Hari Raya Korban

Selamat hari raya korban 1431 H…

Ulang tahun kebesaran dalam Islam, mengenang kembali sejarah korban, dan pengorbanan yang paling besar antara tugas seorang Rasul, kasih sayang antara hamba, dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi buat Allah s.w.t, yang menciptakan dan menentukan setiap kejadian buat hamba-hambaNya.

Bukan mudah ingin melaksanakan perintah Allah s.w.t ini, mengorbankan anak sendiri, iaitu Ismail a.s. Namun, demi Allah, demi Allah, demi Allah, dihilangkan segala gerak hati dan naluri kasih sayang antara manusia dengan ahli keluarga, direjam Iblis laknatullah yang cuba menghalang tugas seorang Rasul supaya tidak melaksanakan perintah yang berat ini, demi Tuhan yang Maha Esa yang lebih mengetahui setiap tujuan diciptakan ujian dan perintahNya.

Maka, benarlah, setiap ujian yang Allah s.w.t timpakan pada hamba-hambaNya di dunia ini, ada hikmahnya. Jika tidak di dunia, di akhirat dikurniakan ganjarannya, dengan keizinan dari-Nya. Berkat kesabaran dan ketaatan yang ditonjolkan oleh kedua-dua orang Rasul Allah ini, digantikan kibash sebagai simbolik kepada korban yang Allah s.w.t perintahkan umat Islam untuk melaksanakan pada saban tahun ini.

Kenangkanlah kembali sejarah korban ini, agar kita mengenal siapa diri kita, mengenal sejauh manakah telah kita korbankan jiwa dan harta kita berdasarkan kemampuan kita buat agamaNya, dan di manakah tahap iman kita untuk melaksankan perintah Allah s.w.t di muka bumi ini.

Perintah untuk mendidik anak dengan rotan, perlu dikesampingkan dari kasih sayang yang bagai menatang minyak yang penuh buat anak dan keluarga. Maka Allah s.w.t sendiri telah menyatakan anak dan harta hanyalah perhiasan dunia.

Mentarbiyah (tidak benar digunakan istilah menghukum, mereka bukanlah pesalah) anak dengan rotan bukan bermakna mendenda atau tidak menyayangi mereka, tetapi kerana menyayangi mereka, mendidik mereka mengenal iman dan Allah s.wt. Korbankanlah rasa kasih dengan menidakkan didikan rotan, kerana besar peranannya apabila masa akan datang. Ibarat sekolah yang dididik dengan teori tanpa praktikal, murid tak faham, guru buat-buat pandai tapi jahil. Hasilnya, exam saja la tempat untuk bukti ‘kefahaman’ kita. Jangka panjang, satu apa pun tidak melekat dalam kepala. Sudah habis dicerna untuk exam atau periksa.

Jadi, didikan dari Rasulullah bukanlah cerita dongengan. Itu tarbiyah zaman dahulu, bukan zaman sekarang. Salah lagi mungkar akal dan fikiran manusia melihat tarbiyah Rasulullah yang diajarkan pada umatnya. Kerana kasih sayang Rasulullah, baginda mensyariatkan rotan sebahagian dari didikan.

Hanya, berpada dan melihat pada suasana. Bukankah permulaan kasih sayang dimulakan dari sentuhan, pemberian dan dorongan. Itu sepatutnya dilakukan dahulu. Jika masih degil dan kurang ‘pendengaran’, tegas dalam didikan. Tangan-tangankan mana yang tidak menunjukkan ketaatan. Tapi, ingat. Tangan yang memberi lebih baik dari menerima. Maka, ‘tangan’kan atau merotan dengan memberi iaitu kerana kasih kepada mereka. Bukan menghukum iaitu marah akan mereka. Beri sebab kenapa mereka ditarbiyah sampai kena merotan. Dan ingatkan, sekiranya masih berdegil, didikan yang lebih ‘berat’ akan dikenakan.

Dan, jangan dibiasakan. Kerana seperti yang telah dibincangkan, mulakan dengan kasih sayang. Antaranya menunjukkan kasih sayang kita pada mereka, sampaikan kata-kata manis supaya menjadi anak yang taat berdasarkan dorongan. Berikan pelukan kasih sayang, pimpinlah tangan mereka,  ciumlah pipi mereka, bisikkan di telinga mereka, dan jangan cepat melenting apabila berhadapan dengan kekurangan mereka. Bersabar dan tabah menghadapinya. Jika tidak bagaimana boleh dikurniakan pahala yang berlipat kali ganda pada orang yang bersabar sehingga dikurniakan ganjaran syurga Allah berkat dari kesabaran?

Berterusan memberi didikan. Tangan atau rotan mesti ada di kesampingan. Hanya, setiap perlaksanaan dalam didikan atau asuhan mestilah dengan ketaatan pada Allah, bukan kerana emosi, amarah manusia, atau sebagainya, yang bukan menunjukkan itulah asuhan kerana bukti kasih sayang pada ahli keluarga.

Sekiranya ada yang mengganggu diri dari melaksanakan, cari kedamaian dalam kekalutan. Tidak pernah dinafikan akan ada konflik atau kekurangan dalam setiap perlaksanaan. Sehingga kadang-kadang terasa putus asa, atau kecewa (bukankah ini sebahagian sifat syaitan?) . Maka, carilah ketenangan atau kedamaian. Di mana punca atau sumber kedamaian. Al-Qur’an, merenung ciptaan Tuhan, atau meluahkan pada seseorang yang lain mungkin memberi sedikit bantuan. Manusia di dunia ini sendiri pun diciptakan berpasang-pasangan, sulit kalau mampu menyelesaikan setiap permasalahan sendirian tanpa pertolongan. (Atau sekiranya blog ini menjadi punca ketenangan dan kekuatan, maka jangan lengah-lengah dari melihat dan mengambil pengajaran darinya! 🙂 )

Untuk akhir kata pada pengorbanan kali ini, jangan cepat berputus asa dan kecewa dengan kekurangan yang kita hadapi di dunia ini. Ramai lagi mungkin serba kurang dan lebih bermasalah dari kita di sini. Hiduplah kerana Allah, dan carilah ruang doa dan berharap kepadaNya yang sentiasa mengetahui setiap isi hati hamba-hamba yang diciptakan olehNya.

Buat kali ini,

🙂 terlambat post pula edisi korban. Dapat cuti 1 hari sahaja di kampung. Kalut paper istimewa pagi Jumaat ini (kena kuatkan semangat, strunggle lebih! Hhmmpph!) Fi kulli hal, bersyukur segalanya selamat dan tiba kembali di sini meneruskan perjuangan yang sentiasa menanti!

Selamat hari raya Aidiladha! Semoga dirahmati Allah selalu!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: