Perlahan-lahan kumendidik jiwa…

Bergerak dalam lintasan yang berbeza, memerlukan seribu kekuatan dan kesabaran. Masa yang panjang yang akan kulalui ini, akan benar2 mengajar aku erti kekuatan dan semangat juang sebagai seorang yang bertanggungjawab dan memberi erti nilai kasih sayang.

Atas semua keadaan, semua adalah dengan keizinan Tuhan. Aku bukan dari golongan yang mahir mahupun bijak dalam semua bidang dan keadaan, namun, kucuba menyesuaikan diri agar menjadi baik dalam penyampaian dan pemberian.

Hikmahnya Tuhan membenarkan hambaNya ini mengadakan kebetulan, agar hambaNya ini sentiasa bersedia, dan menjadi seorang yang lebih dewasa. Agar tidak lagi mengenal erti membuang masa, mahupun berkeadaan tanpa bijaksana. Diberikan hikmah agar menjadi manusia yang memikirkan kebaikan insan yang lain, kerana dirimu kelak adalah dalam diri insan yang lain.

Masa yang panjang dan detik yang berbeza, tidak pernah sesekali mengatakan dan menyatakan adalah perkara yang sama. (Benar, ia tetap akan menjadi perkara yang sama, jika diri sendiri tidak pernah mengenal erti perbezaan dan pembaikan.) Inilah ertinya salah satu wilayah kehidupan. Dari kecil sehingga ke dewasa, dari setitis air mani kembali ke dalam tanah, semuanya ada titik perubahan dan sebuah perjalanan. Suka duka, riang gembira, sedih dan kecewa, sentiasa akan mewarnai kehidupan. Dan kehidupan tetap bermakna kehidupan.

Ketabahan, kesabaran, dan ketenangan, inilah yang sentiasa diperlukan. Bukan kemewahan dan harta yang melimpah ruah, mengacau fikiran, menghilangkan nilai hamba dengan Tuhan. Biarlah menjadi hamba yang sentiasa memenuhi kehidupan dan keperluan. Agar memperoleh dan menjamin kebaikan pada dunia dan akhirat yang sentiasa menjadi impian.

Wahai diri, janganlah mudah sangat berputus asa. Janganlah mudah benar lemah pada jiwa. Ambillah pengajaran, bijak dalam perlaksaan, dan pemikiran. Jadikan ia kelak sentiasa daya penghubung dan titik tolak melonjak nilai kebaikan. Sentiasalah berfikiran positif dan optimis, agar tidak mudah menyerah kalah, dan kental menghadapi musibah….

Apa yang hebat pada perkataan, belum tentu akan baik pada perkataan. Namun bukan itu yang kupinta. Bagiku, apa yang baik pada perkataan, itulah jua yang baik pada perbuatan! Kuinginkan yang sebegini, tetapi kuharus bersabar, agar nilai yang ingin kuberi tidak dilemahkan, dan sentiasa pada jalan yang Allah redhai!

Terima kasih kerana menemukan. Sungguh, hamba ini amat tidak menyangka keajaiban pertemuan ciptaan Tuhan, dan terkesima dengan kebaikan pertemuan yang telah Dia janjikan!

Ku menoleh mulia pada hebatnya Pencipta, ku melihat dan tersenyum bahagia kerana inilah yang akan kupelihara….

InsyaAllah, masa yang panjang ini akan mematangkan jiwa dan berjiwa seorang pelindung, serta seorang pemelihara.

Walaubagaimanapun, seribu kemaafan kupinta, sungguh benar2 terkesima dan tidak menyangka, sampai benar2 hilang bahasa dan perkataan yang berbeza (tambah perasaan malu yang entah apa2 !Hhisshh!

Bukan nak kata sengaja, tapi memang macam sengaja. Mungkin jua hilang arah, hilang bagaimana nak berbicara. Tetapi, kadangkala baik jua untuk diri ini, agar sentiasa terjaga pergaulan dan memelihara keredhaan Ilahi!

Pelahan-lahan, masa akan mengajar dan mendidik sekalian jiwa (1,2,3…..sampai 6!) yang sentiasa berada dalam diri untuk mengenal hati budi, dan bertutur kata mesra, mencipta senyuman buat bunga2 yang mekar mewangi di taman Firdausi!!!

Kelak nanti, insyaALLAH, kita sembang lama2, sampai dinihari! Hihihihi…..

(Sebonarnya seronok sampai tak terkata!!!🙂🙂🙂🙂🙂 )

One response

  1. […] Perhatikanlah pada kalimatku ini:    perlahan-lahan-kumendidik-jiwa/ .Sungguh, daku tidak pernah alpa dan ingin […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: