atau teman yang rapat.

Pernah didengar dahulu, apabila kematian seseorang yang semakin hampir, namanya di Luh Mahfuz akan gugur, dan meninggalnya dari dunia ini 40  hari kemudian. Pernah jua terdengar, malaikat maut menjenguh setiap manusia 70kali sehari semalam. Wallahua’alam. Malas nak cek benar atau tidak, cuba-cubalah mencari kebenarannya.

Walau bagaimanapun, kematian itu adalah pasti. Tiada siapa pun terlepas, atau tertinggal saat2 kematian.

Sedarlah wahai manusia, yang sering alpa dan leka. Kehidupan di dunia hanyalah sementara. Tiada yang kekal dan abadi. Semuanya hanya fatamorgana. Nampak cantik di mata, namun hilang bila dah tiada.

Selagi empunya diri masih hidup, berbuat baiklah sesama manusia. Jalinkan hubungan silaturrahim antara kita. Jangan ada perselisihan yang membawa kepada permusuhan. Biar rakan dan taulan yang ramai, jangan biarkan musuh walau seorang dalam hidup ini.

Kadang2 kita suka merancang untuk perkara yang berpuluh-puluh tahun, namun adakah kita akan tetap hidup pada tahun tersebut? Sedar tak sedar, kematian yang menjemput. Boleh masa diundur kembali ke belakang?

Jadi, berpijaklah sentiasa pada bumi yang nyata. Selagi masa yang singkat ini masih ada, berbuat baiklah. Berbaktilah sekadar yang mampu. Uruskanlah masa yang baik bersama keluarga, diri dan masyarakat amnya.

Lakukanlah perancangan. Jangan hidup tak merancang, disebabkan takut mati. Tu namanya nak jadi zombie. Tunggu malaikat maut ja datang, pastu ntah jadi apa… Merancanglah, semoga perancangan itu membuahkan ilham yang baik dan kebaikan kepada masa yang akan datang kelak.

“Sebijak-bijak manusia adalah orang yang takut mati. ” Pernah tak terfikir kenapa? Kalu tak pernah terfikir dan gunakan akal, ha.. mulakan dari sekarang. Supaya esok lusa tak rugi dunia akhirat.

Takziah kepada keluarga allahyarham Ustaz Asri. Semoga sentiasa tabah mengharungi kehidupan ini. Ingatlah, doa2 para mukminin dan solehin sentiasa bersama dengan kalian. Tabahkanlah jiwa dan bersabarlah. Setiap ujian yang ALlah jadikan pasti ada hikmahnya. Didiklah diri dan keluarga agar sentiasa meyakini diri dan kuasa Ilahi, agar tidak ada satu pun rasa kesali dan rugi dalam diri. Janganlah meletak diri pada kesusahan dan kesedihan, kerana setiap diri yang hidup di dunia ini pasti akan mati. Sedihkanlah diri yang masih lagi alpa dan leka, sehingga tak pernah nak mengingati mati. Semoga Allah melindungi keluarga sentiasa.

Jua, takziah kepada keluarga Ustaz Ismail Kamus, yang Allahyarham meninggal dunia semalam. Semoga rohnya sentiasa merahmati beliau di sana.

Kuatkanlah semangat, tabah dan sabarlah sentiasa. Teruskanlah perjuangan dan carilah kekuatan.

Tambahan maklumat: password untuk topik “Kesilapan pada suatu persoalan” telah diubah. Digantikan dengan yang baru. Lebih baik dan ada kena mengena dengan topik. Siapa yang mengetahui, boleh cuba. Siapa yang tak tahu, jangan dok tanya. Heee…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: