Kenapa wordpress?

Susah nak jawab persoalan sendiri ini,sebab sudah hampir dua tahun jagung bergiat menulis dalam blog wordpress.

Bukan tak pernah buka blog lain, tetapi tidak berminat walaupun functionnya mungkin lebih baik pada wordpress.

Dulu ada blogspot. Ditutup dengan kerelaan sendiri sebab tiada masa nak selenggara.

Tiada minat ingin meneruskan di sana. Di sini juga teman setia menjadi wadah bicara dalam dunia maya.

Kenapa tak buka sendiri website?

Sebab tak bergaji. Hehehe..

Itu hanya mukadimah. Tiada kena mengena dengan perbincangan di bawah.

Alhamdulillah… walaupun semakin sibuk nak mengulangkaji pelajaran terutamanya untuk exam yang semakin hampir, tangan ini tetap gatal ingin menulis, otak ini ligat menghasilkan ilham untuk menulis.

Ada sahaja idea yang tercanang di kepala. Tinggal hanya ada masa dan ketika.

Dengan minat yang ada serta bakat yang ingin diketengahkan, penulisan ini cuba melangkah ke bicara lain.

Mungkin ini pertama kali. Selama masa yang terluang lalu, cuba mengambil sedikit pendekatan untuk menulis berdasarkan huraian dan hujah pelengkap hujahan. Idea yang lebih kritis tetapi masih dekat dengan situasi masyarakat dan suasana.

Malangnya, cuba nak dihantar ke iluvislam, tiada pula ruangan untuk menghantar artikel. Mungkin disebabkan masih lagi membangunkan website genenrasi baru.

Maka, insyaAllah cuba menghantar ke majalah tertentu dahulu. Kalau ada rezeki insyaAllah akan dikeluarkan. Kalau tak ada, no hal. Yang penting berusaha dahulu, hasil kemudian.

Mengenai iluvislam, insyaAllah bila sudah ada ruangan penghantaran, tetap nak hantar juga walaupun isi kena berbeza atau modify sikit sini sana. Yang penting, semua orang perlu memabca, supaya menjana minda di sebalik kekalutan dunia.

Cuma,

Ada sedikit perkongsian di sini. Iyalah, bila nak berkongsi, berkongsi juga. Tak kisah nak terima atau tidak. Yang penting, idea disampaikan juga dalam blog sendiri🙂

Semua orang sedar dalam diri setiap manusia dikurniakan 2 jenis kekuatan. Yang pertama, kekuatan jasmani. Ia berasal dari keupayaan diri sendiri. Keupayaan untuk menghasilkan sesuatu berdasarkan kelebihan yang berada dalam dirinya. Mereka mampu membuka lembaran baru atau emncipta perubahan kerana mereka punya kekuatan dan kelebihan.

Manakala kekuatan kedua adalah kekuatan rohani. Ada juga orang memanggilnya semangat atau spiritual yang wujud dalam diri.

Lebih bersifat kekuatan dalam minda. Mindset menerima bukan berdasarkan keupayaan dan kekuatan dalam diri yang sedia ada.

Doa.

Dorongan.

Motivasi.

Perhatian.

Kasih sayang.

Ini adalah antara contoh sumber kekuatan rohani atau spiritual. Ia lebih bersifat abstrak dan wujud seperti keadaan yang tidak nampak mana datangnya. Tetapi, dapat merasai kedatangannya. Hadir menyerlahkan keupayaan yang sedia ada, menambah baik apa yang telah tersedia.

Kekuatan itu menjadi dorongan untuk melakukan sesuatu perkara yang luar dari kemampuannya. Mereka boleh bergerak maju ke hadapan kerana terasa ada sesuatu yang menjadi pendorong untuk mereka maju ke hadapan.

Jadi, sebenarnya setiap insan yang hidup di dunia ini tidak boleh berdusta boleh mampu berdiri atas kaki sendiri.

Seorang petani yang berjaya, mesti ada cangkul kesayangannya.

Seorang yang telah kaya dan berharta, suatu hari memerlukan seseorang membantunya dan berada di sampingnya.

Seorang lelaki yang teguh dengan kepimpinannya, sentiasa ada seorang wanita yang hebat pekerti setia di belakangnya.

Seorang hamba sentiasa merasai perlu dan ingin bertemu akan Tuhannya.

Biarpun harta melimpah ruah,

Pangkat dan darjat senantiasa terserlah

Semua tidak mampu memberikan kekuatan yang kedua. Kekuatan bertemu dengan permasalahan yang berbeza dan penyelesaian turut berbeza.

Sekadar perkongsian. Membuka fikiran meraikan di pagi yang ketenangan dan kedamaian.

Ditinggalkan beberapa persoalan. Nanti bila sudah ada ilham atau idea yang datang, cuba menambah baik perkongsian dan menjawab sendiri soalan. Macam biasa…

-sebenarnya ingin menulis tentang kebenaran al-Quran, insyaAllah di lain masa dan ketika..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: