Akhirnya aku menemui jalan ini

Akhirnya aku menemui jalan ini…

Jalan yang menyeberangi lautan dan belantara

Merentasi benua dan menuju daratan Andalusia

Jalan ini bukanlah jalan manusia buat dunia yang sementara

Tetapi ia adalah jalan milik Allah, yang Maha Esa.

 

Akhirnya,

Aku menemui jalan yang membantu aku meneruskan kalimah dan bait2 perjuangan

Walau diriku sedar aku tidak memiliki sebarang kekuatan mahupun kelebihan

Tetapi,

Aku lagi sedar

Siapa diriku hendak membuat pertikaian mahupun membinasakan

Yang hadirku dari setitis air mani

Diciptakan pula segumpal daging, menerima darah, dan diberi kehidupan,

Sehingga wujudnya kata hati.

Hati yang sentiasa berbolak balik,

Kerna itulah ia digelar ‘hati’

Maka, diajarkan kepada manusia agar sedar dengan kemampuan diri

Terus sahaja berdoa dan memohon diteguhkan hati

Agar berada atas jalan yang lurus lagi diredhai Ilahi

Akhirnya aku menemui jalan ini

Jalan yang terbuka luas

Cuba memacu kaki untuk melangkah

Menderap kaki terus berjuang dan menimba ilmu pengetahuan

Tanpa menoleh ke belakang lagi

Aku sedar

Nyawa yang dipinjam ini milik Ilahi

Mata, telinga, mulut, kaki, tangan,

Serta segumpal hati

Membawa erti ceria dan duka

Manis dan sengsara

Semuanya adalah milik Ilahi

Kelak semuanya akan kembali

Semuanya akan disoal oleh Allah s.w.t apakah penglibatan yang telah aku lakukan buat semua anggota dan nyawa yang dipinjamkan kepada aku ini

 

Kini,

Pengorbanan,perjuangan dan kata helah lelah akan terus aku laksanakan

Tiada siapa yang mengetahui apa rintangan, dugaan mahupun kerahmatan di hadapan

Penuh dengan persoalan dan  pertanyaan

Tetapi lagiku sedar bukan siapa aku ingin menyoal dan bertanya

Sebaliknya terus sahaja melangkah

Asalkan pada jalan dan kaki yang lurus

Di bawah lindungan, keredhaan dan rahmat Tuhan

Hanya pada Allah yang Maha Esa dan yang Maha Menciptakan segala-galanya

 

Entah ke berapa kali

Aku sangat menyedari

KuasaNya Maha Luas

Tidak mampu nak dirungkai melalui monolog ini

KuasaNya yang menciptakan sekalian alam

Sejak dari wujudnya Adam sehingga ke akhir zaman

Kuasa dan kebesaranNya

Sangat aku sedari lagi dirasai

Walaupun hanya sekelumit wujud di hati

Itu dan ini

SemuaNya adalah milik Ilahi

Buat aku

Hanya HAMBA bukan SESIAPA

Kelahiranku

Kematianku

Pertemuan dan jodohku

Razekiku

Semuanya adalah milik Tuhan

Semuanya dalam ketetapan Tuhan

Semuanya dalam Qada’ dan Qadar Tuhan

Hanya padaku

Sekadar usaha dan daya upaya sebagai manusia di dunia yang fana’

Ketikanya aku leka dan alpa

Dengan kuasa dan kebesaranNya yang Maha Luas

Dia membuktikan segala-gala-Nya

Dia Maha Kaya

Dia Maha Bijaksana

Dia Maha Mengetahui segala-galanya

 

Akhirnya aku menemui jalan ini

Aku MUNGKIN tidak mampu lagi membaitkan kalam itu

Kerana risau ada dosa

Kerana bimbang ada fitnah

Kerana sentiasa ada syaitan dan Iblis laknatullah yang ingin menghasut dan membinasakan bila tiba masa dan saatnya

Aku sentiasa memohon lindungan Allah pada setiap kalam yang cuba disampaikan

Agar itu satu keredhaan dariNya

Bukan kemaksiatan dan kemungkaran yang merosakkan jiwa, fitrah , dan harta

Kerna aku jua

Tak lebih tak kurang

Hanyalah HAMBA

Bukannya SESIAPA

 

Namun,

Nukilanku di sini

Akan terus melalui

Terus mencari dan menekan aksara losong ini

Kerana inilah diriku

Suka menulis

Walaupun serba kekurangan dan kelemahan di sana sini

Inilah buah fikiran dan pandangan

Rasa di hati dan jiwa

Suka duka

Pahit manis

Cuba dibait kata,ditulis, dan diluahkan

Yang serba sedikit memberi suatu nilai kepuasan dan ketenangan

Walau tak tahu wujudnya dari mana dan bagaimana

 

Buat diri….

Teruskanlah

Laksanakanlah apa yang patut dilaksanakan

Lakukanlah apa yang perlu dilakukan

Sememangnya diriku tidak mengetahui

Hanya sekadar melihat pada penafsiran awan dan siulan angin

Tiada apa yang berubah pada pendirianku

Tiada apa yang ingin diubah pada lafazku

Biarlah seperit manapun aku perlu kata dan lihat

Itu diciptakan buat aku

Supaya tabah dan sabar

Supaya aku mengenal erti kehidupan

Belajar bukan sahaja pada kisah makanan

Malah untuk manusia, kelahiran dan kematian

 

Akhirnya aku menemui jalan ini

Jalan yang 1001 langkah perlu aku menongkah

Redah dan pacakkan cokmar

Terus memacu dan memandang ke hadapan

Buat masa yang tiada siapa mengetahui

Dan mampu menciptakan sebarang penasaran

 

Buat akhir kalamku di sini,

Ini sebahagian dari kalimat Tuhanku, Allah Azza Wajalla ketika aku merasai kesedihan dan kelemahan. Ketika hati sering keliru, tertanya-tanya, tidak difahami bagaimana sebuah penceritaan, dan tak tahu apa yang perlu dilakukan…

“Sungguh, telah ada pada Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah.”  (Al-Ahzab:21)

“Wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan (dari Allah) dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar.”        (Al-Baqarah :153)

“Maka bersabarlah engkau. Sungguh, janji Allah itu benar dan sekali-kali jangan sampai orang yang tidak  meyakini (kebenaran ayat-ayat Allah) itu menggelisahkan engkau.”   (Ar-Rum :60)

“Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah itu benar, dan mohonlah ampun untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang.”      (Al-Mu’min :55)

“Maka bersabarlah engkau terhadap ketetapan tuhanMu, dan janganlah Engkau seperti orang yang berada dalam (perut) ikan ketika dia berdoa dengan hati yang sedih/marah.”  (Al-Qalam:48)

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain, dan janganlah kamu mengunjing (mengumpat) sebahagian yang lain.”  (Al-Hujurat:12)

“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang yang menepati janji yang telah mereka janjikan pada Allah. Dan di antara mereka ada yang gugur, dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak mengubah janjiNya.”     (Al-Ahzab:23)

“Sesungguhnya apapun yang dijanjikan Allah itu pasti datang dan kamu tidak mampu menolaknya.” (Al-An’am :134)

“Ya Tuhan kami, berilah apa yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat. Sungguh, Engkau tidak pernah memungkiri janji.” (Ali-Imran :194)

“Bagi mereka berita kehidupan gembira di dunia dan akhirat. Tidak ada perubahan pada janji-janji Allah. Demikian itulah kemenangan yang agung.”      ( Yunus:64)

Jiwa dan hatiku dalam genggamanMU

Aku menyerahkan sepenuhnya dalam ketentuanMU

Pada masa dan ketika yang pasti dan telah ditentukan dari sisiMU

 

Doakan daku

Tidak mampu untuk melangkah kaki, mengharap redha, dan rahmat Ilahi seorang diri

Semoga dirahmati🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: