Ku bermusafir

…..

Tiada apa yang silap.

Cuma hari semakin hampir.

Ingin sahaja kusingkap masa yang ada.

Memerhati setiap ruang dan sudut. Agar ada kebaikan dan potensi yang boleh dibawa.

Tiapa yang ingin kuharapkan.

Cuma, biarlah ianya menjadi suatu laluan untukku meneruskan kehidupan dan pelajaran. Seterusnya mengecapi kejayaan dan kecemerlangan.

Akhir kata, biarlah ku belajar mengenal erti perjuangan dan kepayahan untukku meneruskan kehidupan, agar ku sering tidak terlupa dan terleka, yang dunia ini sifatnya hanyalah sementara. Setiap manusia tetap akan sampai ke penghujungnya.

Ya Allah, rahmatilah diri ini dalam meneruskan sisa2 perjuangan ini. Aku mendambakan kasih sayangMu, wahai Tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.

Bimbinglah jiwa ini sentiasa pada rahmatMu.

Jauhkanlah jiwa ini daripada laranganMu.

Mudahkanlah segala urusan duniawiku.

Rindukanlah jiwa ini pada kebahagiaan dan keabadian cinta AkhiratMu.

Ya Allah, benarkanlah diri ini membawa dunia sebagai keperluan dan memenuhinya dengan kebaikan. Jauh sekali mengharapkan kesempurnaan, namun biarlah dunia ini menjadi kebaikan pada sebuah perjuangan.

Buat kata-kataku yang terakhir buat kali ini, salam eiduladha 1430H, buat sekalian ummat Islam di bumi Allah ini.🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: