Padukah erti cintaku pada Allah?

Padukah erti cintaku pada Allah?

Cintaku pada Allah dan Rasul…

Hhmm… nampaknya masih belum cukup kukuh hati ini menyatakan rasa cinta pada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w.

Kadang2 dalam kesibukan mencari dan berjuang menuntut ilmu duniawi atau fardhu kifayah, adakalanya hati ini leka dibuai enak mimpi yang tidak kesudahan..

Ingin itu ini, padahal tidak pasti esok lusa boleh hidup atau tidak lagi.

Bercita-cita tinggi hingga menjulang tinggi harapan ke langit, tetapi tidak pernah terdetik mensyukuri nikmat yang sedia lahir dalam diri ini.

Bagaimana jika aku lahir tiada mata untuk melihat?

Bagaimana jika aku lahir tiada telinga untuk mendengar?

Bagaimana jika aku lahir tiada mulut untuk berkata-kata?

Alhamdulillah… dengan limpahan kasih sayang Allah dia memberikan semuanya kepadaku malah kepada manusia yang lain tidak kira taat atau tidak pada perintahNya.

Itu bukti rahmat Tuhan.

Sekali lagi aku melafazkan kesyukuran… Alhamdulillah…

Cinta pada Allah bukanlah hanya wujud di mulut atau lidah yang berseni mengungkapkan. Tetapi, hati, lisan, dan perbuatan yang membayangkan atau menjelmakan diri ini sentiasa rasa keagungan Allah, membesarkan Allah.

Ia adalah realiti, yang hanya wujud sekiranya benar-benar mengenali Dialah TUHAN, semua makhluk adalah HAMBA TUHAN…

Allah itu Maha Bijaksana

Allah itu Maha Kaya

Allah itu Maha Pencipta

Allah itu Maha Pemurah

Allah itu Maha Pengasihani

Setiap perbuatan itu Allah yang memberikan kekuatan.

Setiap bait2 perkataan itu Allah yang menganugerahkan lisan untuk menyampaikan.

Setiap niat dan penglihatan itu Allah yang pertama-tama yang mempunyai pengetahuan.

Sedar atau tidak, wahai diri dan saudaraku yang lain, setiap aturan atau perancangan untuk kehidupan duniawi semuanya ada dalam catatan Allah sejak azali lagi?

Tiada satupun yang boleh melepasi perancangan dan rencanaNya yang Maha Perancang. Hanya kita sahaja tidak pernah sedar di lubuk mana kita berpijak dan bagaimana kesudahannya.

Sebagaimana turunnya ayat-ayat-Nya secara berperingkat kepada Baginda s.a.w., begitulah jua perjalanan kehidupan kita sehingga menuju ke pengakhiran.

Hanya (mesti ada perkataan ini), usaha kita sebagai manusia yang membuka ruang2 pilihan. Sama ada menjadi lebih baik atau buruk dalam melakukan setiap perkara atau penilaian.

Usaha memenuhi sunnatullah

Sunnatullah di bawah payung syariatullah.

Dan (ada tips ketenangan🙂 ), sekiranya kita yakin semuanya sentiasa dalam ketentuan Tuhan, mesti akan lahir bait kalam redha dalam hati dan lisan, bertambah kukuh hati menyatakan iman pada Allah yang tidak pernah membiarkan hamba-Nya terkapai-kapai di dunia ini, menunggu matiyang  kononnya itulah penyelesaian.

Nikmat sebagai bukti Dialah Tuhan

Ujian sebagai bukti kita hamba Tuhan, melihat setakat mana tahap keimanan, dan sejauh mana menilai darjat sebagai hamba-Nya yang beriman.

Oleh itu, biarlah diri ini menyumbangkan sedikit rasa takjubnya pada Tuhan yang menciptakan sekalian alam melalui setiap bait2 mukjizat maknawi yang sentiasa terulung dipelihara sepanjang zaman.

Semoga Allah s.w.t sentiasa memberikan diri ini kekuatan membuka setiap lembaian surah, diberikan nilai hikmah, mempelajari sesuatu dalam bimbingan-Nya, dan menghiasi nilai2 dalam diri dengan pengajaran dan pedoman khusus dari-Nya

Tanamkanlah jiwa2 kami dengan kasih sayang dari sisiMu

Yang teragung lagi terulung, menghiasi taman2 syurga firdausiMu…

Dengarlah rayuan hambaMu ini yang walau ia hanya sekelumit rasa untuk mencintaiMu

Janganlah dipesongkan lagi hati ini dari sentiasa mengingati dan merasai keagungan serta kebesaranMu…

1)      Ketika menyatakan kebenaran al-Qur’an sebagai mukjizat Allah, maka lihatlah ke dalam diri. Bagaimana aku boleh dilahirkan ke dunia ini?

Setujukah kita menyatakan asal usul kejadian manusia diciptakan dari evolusi sang beruk berubah menjadi manusia yang kononnya maju (sangat…) kini?

Jika begitu, kita patut hormat pada si orang utan, gorila, (bigfoot??) serta si monkey yang tergayut-gayut di dahan pokok atau batang elektik kerana mereka juga saudara mara kita suatu ketika dahulu…

Jadi sebagai bantahan keras atas kepercayaan si profesor2 sains yang mengaku akan teori evolusi (kerana tidak mahu mengaku dulu atuk dan moyangku adalah si beruk(??) ),diri yang serba kekurangan ini menukilkan kembali penciptaan kita wujud dari susur galur seorang nabi, sempurna akal dan kejadian, menjadi khalifah di bumi ini (bukan untuk makan pisang dan bergayut-gayut tak tentu hala):

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman pada para malaikat, “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.” Mereka berkata,” apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikanMu?” Dia berfirman, “sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”   (al-Baqarah :30)

Diciptakan kita asalnya dari tanah, setitis air mani, dan disempurnakan kejadian selayaknya sebagai manusia.

“ Dialah yang menciptakanmu dari tanah, kemudian dari setitis mani, lalu dari segumpal darah, kemudian kamu dilahirkan sebagai seorang anak, kemudian dibiarkan kamu dewasa, lalu menjadi tua…”  (Al-Mukmin: 67)

-tertanya-tanya juga, kenapa jin tidak diciptakan dari beruk juga? Sedangkan jin wujud terlebih dahulu sebelum manusia?

-Manusia yang kembali jadi beruk adalah…

2)      Allah yang menghidupkan dan Dia yang mematikan. Setiap urusan dalam ‘tangan’Nya:

“Dialah yang menghidupkan dan mematikan. Maka, apabila Dia hendak menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya berkata kepadanya, “jadilah!” Maka jadilah sesuatu itu. “   (Al-Mukmin:68)

3)      Kerdilnya sifat manusia, agung-agungkan itu ini, begitu dan begini. Sedangkan kaum terdahulu lebih inovatif lagi kreatif menghasilkan sesuatu dengan penuh kualiti (al-Mukmin: 82). Siapa sangka kaum terdahulu yang rumahnya tak ada aircond di padang pasir, tapi masih terer nak cipta rumah di dalam bukit, yang mempunyai daya penyejuk beku dan penghawa dinginnya yang tersendiri?

Lihatlah pula penciptaan langit  dan bumi, yang; mana ada tiang nak menampung langit di atas, supaya tak jatuh hentap penduduk dunia, mana ada enjin nak menggerakkan awan, jadi biru atau hitam, jadi kecil atau besar, mana ada mesin nak mengawal pergerakan planet2, supaya bulan boleh menyinari waktu malam, matahari boleh muncul pada waktu siang, meorit tak senang2 nak tembusi dan hentam lapisan bumi, dan udara yang tak berjisim dan tak nampak, tetapi percaya dengan asbabnya ada oksigen yang membolehkan manusia bernafas di muka bumi ini.

“Sungguh, penciptaan langit dan bumi itu lebih besar daripada penciptaan manusia, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.)”                             (Al-Mukmin:57)

“Allah-lah yang menjadikan malam untuk kamu beristirahat padaNya; (dan menjadikan) siang terang benderang. Sungguh, Allah benar-benar memiliki kurnia yang dilimpahkan kepada manusia, tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.”   (Al-Mukmin: 61)

– jadi, jika satu nikmat ini sahaja ditarik, bagaimana? (oksigen dah tak ada, air semua jadi racun,siang tak ada waktu malam, dan tanah semua kering kontang) Boleh ke lagi nak tekan telefon bimbit, main facebook, godek-godek kamera DSLR, jalan2 lagi naik motor atau kereta yang begitu menawan hati?

4)      Jangan kedekut hati dan mulut itu nak berdoa. Dia memang suka nak memberi. Kerana Dia Maha Memberi. Tinggal manusia itu yang ‘sombong’ tak faham-faham nak meminta kepada-Nya.

“Dan Tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembahKu akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina.”                           (Al-Mukmin:60)

-pandangan sendiri: doa itu sebahagian dari ibadah. Doa itu sebahagian dari bukti penyembahan kita pada Allah Azza Wajalla. Orang yang tidak suka berdoa, menjadi bukti dia masih tidak sempurna dalam nilai ibadahnya, sehingga menjadi sebahagian dari orang yang sombong untuk mentaati perintah-Nya. (Nauzubillahminzalik). Wallahua’alam.

Jika yang dah dijanjikan dalam doa itu tidak dimakbulkan lagi, bersabarlah. Kerana:

“Maka bersabarlah kamu. Sesungguhnya janji Allah itu benar, dan mohonlah ampun untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi.”                        (Al-Mukmin:55)

“Maka bersabarlah engkau, sesungguhnya janji Allah itu benar.”     (al-Mukmin:77)

Jadi, bersabarlah. Allah Maha Mengetahui setiap perancangannya. Sungguhpun telah termaktub itu yang akan terjadi, tetapi masih tak jadi2 lagi, maka bersabarlah. Beringatlah sentiasa, yang telah dijanjikan, itulah yang akan dilaksanakan. Hanya, itu semua dalam ketentuan Allah s.w.t. Dia sahaja yang Maha Mengetahui setiap ketentuan dari sisi-Nya.

– Tertanya-tanya juga. Semua orang tahu mati itu adalah pasti. Itu sebahagian dari janji Allah untuk setiap makhluk yang hidup dan dipinjamkan nyawa di dunia ini. Tetapi, siapa yang berani dan selalu angkat tangan sedang menanti mati dengan sabar. (Ada?)

Al-Qur’an, iaitu kalamullah sentiasa ialah kalam kebenaran. Kerana al-Qur’an bukanlah makhluk, boleh reka itu ini, begitu dan begini. Dia dipelihara oleh empunya-Nya, kerana al-Qur’an datang dari-Nya.

Berimanlah pada Allah s.w.t dengan sebenar-benar iman,

Berimanlah pada al-Qur’an yang sentiasa menyatakan kebenaran sehingga ke akhir zaman, menuju ke akhirat yang kekal selamanya.

Akhir kata pada kalam ini,

“Demikianlah Allah, Tuhanmu, pencipta segala sesuatu. Tidak ada Tuhan selain Dia; maka bagaimanakah kamu dapat dipalingkan?”   (Al-Mukmin:62)

“Dan Dia memperlihatkan tanda2 (kebesaranNya) kepadamu. Lalu tanda2 (kebesaran) Allah yang mana kamu ingkari?” (Al-Mukmin:81)

-Semua adalah kesan dari mentadabburi satu surah. Bagaimana? Hebatkan Allah?

-Ada keluaran mushaf yang menyatakan nama surah ini ialah al-mukmin, ada terbitan yang lain  menyatakan surah Ghafir, kedua-keduanya diterima. Wallahua’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: