Di mana?

Di mana?

Pusing-pusing…. tak jumpa2.

Cari apa?

Pusing lagi…. tak jumpa….

Di mana ya?

Mungkin sorok dalam almari… laci… beg…. motor…

eh… xda juga. Mana dia benda ni disimpan?

…….

Hoh lupa!

Rupanya dalam ‘ni’!

Eh, apa pula nak melalut ni?

“sakit?”

…..

…tak…

sedikit kehilangan yang ingin kudapatkan…

perkara ini tak wujud dalam bentuk kebendaan… ia wujud dalam hikmah yang nyata tersimpan…

Bagaimana ingin kuperolehnya kembali?

Perkara itu adalah mudah… jika dirimu penuh dengan taqarrub fi ilahi wa insani….

Mindamu bijak melahirkan rasa agung akan kuasa yang Maha Pencipta. HidupMu penuh dengan pengharapan dariNya…

Kamu melihat pada dunia… kamu mencari-cari… apakah dunia ini perlu kumiliki…

Perhatikanlah dunia wahai diri… ia tetap akan berputar…berputar…. tiada satupun yang akan menunggu dan memandang sekilas pada dirimu…

Jadi bagaimana inginku melihat pada dunia? Bagaimana ingin kumenguruskan diriku pada dunia?

Ku kembali pada titik asalan atau permulaan…. Apakah tujuan hidupku di dunia? Perlukah ia diubah?

Sekilas lagi kumemandang jauh ke masa yang telah kebelakang… kumencari-cari erti diriku mengenal Rasulullah yang Teragung…

Bagaimanakah kehidupan asalan baginda, ketika dirinya sahaja yang wujud, menyembah Tuhan yang Esa…

Tiada siapapun ingin percaya…

Tiada siapa yang ingin mengikuti baginda…

Tiada siapa memandang kepercayaannya…

Walaupun masyarakat menyedari dirinya adalah Al-Amin… tak pernah menipu atau memungkiri janji…

Sekalian manusia senang akan tindakannya…

Hatinya mulia… seorang yang jujur dan amanah…

Tidak pernah menipu mahupun menyembah berhala…

Hatinya suci… ingin melihat masyarakat sekelilingnya mengenal Tuhan yang Maha Berkuasa dan Pencipta seluruh alam sarwajagat ini…

Dia sentiasa menyendiri… ber’uzlah… menenangkan diri… di samping menjauhi amalan2 kaumnya…

Sehinggalah diwahyukan oleh Allah menjadi seorang Rasul, memimpin umat yang sedang hanyut dibuai syaitan, dilagukan halwa neraka…

Kuberhenti seketika… kulihat sekeliling…

Ku suka berjalan dan memandang sekalian alam…

Tasik yang penuh dengan biawak… burung2 yang berkicauan, kura2 duduk atas tayar.. awan yang sentiasa berarak… malam yang penuh dengan bintang dan bulan punama di langit…

Sungguh indah.. semuanya hidup.. semuanya membahagiakan!

Angin yang tiupan sepoi2 bahasa di malam hari… langit yang cerah menambah seri…

Ahh… kumenghirup udara yang nikmatnya tak terperi…

Kumemandang lagi pada dunia…

Di kala sepi.. tiada keriuhan suara manusia menempik sana sini…

Kusedar… Rasulullah telah lama pergi dan meninggalkan wasiatnya di alam yang semakin tua ini…

1430 H telah berlalu…

Kumerenung lagi…

Hadithnya buat akhir zaman… benar2 berlaku…

Kumerenung lagi…

Kumerenung lagi…

Masa yang ada buatku dunia ini… tiada siapa yang tahu…

Kumelihat ke dalam diri…

Kubukanlah orang yang meminta-minta disanjung-sanjung, kubukanlah orang yang ingin dijulang-julang, diheboh-heboh…

Biarlah ku menjadi diriku…

Membetulkan dan sentiasa ingin memperbaiki diriku…

Buat kebaikan pada ketika akan datang, buat kebaikan insan yang akan hadir dalam diriku…

Biarlah diriku, keluargaku, anak2ku….

Kumemenuhi tuntutannya buat agamaMu…

Memelihara dan memohon dipelihara akan dalam utuhnya tiangnya agamaMu…

Bukanlah diriku ingin dijulang, dipanggil sebagai pemimpin…

Namun, biarlah diriku menyumbang apa kumampu buat masyarakat di sekeliling…

Biarlah diriku memenuhi keperluan untuk kebaikan buat kehidupan di dunia.. biarlah diriku membawa kebaikan contoh teladan buat pembawa agama yang berjaya di dunia… mendambakan kasihNya di sana…

Coretan buat hamba yang sentiasa lemah… kelak akan kembali pada Tuhan yang Esa…

Buat duniaku yang sementara…. janganlah dimehnah dan fitnahnya diriku, keluargaku, dan jua anak2ku… wahai dunia!

Kami sentiasa merindui syurga yang abadi di sana!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: