Peringatan Akhir Zaman

Bilakah akhir zaman? Samakah apabila dikatakan akhir zaman dengan peristiwa kiamat?

Lebih kurang. Umat akhir zaman, selepas berakhirnya kenabian utusan Allah s.w.t, Muhammad s.a.w., kini seluruh manusia, tidak kira kafir atau muslim, semuanya umat akhir zaman.

Kiamat adalah peristiwa kemuncak dan peleraian dari sepanjang zaman manusia kurun temurun hidup dan beramal di dunia. Tercetusnya peristiwa kiamat, sangkakala yang ditiupkan, dan berkumpulnya manusia menanti dihisab di padang mashyar yang penuh sengsara dan menyeksakan, semua adalah rentetan kejadian selepas kiamat membuka tirai setelah sekian lama ramai sangat yang menantikan.

Hanya, buat umat akhir zaman, mereka tidak hidup sepertimana umat-umat yang terdahulu. Umat-umat terdahulu hidup dengan melaksanakan ibadat semata-mata pada Allah s.w.t, dan para Nabi yang melaksanakan dakwah, menyampaikan kebenaran Islam ke serata tempat dan masa. Tetapi, umat akhir zaman perlu bekerja dan beramal sepertimana kerja-kerja para nabi a.s. Menyampaikan kebenaran tentang dunia, akhirat, Islam, iman dn sebagainya, memberikan teguran dan mencegah kemungkaran dari berlaku dan berleluasa di muka bumi Allah yang Maha Mulia ini.

Maka, umat akhir zaman dimuliakan dengan tugas yang diberikan. Tidak kira tempat dan ketika, itu kerja utama umat akhir zaman.

Adakah dakwah perlu sebagaimana Nabi s.a.w dan para sahabat lakukan?

Ya. Itu adalah sebaik-baik cara. Kerana itu cara Rasulullah, cara para sahabat yang dimuliakan dan diredhai Allah. Berjumpa manusia, menerangkan kepada manusia, dan sebagainya. Face to face. Jika timbul kecaman dan ugutan, mereka bersabar dan terus berdakwah. Itu cara sebenar dalam dakwah, sekental-kental dakwah. Bukan sahaja memupuk masyarakat akan kehebatan dan kekuatan dakwah umat Islam, turut menjana diri terus berada di jalan Allah, sambil membentuk peribadi yang beriman, bersabar, berkata benar, dan sebagainya.

Itu didikan dan bimbingan Allah. Kini, ¾ dunia dikuasai Islam.

Itu cerita kegemilangan dalam perjuangan dakwah ummah, iaitu ketika zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang dikuasai iman, takwa dan Islam. Mereka bukan calang-calang manusia. Hanya seorang sahaja ditempatkan di suatu negara, habis majoriti, keseluruhan penduduknya beriman dan percaya akan kuasa  Allah s.w.t.

Hati dan keyakinan mereka hanya pada yang satu, Allah… Allah… Allah…

Tiada satupun makhluk yang berkuasa.
Tiada satupun yang mampu melakukan sesuatu perkara, melainkan izin dari-Nya.

Kini,

Umat Islam kembali menjadi lemah. Kewujudan zaman jahiliyyah telah kembali. Bukan sama, malah lebih teruk lagi. Nauzubillahiminzalik.

Zaman ini semakin menghampiri kepada kehancuran. Manusia mula yakin akan kuasa, pangkat, dan harta. Dunia adalah segala-galanya.

Agama hanya perlu di masjid dan bila dah tua. Agama tidak memberi makna apa-apa pada kewujudan diri sebagai manusia.Agama seperti permainan dunia. Agama untuk berpolitik, agama untuk pangkat dan dipandang masyarakat, kejar populariti.

Wanita dieksploitasi seperti dahulu. Gejala moraliti JIT (jangan ikut tuhan) berleluasa.

Maksiat sana sini. Kemungkaran bukan susah nak dikenal pasti atau dicari.

Dakwah tetap terlaksana, tetapi di bawah pokok, di dalam masjid.

Banyak berbincang dan berdiskusi bersama.Tetapi, hasilnya sia-sia. Tiada yang mampu berubah.

Meskipun begitu, biar hancur sekalipun dunia ini, peranan dakwah tidak boleh dikesampingkan. Kerana itu perintah Allah dan Rasulullah s.a.w.

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Ali Imran :104)

Sekiranya tiada kemampuan untuk menyampaikan pada manusia di luar sana, peliharalah dahulu penampilan dan peribadi diri. Peliharalah keluarga dan mereka yang sama-sama ingin menuju jalan Ilahi.

Tegurlah diri, rakan dan keluarga sekiranya menyimpang dari jalan-Nya. Kerana, ini adalah zaman pengakhiran. Sukar dibendung dari penglibatan dan penyerapan dalam kehidupan seharian.

Apa-apa sahaja jalan, apa-apa sahaja cara. Allah tidak memandang hasil yang dapat diterima, tetapi hati dan diri yang sentiasa berusaha menyampaikannya.

“Ya Allah, ampunkanlah diriku sekiranya ini yang termampu aku lakukan buat agamaMu. Ya Allah, janganlah menjauhkan diriku dari sentiasa mengamalkan dan mengenali akan Engkau, wahai Tuhanku. Ya Allah, bimbinglah aku, kurniakanlah petunjuk pada diriku. Ya Allah, janganlah Engkau meletakkan beban yang tidak mampu aku menanggung dan bertangungjawab ke atasnya.”

“ Ya Allah, berikanlah kami hati yang sentiasa mencari dan meredhaiMu. Ya Allah, janganlah Engkau menjauhkan diri kami dari sentiasa mengEsakanMu, memuji dan memujaMu.”

“Ya Allah, sekiranya diri kami diuji olehMu, tabahkanlah hati kami. Sabarkanlah diri kami untuk terus berada di jalanMu. Bimbinglah kami, permudahkanlah urusan kami di dunia ini.Ya Allah, kurniakanlah diri-diri ini sentiasa dilindungi dan dijauhkan dari dugaan-dugaan duniawiMu.”

“Dahulukanlah amal soleh di mana pada waktu itu akan terjadi huru hara dahsyat bagaikan malam yang gelap gelita, seseorang pada pagi hari beriman lalu pada waktu petang harinya menjadi kafir, atau petang harinya kafir, lalu pagi harinya beriman. Dia menjual agamanya dengan keduniaan.” (HR. Muslim)

Dari Ali r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Hampir datang kepada manusia suatu zaman, di mana agama Islam hanya tinggal namanya sahaja, dan dari Al-Qur’an sahaja hanya tinggal huruf dan tulisannya sahaja. Masjid-masjid indah dan megah, tapi sunyi dari petunjuk. Ulama’ mereka adalah paling jahat di antaranya yang ada dikolong langit. Dari mereka itu kembali pada lingkungan mereka sendiri (umat Islam).”  (HR. Baihaqi)

Dari Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Kelak akan datang suatu masa, di mana orang yang sabar berpegang teguh pada agamanya, seperti mereka memegang bara api.” (HR. Tirmidzi)

Dari Ali r.a berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Kelak akan muncul di kalangan umatku suatu kaum yang membaca al-Qur’an bukan seperti lazimnya kamu (sahabat) membaca, dan sembahyangmu jauh berbeza dengan cara mereka sembahyang. Mereka membaca al-Qur’an dengna mengira bahawa al-Qur’an itu sebagai alat propaganda, padahal al-Qur’an itu berisi peringatan yang harus mereka junjung. Bacaan mereka itu tidak melebihi kerongkongnya (tidak meresap ke dalam hati). Mereka itu sebenarnya keluar dari Islam, bagaikan anak panah yang lepas dari busurnya.”  (HR. Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda: “akan datang satu masa dalam waktu dekat, orang-orang kafir bersatu mengalahkan orang-orang Islam, ibarat segerombolan orang-orang rakus berkerumun berebut-rebut hidangan makanan di sekitar mereka. Seseorang bertanya: wahai Rasulullah! Apakah kerana bilangan kita sedikit pada waktu itu? Rasulullah menjawab: bukan, bahkan kamu pada waktu itu adalah golongan yang ramai. Tapi, kepandaianmu pada waktu itu bagaikan buih-buih di lautan. Allah mencabut perasaan takut dari hati musuhmu, dan Allah akan menanam ‘wahan’ dalam hatimu. Seseorang bertanya:wahai Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan ‘wahan’ itu? Rasulullah menjawab: cinta dunia dan takut mati.”  (HR. Bukhari dan Muslim)

– Masih ada paper lagi. (kertas itu… terima kasih🙂 Menghargainya :))

* Jiwa dan Jasad : dakwah*

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: