Menjelang Bulan Peperiksaan

Kebelakangan ini agak sibuk dengan peperiksaan. Banyak lagi bahan bacaan perlu dibaca walaupun sudah sampai detik-detik peperiksaan. Alkisahnya, tidak boleh ingin terus menulis di sini atau di mana-mana untuk jangka masa yang terdekat ini.

Apa-apapun, perjuangan sudah tentu tidak untuk hanya peperiksaan yang bakal menjelang di depan mata. Tentu sahaja untuk jangka masa hadapan untuk terus mencipta kejayaan buat dunia ini, menuju akhirat yang kekal abadi.

Jadi, tidak mampu untuk menyempurnakan hasil penulisan yang sejak kebelakangan ini banyak idea atau ilham yang melekat atau bermain-main di fikiran. Tajuknya seperti ‘menari-nari’ untuk dibaitkan karya buatnya.

Tapi, tak boleh untuk meneruskan dalam penyampaian atau penghuraian kerana sudah tentu ada yang lebih mempunyai kepentingan, exam month! Bermula dari awal bulan 8 dan kertas terakhir pada 25 haribulan.

Untuk persediaan di saat-saat terakhir, cuba sedaya upaya mungkin berusaha mengingati dan menyemak kembali nota-nota di samping soalan exam semester yang lepas.

Bagi peperiksaan kali ini, ada 6 paper semua (walaupun tahun akhir! Wahh…). Teras sahaja ada tiga. 2 options dan 1 subject favorite, minor pengajian Islam🙂

Oleh itu, InsyaAllah akan cuba sebaik mungkin bagi menaikkan kembali pointer agar mampu meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi! InsyaAllah!

Bagi diri ini,

Akan sentiasa berusaha sedaya upaya yang mampu. Bertambah keinginan kerana minatnya terus bercambah untuk terus melangkah menuntut ilmu pengetahuan.

Walaupun perit derita kepala ini nak faham, hafal, hurai dan sebagainya, itu tentu sahaja ujian dalam menempuh dan mencari ilmu pengetahuan.

Buat report sampai ke pagi.

Tak putus-putus dengan kerja dan assignment yang serba pening,susah nak berkomunikasi, dan macam-macam lagi, cerita kebiasaan bagi semester ini (belum lagi masuk hal sendiri dan peribadi. Pening… pening…)

Apa-apapun, sekarang perlu fokus atas kertas peperiksaan. Agar mampu mencipta perubahan dan kejayaan, InsyaAllah.

Namun,

Bukan usaha yang menentukan kejayaan.

Usaha hanya tangga kejayaan.

Kejayaan tentu sahaja milik dan nikmat yang diberikan dari-Nya buat hamba-Nya, yang dilimpahkan kurnia-Nya pada hamba yang sentiasa berusaha dan berdoa, mengharap kepada-Nya.

Berusaha selagi termampu.

Berdoa itu sudah tentu

Allah Maha Mendengar setiap doa yang dipanjatkan oleh hamba-hamba-Nya yang sentiasa mengharap dan mengingati akan-Nya di dunia ini.

Allah Maha Mendengar setiap permintaan dan permohonan hamba-Nya, sama ada tersurat atau tersirat

Allah Maha Melihat

Allah Maha Mengetahui akan isi hati hamba-hamba-Nya

Doakan daku untuk peperiksaan ini🙂 .

Semoga dimakbulkan dan diberkati Ilahi. Amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: