Blog anakku sayang

Bukan ciptaan sendiri. Tapi blog orang lain.

Saje nak memperkenalkan di sini. Agar lebih ramai orang yang memerhati dan menimba ilmu pengetahuan khusus mengenai pendidikan awal anak-anak.

Baik untuk mereka yang inginkan anak, sudah melahirkan anak, mahupun yang sudah beranak pinak, untuk melayari laman maya ini.

Ramai orang yang nak memiliki waris, atau anak yang ramai. Namun, ramai pula yang mewariskan para remaja yang rosak akhlaknya, rendah akidahnya, tidak sopan bicaranya, malah menderhakai pula kepada ibu bapa. Mereka tetap adalah anak mereka (bukan kita ya! heee…). Lahirnya tetap dari gabungan sperma dan ovum, melengkapkan proses kelahiran. Dididik dari kecil, dikasihi malah disayangi sejak lahir lagi. Namun, bila besar, jadi macam2 pula. Di mana silapnya dan mengapa perkara ini berlaku?

Wahai ibu bapa, kamu (bukan sya lagi! he..) adalah penjaga mereka. Segala urusan mereka, masih dibawah tanggungjawab kamu, amanah kamu, malah kesilapan mereka, adalah sebahagian daripada kesilapan kamu juga. Didikan awal asalnya daripada rumah, bukan di sekolah, mahupun pusat2 tusyen, yang dibayar untuk mengajar, bukan untuk mendidik anak2 kalian menjadi pemimpin ummah mahupun dunia suatu hari nanti!

Diibaratkan seekor anak burung yang terbang megah di langit, dari siapakah mereka belajar TERBANG sebegitu? Sekali lagi, TERBANG. Dan sekali lagi, TERBANG. BUKANNYA BERMIGRASI MAHUPUN CUBA MENCARI MAKANAN. Mengapa ditekankan TERBANG?

Itulah yang dipanggil didikan asas atau awal atau permulaan. Bukannya pertengahan, mahupun penghujungnya. Pernahkah kita terbayang, bagaimana seekor anak burung nak mencari makanan, bermigrasi ke kawasan yang berlainan, mahupun mencari dan membuat sarang baru, kalau mereka tak pernah tahu bagaimana nak terbang?

Semuanya bermula daripada rumah dan si ibu bapa. Mereka( sekali lagi, mereka… :)) adalah penggerak dan permulaan kepada kehidupan si anak. Anak burung belajar terbang, daripada ibu bapanya. Bermula dengan pemerhatian, kemudian naluri, seterusnya pembelajaran, maka bermulalah si anak terbang tinggi megah di langit biru.

Wahai ibu bapa, sedarlah. Diri anak kamu yang suatu hari nanti menginjak dewasa, membayangkan itulah diri kamu. Baiknya peribadi mereka, itulah baiknya pandangan masyarakat, mahupun dunia tentang diri kamu. Buruknya peribadi mereka, itulah membayangkan betapa keji dan tiada kepakarannya kamu dalam mendidik si anak…

Jua, wahai ibu bapa, janganlah hendak mempersalahkan pihak lain, kalau diri sendiri tidak pernah diperbaiki, dan diri si anak tak pernah cuba nak diselidiki,  diketahui mahupun nak diambil peduli.

Ada tips! (walaupun tak beranak lagi! Hee….) ajarlah anak2 mengenal erti kesusahan, kepayahan, dan kesukaran dalam memperoleh sesuatu perkara. Kerana suatu hari kelak, mereka akan belajar untuk menghargai, mengasihi perkara yang telah mereka peroleh, dan bersimpati kepada mereka yang tidak memperolehi perkara tersebut.

Ibu bapa yang menatang anak bagai minyak yang penuh, tidak pernah menegur, mahupun meletakkan sesuatu hukuman sebagai pengajaran mahupun pembelajaran kepada si anak, tiada gunanya mula belajar nak menegur anak di kemudian hari. Kain putih, yang asalnya memang putih, lama2 dah mula hitam pekat, sukar sungguh nak memutihkannya kembali, mahupun dimasukkan bleach ataupun clorok sebagai pengganti!

Akhir kata, renungilah wahai ibu bapa, akan hadis Rasulullah s.a.w ini:

Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan suci (fitrah-Islami). Ayah dan ibunya lah kelak yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi (penyembah api dan berhala). (HR. Bukhari)

Seorang datang kepada Nabi Saw dan bertanya, ” Ya Rasulullah, apa hak anakku ini?” Nabi Saw menjawab, “Memberinya nama yang baik, mendidik adab yang baik, dan memberinya kedudukan yang baik (dalam hatirnu).” (HR. Aththusi).

Perintahkanlah anak2 kamu supaya mendirikan solat ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan solat keitka berumur 10 thaun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan) (HR. Abud Daud)

Lastly, jangan lupa buka laman blog ini!  http://anakkusayang.com/blog/

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: