Balasan meninggalkan solat

Sudah 16 hari berpuasa, kadang-kadang tertanya adakah puasa ini diredhai Allah?

Ini merupakan fasa kedua. Fasa pengampunan dari Allah s.w.t. Semua hamba-hambanya ini sentiasa menadah tangan, terus memohon pengampunan dari Allah yang Maha Besar, dan diredhai ALlah dalam setiap amal kebajikan.

Kejadian ini dahulu pernah terdengar di dalam kaset kuliah dan artikel yang pernah ditulis oleh entah  siapa. Jadi, kesahihan dan ketepan peristiwa yang berlaku, tidak dapat dikenal pasti. Wallahua’lam.

Bukan ingin dijadikan hujah atau perbandingan. Hanya sebagai teguran atau peringatan. Kerana, serba serbi, rata-rata umat Islam bukan sahaja lagi melecehkan dan melewatkan waktu solat, malah ada yang terus meninggalkan tanpa sedikitpun ada riak penyesalan dan dukacita kerana terlepas dari melaksanakan AMANAH Allah kepada manusia di muka bumi ini.

Pernah dengar kisah yang disampaikan oleh rakan pada zaman Nabi Musa a.s. mengenai betapa jijik dan hinanya orang yang meninggalkan solat. Kisah bagaimana seorang hamba Allah yang melakukan nazar untuk minum air kencing anjing hitam sekiranya hajatnya dimakbulkan, kerana ketidaksanggupannya dan mengadu kepada Nabi Musa a.s. hanya perlu meminum air tangan orang yang meninggalkan solat sebagai ganti kepada nazarnya itu

Apabila kuasa yakin akan kematian itu semakin hilang, apabila peringatan akan tetap hadirnya kepada kematian itu semakin pudar, apabila timbul rasa sombong dan cinta akan dunia semakin bersinar, apabila dunia dijadikan bumbung dan dianggap berkekalan, apabila akhirat, dunia yang kekal abadi semakin berjauhan, apabila semuanya seperti ‘purbakala’, tiada rasa takut akan azab Allah, dan nikmatnya yang tak pernah terfikir akan syurga….

Apabila semakin timbulnya penyakit wahan…

Apabila takut akan kematian, namun tak pernah ada persiapan…

Apabila pendek dan rendahnya akal kerana tiada peringatan…

Fikir dan muhasabahlah sendiri akan akibatnya…

Semua semua bala dijauhkan, semua tergolong kalangan solehin dan mukminin…

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”

Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”

Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :”

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.

2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: