Monthly Archives: September 2010

Ketenangan dan Kemuliaan

Kadang-kadang melalui ranjau kehidupan ini kita sering mengharapkan pada bentuk nikmat dan kelebihan yang sementara. Nikmat yang berbentuk harta, pangkat mahupun darjat. Nikmat berbentuk kesihatan dan kekayaan.

Ada manusia yang mengenali nikmat ini yang akan memberikan kebaikan serta ketenangan. Kerana butanya mata hati, kerana tamaknya nafsu duniawi, kerana lupanya suatu hari nanti pasti akan mati, djkejarnya nikmat yang sementara bagi memenuhi apa sahaja pada dunia.

Walau terpaksa berkorban sanak saudara,

Walau terpaksa jatuh bangun meminum darah manusia, lapar keinginan pada harta, wanita dan dunia.

Ketenangan yang kononnya akan kekal buat selama-lamanya. Lupa akan mati dan ajal mungkin pada esok lusa.

Tertipu dengan ketenangan ciptaan Iblis dan Syaitan laknatullah. Berdiri takut walau menghadap dunia, kerana pasti ada rasa yang tidak senang dan risau gelisah jika suatu hari nanti ada yang menyelongkar dan mengaut keuntungan yang telah menjadi miliknya.

Ketenangan material sifatnya  hanyalah sementara. Tetapi ketenangan hati itu adalah lahir dan wujud dari pemilik-Nya…

Continue reading →

Apa yang ingin dilaksanakan jika…

Anda diberi sebidang tanah yang bernilai 200 juta. Apakah yang ingin anda laksanakan dengan tanah tersebut?

Maka, ada yang menjawab, “saya ingin mendirikan sebuah pusat beli belah”, “saya ingin buka sebuah sekolah”, “ingin mendirikan masjid”, “bina taman tema”, “buat sekolah pondok”, “bina pusat tahfiz”, dan sebagainya. Perkara macam ini biasa sahaja didengar oleh ramai orang apabila ditanyakan pendapat dan pandangan sekiranya diberikan suatu kelebihan atau kemudahan tanpa disangka-sangka. Seperti durian runtuh. Malah, mungkin sahaja perkara pertama yang disebut itu apa yang sememangnya dia inginkan, kerana kewujudan perkara tersebut bermula pada kotak pemikiran.

Tetapi, bagaimana pula sekiranya ada seorang lagi yang menjawab, “jika saya diberikan sebidang tanah yang nilainya adalah hampir 200 juta atau lebih, saya akan jualnya balik.”

Apa pandangan anda pada diri dan keinginan orang tersebut?

Continue reading →