Semulia-mulia diri bermula dari pakaian

Masa semakin berlalu. Hari demi hari pasti akan berterusan berlalu.

Manusia yang masih melihat hari ini masih masa seperti hari semalam, mereka dalam kerugian dan sia-sia.

Manusia yang melihat hari ini lebih buruk dari semalam, mereka menempa kecelakaan.

Manusia yang melihat hari ini lebih baik dari semalam, mereka ini beroleh keberuntungan.

(Artikel ini mungkin tidak terlalu panjang penghuraian dan penelitian. Disebabkan faktor masa yang kurang menyenangkan. Tetapi, insyaALlah cukup isi dan peringatan yang ingin disampaikan. Bila kelapangan, diperbaik dan disebarkan ke laman lain agar manusia yang lain beroleh manfaat dan kesedaran, insyaAllah…)

SEMUA BERMULA DARI PAKAIAN

Semuanya bermula dari pakaian. Tidak kira anda berpangkat inspektor atau sarjan, menteri atau rakyat, korporat atau keparat, pensyarah atau pelajar, semua bermula dari pakaian.

Dan, sebaik-baik pakaian ialah pakaian takwa.

“Wahai anak cucu adam! Janganlah sampai kamu tertipu oleh syaitan sebagaimana halnya dia (setan) telah mengeluarkan ibu bapamu dari syurga, dengan menanggalkan pakaian kedua-duanya untuk memperlihatkan aurat kedua-duanya. Sesungguhnya dia dan pengikutnya dapat melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.”     (surah Al-A’raf: 26)

Pakaian takwa boleh dilihat?

Ya. Sekali lagi jawapannya, YA. Pakaian takwa boleh dilihat. Bukan sahaja pada pakaian yang dipakai, turut tidak terkecuali pada peribadi si pemakai.

Orang yang bertakwa akan memakai pakaian bukan untuk dipersembahkan pada manusia yang lain. Dia memakai pakaian untuk melindungi diri, dan memelihara diri dari kelalaian dan kekurangan.

SIAPAKAH ORANG BERTAKWA

Orang yang bertakwa ialah orang yang sentiasa mentaati perintah Allah s.w.t dan menjauhi larangan-Nya.

Ciri orang bertakwa boleh difahami melalui riwayat ini. Riwayat perbualan dari Umar al-Khattab apabila ditanya oleh Ubay bin Ka’ab mengenai takwa.

Dari percakapan antara sahabat Umar dan Ubay bin Ka’ab ra. Suatu ketika sahabat Umar ra bertanya kepada Ubay bin Ka’ab apakah taqwa itu? Dia menjawab; “Pernahkah kamu melalui jalan berduri?” Umar menjawab; “Pernah!” Ubay menyambung, “Lalu apa yang kamu lakukan?” Umar menjawab; “Aku berhati-hati, waspada dan penuh keseriusan.” Maka Ubay berkata; “Maka demikian pulalah taqwa!”
Sedang menurut Sayyid Qutub dalam tafsirnya—Fi Zhilal al-Qur`an—taqwa adalah kepekaan hati, kehalusan perasaan, rasa khawatir yang terus menerus dan hati-hati terhadap semua duri atau halangan dalam kehidupan. –blog keluarga sakinah-

PAKAIAN SYAITAN

Mohon maaf. Ramai manusia zaman sekarang suka pada pakaian syaitan. (keras bunyinya, tapi itu kebenaran)

Syaitan suka pada pakaian yang jalang-jalang, sendat-sendat. Serba kurang. Menjolok mata pada orang yang memandang. Memberahikan. Merangsangkan.

Pakaian si adik dipakai si kakak berumur 18-21 tahun. Pakaian akak 20-25 tahun, dipakai oleh emak berumur 35-40 tahun. (supaya nampak slim dan lebih muda sikit)

Pakaian syaitan lagi mudah dilihat dan dikenal. Senang sahaja. Siapa yang melihat rasa akan rasa berkeinginan melihatnya sekali lagi, itulah pakaian syaitan.

Bukan kerana kecantikan atau kesopanan. Tetapi apa yang bermula wujud pada yang dipandang, pakaian.

Ketika sudah memakai pakaian syaitan, sudah tentu syaitan suka berdampingan.  Buat kerja bersama-sama, keluar jongging bersama-sama, makan turut bersama-sama. Jika tidak Allah menghijab pandangan manusia dari melihat syaitan yang berdampingan, pasti lintang pukang melarikan diri, bakar baju yang dipakai, apabila terasa diri rupanya sedang memakai pakaian syaitan!

Bukan menyejukkan mata yang memandang. Sebaliknya menyakitkan.

“….dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (auratnya) kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup kain kerudung  ke dadanya; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”   (Surah An-Nur:31)

Dengarlah. Syaitan memesongkan hati manusia, menyesatkan hati manusia itu bermula dari pakaian. Disampingkan pakaian syurga ciptaan Allah kepada Adam dan Hawa, dan menampakkan aurat mereka setelah melanggar perintah Allah s.w.t melarang dari menghampiri dan makan buah terlarang itu. Hilangnya pakaian syurga, dihantar ke dunia. (tidak rasakah orang yang tidak tahu erti pakaian ini terlalu penting menjadi penentu atau ciri utama untuk ahli syurga atau pengikut utama Iblis dan Syaitan laknatullah yang derhaka? (pendek kata, siapa yang suka ‘telanjang’ dalam pakaian, itulah pengikut syaitan dalam berpakaian.)

Apa impak di sebalik pakaian syaitan? Cuba bertanya kepada mangsa cabul, rogol, atau seumpama gangguan masalah moraliti manusia. Anda sudah berkawan dan mengenalinya berapa lama? Anda memakai apa ketika bersama? Bagaimanakah faktor pakaian anda ketika kejadian? Anda suka berpakaian bagaimana?

-maaf jika terkurang memberi pandangan. Antara faktor Adam dan Hawa meninggalkan syurga kerana mereka sudah tiada lagi pakaian untuk dibenarkan tinggal di sana (qouted black).

DULU DAN SEKARANG

Pakaian takwa itu bukanlah mengikut peredaran zaman. Dia tidak peduli dengan peredaran zaman. Dia ialah dia. Tersendiri dan teristimewa.

Pakaian takwa tidak laput ditelan zaman. Walau orang keji atau hina, pakaian takwa tetap ‘tersenyum’ dan terpelihara.

Manusia sering tertipu dengan peredaran masa. Zaman semakin hari semakin rencam dengan kehidupan masyarakat yang semakin kurang pegangan dan penghayatan pada agama. Sibuk menelaah buku dan bekerja. Terlupa tangungjawab yang berpaksi pada iman dan takwa.

Pakaian diselaraskan dengan perkembangan semasa. Jika dulu pop yeh yeh, pakaian habis menggelebeh. Jika dulu, rock kapak, pakaian habis hitam dan terkoyak-koyak. Jika sekarang trend singkat dan sendat, habis semua macam tak cukup ikat, sempit dan ‘sumpit’.

BAGAIMANAKAH CIRI PAKAIAN TAKWA?

Pakaian takwa tidak akan wujud pada diri yang tidak mengenali apakah sifat takwa. Sekiranya dipakai pada pakaian dengan jubah atau kurung sekalipun, tanpa iman dan takwa, pakaian yang dipakai hanya bagai menonjolkan diri kepada masyarakat kepada keindahan dan kemewahan. Kelak, akan nampak kekurangan dan kecelaruan pada si pemakai pakaian.

Mula ditambah sana sini. Disingkat sana sini. Diketat mana tak patut si sana sini. Rosak faktor pakaian sebagai perlindungan.

Pakaian takwa bermula daripada si pemakai pakaian. Sekiranya dia seorang yang yang berilmu dan beriman, dia akan sedar akan wujud perbezaan pada pakaian. Tak boleh terlalu ketat, tidak perlu terlalu labuh.

Tidak berlebihan.

Islam menganjurkan kesederhanaan dan kemudahan. Tidak perlu terlalu rigid, tidak perlu terlalu ekstrem dalam mempertahankan pendirian pada pakaian. Seperti makna atau seperti tamsilan yang diberi pada takwa, berhati-hati.

Tidak menjolok mata dan menyukarkan perjalanan.

Tidak menonjolkan apa-apa yang diharamkan bagi bukan mahram untuk kelihatan, dan wajib untuk diselindungkan. Yang kehadapan, diselindungkan. Yang kebelakang, tidak diperlihatkan. Itu keistimewaan Allah ciptakan khas buat kaum wanita. Hanya pada wanita. Bukan untuk dibuang merata-rata atau diperdagang-dagangkan. (nikmat telah tercipta pada diri tak mahu hargai, bala pula yang dicari)

“Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya  ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup, sambil ia berkata: “Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)”.

“Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): “Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua”.

“Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: “Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?”  (Surah al-A’raf: 20-22)

Sekiranya ingin diwujudkan perhiasan* pada pakaian, pakaian takwa tetap ditampilkan, hanya diniatkan pada wujudnya perhiasan pada pakaian yang dipakai. Seperti kepada suami, keluarga atau yang selayaknya. Dipakai pakaian yang menampilkan imej lebih keyakinan, kelebihan, dan penonjolan, terutamanya untuk menggembirakan atau menampakkan keistimewaan pada diri atau mereka yang dikhususkan. Jika seorang suami, dipakai ‘perhiasan’ itu buat isteri,keluarga, atau yang selayaknya diberikan kelebihan. Mereka atau masyarakat yang lain memandang, akan wujud rasa keserasian dan keseimbangan pada situasi dan kehidupan kekeluargaan.

Pakaian takwa bermula dari peribadi diri. Ia terserlah kerana telah serlah lama wujud takwa dalam diri.

Sungguh, ketika dahulu. Daku melihat pakaian takwa itu wujud dalam diri itu. Bukan sahaja pada pakaian, turut pada peribadi itu. Bersinar, dan cemerlang mempertahankan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. Pakaian itu memelihara diri dari sebarang kemungkaran. Siapa yang melihat terasa iman. Siapa yang berkata, terasa ada kedamaian.

Jangan dibiarkan pakaian takwa itu pergi tanpa dipinta ia pergi. Jangan dipudarkan warnanya. Tidak kira apa yang telah dilalui dan diberi, lindungilah dan peliharalah ia. Dia akan kembali kepada siapa yang menginginkannya.

Lindungilah dan peliharalah ia. Daku sedar akannya dan menyukai pada pakaian takwa itu.

*perhiasan di sini bermaksud pakaian yang lain dari kebiasaan, indah dan permai pada si pemandang. Tetapi masih menjaga nilai takwa, iaitu berhati-hati dalam memilih dan memakai setiap jenis pakaian.

* Jiwa dan Jasad :pakaian*

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: