Peringatan pada diri ini…

Dilebarkan sayap penyampaianku di sini,

Kerana hati terasa ingin terus memperingati diri ini mahupun sesiapa agar jangan leka dan alpa

Pada godaan manusia dan dunia,

InsyaAllah

Memberikan kebaikan pada diri, dan sekeluarga

Sesungguhnya,

“Tidaklah Aku menguji hambaKu melainkan pada kesanggupannya”

“Bagaimana kamu mengaku dirimu beriman sedangkan dirimu tidak pernah diuji?”

Adakalanya ujian disusuli degan hikmah

Adakalanya ujian andaikan suatu kifarah

Adakalanya ujian agar kita sedar,

ada perkara yang perlu diteliti dan diubah

Berubah menjadi lebih baik

Berubah menjadi hamba yang dengar dan taat

Sedarilah manusia itu tidak pernah terlepas daripada kelemahan dan kekurangan

Kerana adanya kelemahan dan kekurangan

Diri kita diuji agar kita sedari

Perkara ini yang perlu diperhati dan dimodifikasi

Sedarkanlah dirimu

Melihat hikmah di sebalik musibah yang menimpa diri

Andai batasan bicara dan catitan yang berlebihan

Itu mungkin benarnya musibah pada asbab yang menimpakan

Gembira, suka dan duka

Saling berkaitan

Jangan dicari dan dilemparkan pada yang bukan selayaknya

Kerana manusia

Tiada siapa mengetahui isi hati dan sanubarinya

Lihatlah pada musibah yang menimpa

Andainya ingin kita

Sentiasa berhati-hati dan berwaspada

– sudah baca solusi paling baru? tak baca habis lagi, tapi dah beli. Mungkin bermanfaat, sedikit sebanyak memberi kekuatan dan bersangkutan pada diri

– jangan dihidupkan pada perkara yang sia-sia. Biarkan ia pergi dan berlalu. Cari alternatif yang membantu menghilangkan jejak.

– tenangkan diri dengan mengadu padaNya. Mengadulah sepenuh hatimu kerana dia sentiasa mendengar hamba yang sentiasa merintih padaNya

– perbaikilah diri. Mungkin kerana keterbatasan yang tiada kawalan, tanpa disedari. Allah itu Maha Bijaksana. Bukan sengaja diciptakan sesuatu perkara, bagi menyusahkan hambaNya. Ingatlah, DIA IALAH TUHAN.

-dunia ini hanyalah khayalan. Carilah ruang untuk kebenaran, bukan sekadar gurauan pada yang tidak bersangkutan.

-Muhasabahlah kembali pada diri sendiri. Sebelum menyalahi pada fitnah dan mehnah manusia dan duniawi

– Kembalilah hati kita padaNya. Dia merindui tangis hiba hamba yang takut dan mengharap padaNya.

– Berdoalah pada ketetapan hati dan kebolak-baliknya hati. Bukan hati itu adalah “qalbun”? Sesungguhnya selamatnya Hassan al-Basri bukan kerana peribadinya dan kekuatannya berdepan dengan musuh ALlah, tetapi kerana doa yang dipanjatkan, agar dipermudahkan jalan oleh ALlah, berhadapan dengna musuhNya.

– Perhatikanlah pada bait kalimatku ini: perlahan-lahan-kumendidik-jiwa/ .Sungguh, daku tidak pernah alpa dan tidak pernah ingin melupakannya!🙂🙂🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: