Tekad yang nekad

Dengan segala kekuatan yang ku ada, ini merupakan tekad yang nekad untuk meneruskan perjuangan dakwah mahupun pemikiran melalui penulisan. Mungkin cuba menugurai melalui blog ini, atau menghasilkan blog yang lain. Walaubagaimanapun, keinginan tetap keinginan. Kekuatan tetap kekuatan. Tak peduli sudah rangkaian dan telahan manusia. Ini adalah tekad yang nekad!

Huhuhu….

Setelah hampir 1 tahun setengah blog ini tidak tegas menulis, ibarat kata menulis bila nak, bila tak nak tak ada, jadi dengan segala kekuatan dan keinginan yang terpancar di jiwa, blog ini (atau blog yang lain) akan menjadi menerus teraju penulisan dan pemikiran.

Ia tiada sebarang topic khas.

Tiada sebarang petunjuk yang nyata.

Hanya sekadar ilmiah yang ingin dikongsikan dan ingin diluahkan.

Mungkin semuanya bukan pada blog ini.

Mungkin jua disampaikan pada blog yang lain.

Melihat mana yang boleh meneruskan, kerana tiada rencana khusus yang difikirkan untuk penulisan ini.

Pada ketika ini.

Hanya pada blog manisan dan ubatan, insyaALlah akan kembali diteruskan untuk menulis khusus dalam subjek pemakanan, info, tips, dan sebagainya.

Walaupun sebegitu, kemungkinan perkara yang ingin dibincangkan adalah sekitar isu, teladan,  dan penyucian diri manusia.

Kerana minatnya dalam penulisan.

Kerana lebih selesa untuk menyampaikan setiap bait2 dalam kotak pemikiran.

Sesungguhnya.,

Daku berdoa,

Penulisan ini menjadi salah satu cabang dakwah buat diri hambaNya yang lemah,

Mengorak langkah mencari kekuatan diri

Mencari setitik raih rezekiMu di muka bumi ini.

Menyampaikan dengan selayaknya pada ummah sekalian alam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: