Monthly Archives: November 2009

Ku bermusafir

…..

Tiada apa yang silap.

Cuma hari semakin hampir.

Ingin sahaja kusingkap masa yang ada.

Memerhati setiap ruang dan sudut. Agar ada kebaikan dan potensi yang boleh dibawa.

Tiapa yang ingin kuharapkan.

Cuma, biarlah ianya menjadi suatu laluan untukku meneruskan kehidupan dan pelajaran. Seterusnya mengecapi kejayaan dan kecemerlangan.

Akhir kata, biarlah ku belajar mengenal erti perjuangan dan kepayahan untukku meneruskan kehidupan, agar ku sering tidak terlupa dan terleka, yang dunia ini sifatnya hanyalah sementara. Setiap manusia tetap akan sampai ke penghujungnya.

Ya Allah, rahmatilah diri ini dalam meneruskan sisa2 perjuangan ini. Aku mendambakan kasih sayangMu, wahai Tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.

Bimbinglah jiwa ini sentiasa pada rahmatMu.

Jauhkanlah jiwa ini daripada laranganMu.

Mudahkanlah segala urusan duniawiku.

Rindukanlah jiwa ini pada kebahagiaan dan keabadian cinta AkhiratMu.

Ya Allah, benarkanlah diri ini membawa dunia sebagai keperluan dan memenuhinya dengan kebaikan. Jauh sekali mengharapkan kesempurnaan, namun biarlah dunia ini menjadi kebaikan pada sebuah perjuangan.

Buat kata-kataku yang terakhir buat kali ini, salam eiduladha 1430H, buat sekalian ummat Islam di bumi Allah ini. 🙂

Advertisements

Kenapa tulis blog?

Macamana nak cakap ya…

Suka tulis tentang luahan atau pandangan atau corak pemikiran dalam blog ini…

Dan boleh jadi jua suka merintih, berdoa, dan mengharap… semuanya ada terluah dan tehasil melalui blog ini..

Nak dikatakan semua… idaklah… ape pulak melalut tak tentu pasal pulak satgi…

Hhmm…. bagiku… menulis tempat kumeluahkan emosi mahupun luahan yang terhasil dalam diri…

Continue reading →

Di mana?

Di mana?

Pusing-pusing…. tak jumpa2.

Cari apa?

Pusing lagi…. tak jumpa….

Di mana ya?

Mungkin sorok dalam almari… laci… beg…. motor…

eh… xda juga. Mana dia benda ni disimpan?

…….

Continue reading →

Kesilapan ibu bapa dan si anak

Perkara ini bukanlah baharu, ia telah berlalu dan berlaku sejak berkurun lamanya, sehinggakan telah disabdakan oleh Rasulullah dalam hadithnya yang mahsyur berbunyi:

“ Di antara tanda-tanda hari kiamat, akan lahirnya seorang hamba perempuan yang melahirkan tuannya (majikannya), dan jika engkau melihat orang yang tadinya miskin lagi papa, bercompang camping, sebagai pengembala kambing; kini sudah menjadi kaya hinga berlumba-lumpa membina bangunan.                                                                                     (Riwayat Muslim)

Hadith ini digelar sebagai ummu sunnah, yang jua memberi maksud ibu kepada segala hadith sepertimana yang kita diketahui, Al-Fatihah ialah ummu Qur’an yang bermaksud ibu (leader) kepada segala surah dalam al-Qur’an.

Continue reading →

Terima kasih kuucapkan

Malam yang lewat sikit…

Alhamdulillah, selesai sudah peperiksaanku kali ini bagi semester pertama sesi 09/10. Walaupun bukannya mudah dan senang untuk kumenghadapi liku2 perjuangan bagi semester kali ini, namun kubersyukur Allagh s.w.t sentiasa memberikan ku kekuatan, kesabaran dan ketabahan untukku meneruskan perjuangan. Tiada apa yang mampu kuharapkan, hanyalah ingin kumengecapi kejayaan dan kecemerlangan, di samping membuahkan pengetahuan yang bermanfaat untuk kubawa bagi meneruskan perjuangan…

Tidak lupa jua ucapan terima kasihku kepada para pensyarah yang tidak pernah kenal penat lelah untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar2mu, dan tidak lupa jua ucapan terima kasih daripada ku kepada mereka yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kecemerlangan untuk diriku….

Terima kasih…

Terima kasih si daun keladi…

Terima kasih sekali lagi…

Untuk akhirnya, semoga Allah s.w.t sentiasa membalas jasamu, dan merahmati akan dirimu.. amin…

Perlahan-lahan kumendidik jiwa…

Bergerak dalam lintasan yang berbeza, memerlukan seribu kekuatan dan kesabaran. Masa yang panjang yang akan kulalui ini, akan benar2 mengajar aku erti kekuatan dan semangat juang sebagai seorang yang bertanggungjawab dan memberi erti nilai kasih sayang.

Atas semua keadaan, semua adalah dengan keizinan Tuhan. Aku bukan dari golongan yang mahir mahupun bijak dalam semua bidang dan keadaan, namun, kucuba menyesuaikan diri agar menjadi baik dalam penyampaian dan pemberian.

Hikmahnya Tuhan membenarkan hambaNya ini mengadakan kebetulan, agar hambaNya ini sentiasa bersedia, dan menjadi seorang yang lebih dewasa. Agar tidak lagi mengenal erti membuang masa, mahupun berkeadaan tanpa bijaksana. Diberikan hikmah agar menjadi manusia yang memikirkan kebaikan insan yang lain, kerana dirimu kelak adalah dalam diri insan yang lain.

Continue reading →

Kongsi blog…

Agak lewat sikt…

Tapi takpa. Demi perjalanan yang memohon kemaghrifatan Tuhan, kuteruskan jua. Agar sentiasa cuba menulis, menyampaikan dan musahabah kembali setiap kekurangan. Tiada apa yang sempurna di dunia ini, melainkan kita yang sentiasa cuba memperbaiki diri dan menghayati teladan nabawi…

Continue reading →

Hidup si jiwa mati…

Ingin kukatakan, kubicarakan, inilah dunia…

Apabila melihat sahaja ke jendela, dunia…

Hala tuju kehidupan sekalian manusia… dunia…

Tujuan dan matlamat… dunia…

Apa-apa saja nigin dilakukan, untukmu wahai DUNIA…

Continue reading →

KECEMASAN DAN KESEDIHAN DI DALAM RUMAH TANGGA

Salam pagi yang ceria!

Untuk pertama kalinya, saya cuba mengambil beberapa cebisan intisari daripada buku yang ada dibaca. Bagus untuk dikongsi dan dilampirkan dalam blog ini. Agar nanti tidak hilang dek laptop yang diformat (minta2 dijauhkan..amin) dan document lain yang banyak tersimpan.

Jadi, untuk pertama kalinya, di sini diterbitkan salaah satu nukilan oleh Dr. Aidh’  Abdullah Al-Qarni, dalm kitabnya Hakadha Haddathana al-Zaman ( Baginilah Zaman Memotivasikan Kita). Banyak nukilan yang menarik dalam kitab ini. Tidak terjerumus hanya pada satu topik. Merangkumi keseluruhan kehidupan. Wajar untuk dibaca, di samping mempelajari akan nilai yang ada dalam sebuah kehidupan.

Artikel ini hanyalah sebahagian. Jadikanlah renungan dan ambillah kata-kata nasihat ini. Muhasabah bagi diri sendiri yang akan meneruskan perjalanan di dunia ini. Meneliti hikmah di sebalik kejadian, dan menjadikannya suatu nilai dan kekuatan. Semoga menjadi pedoman dan pengajaran!

Continue reading →

Alhamdulillah…

Alhamdulillah…

Akhirnya selesai jua 3 paper exam. Semoga Allah s.w.t mengurniakan hambaNya ini kejayaan dan kecemerlangan di samping rakan2 yang lain. Amin..

Dan bersyukur jua kerana akhirnya website ini kembali kepada bentuk theme asalnya. Terima kasih kepada apex keranaa bersusah payah mengembalikan kebaikan kepada connection untuk wordpress.com. Dan terima kasih jua kepada mereka2 yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung berhubung dengan permasalahan ini.

Sebelum akhirnya, untuk merasakan sedikit keriangan di hati akan pengembalian wajah blog ini. Di sini diubahnya theme asal kepada bentuk yang baru. Baru best!! 🙂

Salam apex dan TQ so much!!!