Monthly Archives: November 2010

Kebenaran itu Hak Allah

Daku cuba meleraikan persoalan diri sendiri…

Kadang-kadang wujud suatu keadaan yang mana memerlukan diri ini menyampaikan suatu kalimah atau kalam kebenaran. Khusus dari jiwa yang mencari nilai dan cahaya Islam, menolak kepada pengharapan pada manusia atau sekaliannya.

Sebagai manusia biasa, di mana-mana, di seketika mana,

Pasti wujud manusia yang suka mengagungkan dunia dan manusia. Kononnya, duit adalah segala-galanya, harta yang melimpah ruah adalah matlamat utama, pangkat dan darjat menjadi topik utama.

Continue reading →

Jiwa dan Jasad: Prolog

Setelah agak lama sedikit meninggalkan terbiar pada tajuk buku yang pernah cuba dianalisa sebelum ini, maka kali ini mengambil langkah permulaan pada sebuah tajuk; PROLOG.

Sedikit mukadimah, perkembangan dan idea yang ingin disampaikan.

Ilmu dan fakta berdasarkan bahan bacaan dan pemerhatian,merangkumi juzuk pada jasad dan jiwa yang wujud dalam keperibadian hamba Allah, manusia.

Dengan sedikit kekuatan yang dikurniakan Allah, karya ini akan terus menerus disusuli dan diperkembangkan.

Semoga diredhai Allah s.w.t

Continue reading →

Peringatan pada hati yang alpa dan leka

Hari ini telah melalui jalan yang bermula pada hari yang semalam. Hari yang menjanjikan sesuatu yang tidak daku ketahui malah mungkin berbeza dari pengetahuan dan perancangan. Perangkaan manusia sentiasa melalui, perangkaan Allah s.w.t tiada siapa yang ketahui.

Manusia sentiasa meniti kisah dalam kehidupan dengan pelbagai sifat dan perancangan. Penuh dengan perancangan. Demi memenuhi hakikat, diri ini hanyalah mampu merancang. Dia yang MAHA MENENTUKAN.

Rancangan-Nya menaungi segenap penjuru alam. Menaungi setiap perancangan manusia, yang sememangnya bersifat lemah lagi tidak berdaya.

Sekiranya perancangan itu mengalami kesulitan, ketahuilah, manusia itu sememangnya tidak pernah sempurna dalam melakukan perancangan dalam setiap perbuatan.

Apabila perancangan manusia itu membuahkan kemudahan, ketahuilah perancangan itu bukan milik manusia itu menentukan, sebaliknya telah tercatat lagi direkodkan di lauh mahfuz sana.

Dia telah menentukan segala-galanya. Walau hamba-Nya yang diciptakan di muka bumi ini bersifat engkar dan alpa, rahmat dan pengetahuan-Nya tidak pernah terkurang walau secubitpun.

Allah Maha Menyaksikan segala-gala-Nya.

Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat dan tersurat dalam hati dan jiwa manusia.

Rahmat dari-Nya Maha Luas. Tidak mengira sesiapa dan di mana-mana. Sentiasa diberikan kepada segenap makhluk dan penjuru alam. Dialah Maha Memberi lagi Maha Merahmati.

Hidup adalah kerana-Nya. Suatu ketika pasti akan kembali pada-Nya.

Daku sentiasa ingin dan kembali mencari kebahagiaan hakiki. Kerana ia, lebih bernilai dari dunia serta seisinya. Kerana ia, mengingati daku hanyalah layak bergelar hamba, walau punya pangkat bahkan harta. Kerana ia, menjamin keredhaan Ilahi, menuju syurga yang abadi.

Continue reading →

Peringatan Akhir Zaman

Bilakah akhir zaman? Samakah apabila dikatakan akhir zaman dengan peristiwa kiamat?

Lebih kurang. Umat akhir zaman, selepas berakhirnya kenabian utusan Allah s.w.t, Muhammad s.a.w., kini seluruh manusia, tidak kira kafir atau muslim, semuanya umat akhir zaman.

Kiamat adalah peristiwa kemuncak dan peleraian dari sepanjang zaman manusia kurun temurun hidup dan beramal di dunia. Tercetusnya peristiwa kiamat, sangkakala yang ditiupkan, dan berkumpulnya manusia menanti dihisab di padang mashyar yang penuh sengsara dan menyeksakan, semua adalah rentetan kejadian selepas kiamat membuka tirai setelah sekian lama ramai sangat yang menantikan.

Continue reading →

Hari Raya Korban

Selamat hari raya korban 1431 H…

Ulang tahun kebesaran dalam Islam, mengenang kembali sejarah korban, dan pengorbanan yang paling besar antara tugas seorang Rasul, kasih sayang antara hamba, dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi buat Allah s.w.t, yang menciptakan dan menentukan setiap kejadian buat hamba-hambaNya.

Bukan mudah ingin melaksanakan perintah Allah s.w.t ini, mengorbankan anak sendiri, iaitu Ismail a.s. Namun, demi Allah, demi Allah, demi Allah, dihilangkan segala gerak hati dan naluri kasih sayang antara manusia dengan ahli keluarga, direjam Iblis laknatullah yang cuba menghalang tugas seorang Rasul supaya tidak melaksanakan perintah yang berat ini, demi Tuhan yang Maha Esa yang lebih mengetahui setiap tujuan diciptakan ujian dan perintahNya.

Continue reading →

Semulia-mulia diri bermula dari pakaian

Masa semakin berlalu. Hari demi hari pasti akan berterusan berlalu.

Manusia yang masih melihat hari ini masih masa seperti hari semalam, mereka dalam kerugian dan sia-sia.

Manusia yang melihat hari ini lebih buruk dari semalam, mereka menempa kecelakaan.

Manusia yang melihat hari ini lebih baik dari semalam, mereka ini beroleh keberuntungan.

(Artikel ini mungkin tidak terlalu panjang penghuraian dan penelitian. Disebabkan faktor masa yang kurang menyenangkan. Tetapi, insyaALlah cukup isi dan peringatan yang ingin disampaikan. Bila kelapangan, diperbaik dan disebarkan ke laman lain agar manusia yang lain beroleh manfaat dan kesedaran, insyaAllah…)

Continue reading →

Kematian itu suatu kehidupan

Sebahagian dari penulisan ini ialah kesinambungan dari peringatan yang lepas. Kesinambungan sebuah perjalanan yang tiada siapa mengetahui di mana perhentian. Namun, apa yang pasti, pasti dan pasti tetap akan sampai pada perhentian, kematian.

Ramai manusia yang enggan untuk berkata tentang mati. Bagi manusia, mati itu suatu cerita orang-orang tua, yang dah lama hidup dan jemu dengan kehidupan duniawi. Tinggal rumah kata pergi, kubur kata mari.

Tetapi, kini zaman sudah berubah. Dari zaman tuk kaduk, poh yeh-yeh, dangdut, rock kapak, sehinggalah ke zaman ini, yang tua-tua makin ramai yang tidak sedar diri. Asalkan berduit, tinggal jauh kisah anak bini. Ligat pula cari amoi-amoi, GRO mahupun gigolo yang sedia menanti!

Itu cerita orang kini. Bukan nak cakap kosong, cerita pompang-pompang kedai kopi. Ia kisah benar. Kehidupan moden zaman sekarang. Buka sahaja akhbar atau turut dikenali newspaper, pasti ada cerita ceriti kisah manusia yang tidak ingat tentang mati.

Continue reading →

Peringatan kali ini, bisikan hati?

Alhamdulillah, telah selesai satu kertas peperiksaan (bukan hari ini, semalam.). Semoga dikurniakan oleh Allah kejayaan jua buat kertas peperiksaan yang seterusnya. Amin

Hari ini ada sedikit kelapangan masa. Tak banyak, sedikit sahaja. Tergerak hati ingin menulis. Menulis tentang peringatan dari ayat2 kebenaran, al-Qur’an dan hadith-hadith yang disampaikan.

Tak sempat ingin membuat telahan atau huraian sendiri dengan lebih lanjut, hanya sempat meng’qoute’ dari buku himpunan hadith pilihan karya Maulana Yusuff al-Kandahlawi rah.

Semoga beliau sentiasa menerima rahmat dan keberkatan dari ilmu yang disampaikan, sekaligus ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh di sana. InsyaAllah.

Continue reading →

Menjelang Bulan Peperiksaan

Kebelakangan ini agak sibuk dengan peperiksaan. Banyak lagi bahan bacaan perlu dibaca walaupun sudah sampai detik-detik peperiksaan. Alkisahnya, tidak boleh ingin terus menulis di sini atau di mana-mana untuk jangka masa yang terdekat ini.

Apa-apapun, perjuangan sudah tentu tidak untuk hanya peperiksaan yang bakal menjelang di depan mata. Tentu sahaja untuk jangka masa hadapan untuk terus mencipta kejayaan buat dunia ini, menuju akhirat yang kekal abadi.

Continue reading →

Kisah kebenaran al-Qur’an

Teringat beberapa hari yang lepas ada menulis ingin menceritakan kebenaran di sebalik kisah al-Qur’an.

Perkara ini perlu disedari oleh semua umat Islam betapa bertuahnya kita dikurniakan ad-Din yang redhai Allah, dan petunjuk yang sentiasa bertepatan dengan maksud hidup manusia di dunia ini sehingga ke akhir zaman.

Ia adalah kalamullah

Ia adalah milik dan hak Allah

Datang atau hadirnya ia diasbabkan kepada seorang nabi dan ada malaikat yang menyampaikan. Bukannya seperti si penulis ini menulis dengan senang hati sahaja dalam blog, bila-bila masa nak menulis dia menulis, atau si penulis buku ingin meluahkan perasaan atau pandangan melalui cara penulisan.

Maka, al- Qur’an ini bukanlah buku-buku biasa yang boleh dibeli di tepi jalan, boleh tukar-tukar tangan, bawa pergi mana-mana, atau buat tidak tentu hala.

Ia mukjizat Allah.

Ia mengandungi bukti yang jelas, nyata dan terang. Segala sesuatu itu adalah datang daripada-Nya.

Continue reading →