Monolog Hati yang lemah…

Segala puji dan kasih kulimpahkan pada Pencipta yang Maha Esa

Segala puja dan puji kulimpahkan padaMu,  ya Tuhan sekalian Alam

Oohh…. sungguh lama tidak aku menulis, mencoret di laman ini. Setelah sekalian perjalanan, onak dan duri yang kulalui, mengharapkan rahmat dan hikmah dariNya, untuk kubawa ke sini.

Sudah berapa lama? Hhhmmm….. entahlah. Hampir 5 bulan aku biarkan ruangan ini sepi tanpa penulis, penghuni dan pengunjung.

Biarlah. Bukannya untuk ditatap sesiapa, sugguh blog ini ditulis oleh diriku pada jiwa yang ingin meluahkan

Wahai tuhan yang Maha Penyayang,

Ketika diri hambaMu ini keseorangan, kealpaan, kehampaan…… Aku mengadu dan merintih padaMu.

Aku mengeluh akan kelemahan yang wujud dalam diriku

Aku menatap sayu akan kerendahan martabat diri hambaMu ini di sisiMu.

Aku menulis kerana diri hambaMu adalah milikMu

Aku mencatit kerana aku akan kembali jua padaMu

Oohh…. rabbi…

Tiada tiada punya apa-apa di dunia ini

Aku tiada harta dan kemewahan untuk aku bawa menemuiMu di sana nanti

Aku hamba yang sentiasa kekurangan dan kelemahan

Cuba mencari keperluan

Menghindari keinginan yang hanya membawa kekurangan

Melalui laluan duniawiMu

Mengharapkan kebaikan dalam setiap amalan dan perbuatan

Ampunkanlah dosa hambaMu ini

Ampunkanlah dosa mereka yang kukasihi

Ampunlah dosa para mukminin dan solehin

Selamatkanlah aku dari godaan duniawiMu

Peliharalah daku dari nafsu yang buta, tiada mata

Degil tak terkata

Penuh dengan kemaksiatan dan kemungkaran

Namun,

Kucuba memberinya penglihatan

Pada naluri dan fitrah di jalanMu

Hijrahkanlah jiwa hambaMu ini kepada keredhaanMu

Rahmatilah mereka yang sentiasa kunanti dan kurindui

Peliharalah kami wahai Tuhan

Redhailah laluan kami,

Mencari keredhaanMu yang hakiki

Ya Allah…..

Rahmatilah kami

Bantulah kami

Peliharalah diri kami

Jauhkanlah kami dari kehinaan dan kejahilan duniawiMu

Hindarilah kami dari kemaksiatan dan tohmahan makhlukMu

Dekatkanlah hati kami padaMu

Ingin sentiasa membungakan jiwa

Mengharumkan syurga di dunia

Segalanya adalah keranaMu

Wahai Tuhan yang Maha Esa

Wahai Tuhan yang Menciptakan kami

Wahai Tuhan yang Menemukan kami

Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui

Amin ya Rabbal A’lamin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: