Terima kasih :)

Terima kasih…

Tidak tahu bagaimana ingin memberitahu ucapan ini kepada empunya diri…

Tapi, semoga ucapanku di sini akan didengar olehnya suatu ketika nanti

Terima kasih sekali lagi🙂

Sememangnya diriku suka menulis…

Menulis, menulis, dan menulis…

Tak kira masa dan ketika,

Di kelas, bilik, atau atas meja.

Jika ada kertas kosong atau kelapangan masa,

Bila mula terbit ilham atau fikiran di minda,

Jika tidak terjumpa pen dan kertas,

Rakan2 jadi mangsa dengar pendapat yang entah bernas atau macam ‘nanas’🙂.

Apa-apapun, diri ini akan terus menekan mata pena atau aksara hitam untuk meneruskan bait-bait kalamku melalui penulisan. Sekiranya sekali menekan aksara dengan ilham yang penuh di kepala, mau hampir dua tiga jam menulis sampai tak perhati pada perkara lain. (Pelik?)

PERKONGSIAN PERTAMA

Sebagai permulaan pada nukilanku kali ini, inginku cuba untuk berkongsi pemikiranku yang sudah sekelian lama terpampang di minda (dan sebagai tanda terima kasihku).

Setiap manusia itu mempunyai pelbagai kelebihan. Tetapi, turut mempunyai kekurangan. Semuanya ada sama tara. Kekurangan cuba diperbaik dan adanya persediaan, kelebihan  membawa erti kesyukuran akan pemberian nikmat dari Tuhan.

Ada manusia mempunyai kelebihan dalam berkata-kata, tapi kurang dalam menghasilkan idea dalam wacana,

Ada manusia yang bijak dalam berkarya, tapi sukar pula lisan digunakan untuk berbicara.

Ada manusia cergas dan aktif bersukan, tapi kurang dalam mem’pick up’ sudut ilmu pengetahuan.

Ada manusia hebat dalam menuntut ilmu pengetahuan, tapi terkurang rajinnya menjaga kecergasan tubuh badan.

Semua orang adalah berbeza kelebihan dan kekurangan.

Semua orang mempunyai keupayaan dan kemampuan yang tidak sama dan berbeza untuk melalui setiap penilaian.

Hakikatnya,

Manusia itu dijadikan sebaik-baik kejadian. Beroleh akal fikiran yang merupakan kelebihan dan kekuatan, lebih terulung dari makhluk Allah yang lain, sebagai pentadbir atau khalifah di muka bumi ini.

PERKONGSIAN KEDUA

Orang kata bakat itu boleh diasah, tapi minat itu perlu dipupuk. Jadi, apa yang  sebenarnya membezakan antara bakat dengan minat?

Bakat itu sememangnya telah wujud dalam diri seseorang sejak azali lagi. Hanya, dia sedar atau tidak bakat itu berada dalam diri.

Contohnya, bakat dalam bidang kedoktoran. Ia hanya ditemui bila tiba-tiba sahaja boleh hasilkan herba sendiri, walau tak perlu jadi doktor perubatan di hospital atau klinik kerajaan. Malah, ketika kecil-kecil dahulu cukup rajin dan sudah pandai mengubat anak patung dan kucing yang tersepit pintu, itu sudah menonjolkan anda berbakat sebagai doktor! (walau tak bertauliah)

Seorang yang arif dalam bidang ilmuan Islam. Penuh dengan ilmu dalam diri dan fikiran. Alih-alih boleh pula bergerak maju dalam era teknologi maklumat, padahal tidak pernah ada perkaitan secara langsung dengan ilmuan Islam. Siap boleh lagi menyumbang sana sini dalam kaedah terkini lagi inovasi selari dengan perkembangan termaju sektor IT yang terkini. Canggih dan sofistikated. Siapakah yang boleh beritahu bagaimana keupayaan anda ini boleh wujud dalam diri sedangkan bukan belajar tinggi2pun dalam bidang IT? Jawapannya: itulah bakat yang telah sedia wujud dalam diri!

Bagaimana pula seorang ahli sains yang belajar bidang sains, tinggi ilmunya dalam penerapan nilai2 sains, hebat dan mantap menghasilkan hujah dan pendapat berdasarkan kajian saintifik oleh para saintis ternama. Tetapi, alih2 boleh pula dia berkarya dalam subjek bukan bidang dia. Bidang kerohanian, keagamaan, tazkiyatun nafs, dan sebagainya. Dari mana dia beroleh kemampuan dan keupayaan menghasilkan karya dan pemikiran dalam bidang yang berlainan? Jawapannya sekali lagi, itulah bakat yang terulung yang diciptakan dalam diri!

Cukup contoh setakat itu. Lihat pula pada tafsiran MINAT.

Kenapa minat perlu dipupuk?

Apakah beza minat dengan bakat?

Tamsilannya begini. Aisyah seorang yang pandai bermain bola ragbi. Rokiah pun pandai main bola ragbi. Dua-duanya boleh dikatakan hebat dalam sukan ragbi sehingga ke peringkat antarabangsa. Pernah bertanding dalam kejohananan dunia dengan kumpulan ALL BLACK, New Zealand yang popular dengan tarian hookah.

Bezanya Aisyah ini berusaha bersungguh-sungguh untuk berada pada pemain yang terbaik dalam pasukannya. Tetapi, Rokiah jarang nampak turun berlatih. Asyik pergi jalan-jalan, buat aktiviti lain, dan jarang mengadakan latihan. Jurulatih selalu tegur dan marah dengan sikap Rokiah. Tetapi, Rokiah tak pernah serik, dan boleh pula dianggap sebagai ayam tambatan dalam pasukannya. Kenapa? Kerana, DIA BERBAKAT DALAM BIDANG SUKAN RAGBI!

Rokiah tak perlu berusaha terlalu gigih, tetapi Aisyah sentiasa rajin untuk berlatih.

Rokiah berbakat.

Aisyah pula berminat.

Minat perlu dipupuk dalam diri. Jika tidak, minat hanya sekadar minat. Tak menyerlah dan tak menghasilkan apa2 pencapaian.

Bakat pula adalah kelebihan yang dikurniakan. Tanpa usaha yang gigih, bakat tetap menghasilkan sesuatu pencapaian, Tetapi , bakat boleh HILANG sekiranya tidak diasah pada ketika2 tertentu untuk sentiasa ia wujud dalam diri dan menghasilkan pencapaian.

Seperti pisau yang tugasnya untuk memotong. Ia tetap boleh memotong walau ianya tumpul. Tetapi, biarpun selalu digunakan untuk memotong tanpa diasah, lama-lama ia akan berkarat dan tidak dapat digunakan lagi…

Oleh itu, sebaik-baiknya, BIAR BAKAT ITU SEGANDING DENGAN MINAT. Kerana, impaknya adalah maksima dan melonjakkan pencapaian yang bukan sebarangan!

PERKONGSIAN KETIGA

Ada orang senang untuk mengadaptasi diri dengan suasana yang baru.

Ada orang yang perlu rakan atau murabbi membantu untuk berada pada kaedah atau suasana yang baru.

Ada orang sudah push sana push sini, tak pandai2 nak berada pada suasana yang baru.

Kadang2, diriku seperti orang yang kedua. Bergantung pada suatu ketika dan suasana. Suasana yang ada kebaikan untuk melakukan, tetapi tidak punyai kekuatan untuk sendiri melakukannya, tanpa dorongan dan bantuan.

Ketika itu,daku memerlukan seseorang atau murabbi untuk membantu atau menyatakan jalan. Kerana, agak sukar untuk  melakukan sesuatu perkara kerana tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Sebagai misalan, ingin menghasilkan karya penulisan pada aspek yang berbeza. Menghasilkan karya pada jurnal atau media. Lebih munasabah menghasilkan karya buku sendiri.Tak pernah dibuat sebelum ini. Tak tahu bagaimana nak bermula. Tiada rasa keinginan untuk menukar dan cuba berada pada arahnya.

Maka, ketika ini, rakan atau sesiapa yang ‘dekat’ dengan diri, sangat memainkan peranan. Diri ini InsyaAllah mampu menghasilkan paradigma baru berdasarkan kekuatan dan dorongan yang bukan berasal dari dalam nilai diriku sendiri.

Mereka adalah murabbiku

Mereka adalah teman setia dan rakan seperjuanganku

Itulah nilai kehidupan

Sentiasa berteman, rakan serta taulan.

InsyaAllah, daku akan cuba sedaya mampu yang ada. Mengubah cara baru, kaedah baru. Semoga ada kebaikan dari semua arah dan tujuan.

Akhir kalamku kali ini, terima kasih sekali lagi si daun keladi🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: