Iblis Berkata…

Sudah lama rasanya tidak membuang idea dan pandangan dalam blog ini, sementelah kesibukan, kemalasan, kekangan masa yang menghimpit, dan ragam-ragam duniawi, membuang jauh hajat untuk terus melayari blog dan diupdate jua blog ini.

Namun, kerana hati kecil masih ada rasa ingin memberi dan berkongsi, semua hadis qudsi ini menjadi renungan bersama, kerana bahawasanya kita, makhluk Allah dicipta dan digelar manusia tidak akan sama sekali terlepas dari pandangan syaitan dan Iblis laknatullah. Hayati dan fahamilah wahai rakan-rakan, sahabat handaiku…

Iblis berkata: “ya Tuhan! Engkau telah memerintahkan Adam turun ke dunia, dan Engkau pun telah tahu, bahawa akan ada pula kitab dan utusan-utusan (penyampai khabar). Maka akan siapakah kitab-kitab dan utusan-utusan mereka?” Allah menjawab: “utusan-utusan mereka adalah para malaikat, nabi-nabi mereka muncul dari kalangan mereka sendiri, dan kitab-kitab mereka adalah Taurat, Injil, Zabur dan Furqan (Al-Qur’an).” Iblis berkata lagi: “Maka apa pulakah Kitab (bacaan)ku?” Allah menjawab: Kitabmu adalah al –Watsam (tatu). Bacaanmu adalah puisi (pantun dan syair). Rasul- utusanmu adalah tukang tenung/ ramal (dukun-dukun). Makananmu apa-apa yang tidak disebut nama Allah waktu memakan- menyembelihnya. Minumanmu adalah yang memabukkan. Yang benar menurutmu adalah yang bohong. Rumahmu bilik mandi (kolam renang, pemandian umum). Perangkap pancingmu adalah wanita-wanita. Tukang azanmu adalah seruling (muzik-muzik) dan masjidmu adalah pasar-pasar.” (Riwayat Thabrani dari Ibnu Abas.)

Ingin sahaja menambah pandangan dan syarah sendiri mengenai hadis ini. Namun, kesibukan yang tak pernah tahu bilalah nak berhenti, InsyaAllah bersambung di lain kali.

Semoga bertemu lagi…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: