Jiwa dan Jasad: Prolog

Setelah agak lama sedikit meninggalkan terbiar pada tajuk buku yang pernah cuba dianalisa sebelum ini, maka kali ini mengambil langkah permulaan pada sebuah tajuk; PROLOG.

Sedikit mukadimah, perkembangan dan idea yang ingin disampaikan.

Ilmu dan fakta berdasarkan bahan bacaan dan pemerhatian,merangkumi juzuk pada jasad dan jiwa yang wujud dalam keperibadian hamba Allah, manusia.

Dengan sedikit kekuatan yang dikurniakan Allah, karya ini akan terus menerus disusuli dan diperkembangkan.

Semoga diredhai Allah s.w.t

JIWA DAN JASAD : PROLOG

Kehidupan dalam diri manusia sentiasa tidak dapat lari dari ingin melakukan, melihat, mendengar, berkata-kata,dan merasai setiap sentuhan. Perbuatan dan keinginan ini merupakan sifat semula jadi manusia dan merupkan fitah azali untuk sebaik-baik ciptaan Allah s.w.t.

Perbuatan yang bersifat zahiriah atau lahiriah ini mampu dilihat, dikesan dan dinilai oleh pancaindera. Ia wujud pada semua perkara yang zahir menurut pandangan mata manusia dan boleh diteliti oleh akal. Akal mampu untuk berfikir berdasarkan logik dan rasional sebelum membuat sesuatu penilaian. Kemudian, perkara zahiriah ini diaplikasikan melalui perbuatan.

Maka, semua perkara yang bersifat zahiriah ini tercipta atau terbina kerana wujudnya jasad. Tanpa kewujudan jasad, terutama sekali anggota tubuh badan, tiada satu perkara mampu disampaikan dan dinilai oleh akal fikiran.

Jasad mampu dilihat oleh pandangan mata, didengari oelh telinga, dan dirasai oleh sentuhan tangan.

Jasad adalah milik manusia dan dunia. Maka, sifat utama jasad adalah sementara.

Umpama jasad seorang bayi yang dahulunya kecil, pada suatu ketika akan menjadi remaja. Jasad seorang pemuda yang aktif dan cergas, pada suatu ketika akan menjadi tua, lemah dan tidak bermaya.

Sifat jasad tidak boleh lari dari hukum alam. Setiap yang bermula pasti akan ada pengakhiran.

Namun, sebaliknya berlaku pada kewujudan jiwa.

Jiwa bersifat batiniah. Jiwa tidak mampu dilihat dan dinilai melalui pancaindera.

Jiwa wujud kerana adanya jasad yang melaksanakan. Namun, setiap manusia yang diciptakan tidak semestinya adanya jiwa sebagai bukti kewujudan jasad manusia itu diciptakan.

Oleh itu, asal jiwa itu pasti wujud pada jasad yang diciptakan. Tetapi, setiap jasad itu belum tentu wujud jiwa ketika melalui kehidupan.

Sebagai contoh pada prolog ini, dibawakan sebuah kisah sebagai perbandingan.

Encik Jasin merupakan seseorang ketua kampung. Kehidupan Encik Jasin adalah menguruskan dan menjadi orang yang terutama dalam menyelesaikan setiap permasalahan yang berlaku oleh penduduk kampungnya.

Semua penduduk kampung pasti mengenali Encik Jasin.

Sehingga suatu ketika, Encik Jasin meninggal dunia. Dikubur dan ditanam di tanah perkuburan di kampungnya. Setelah 10 tahun berlalu, mereka hanya mengenali Encik Jasin melalui jasa-jasa yang pernah ditaburkan, dan pengorbanan Encik Jasin dalam mengendalikan kampung tersebut.

Anak-anaknya hanya akan pulang menziarahi kampung tersebut hanya ketika hari raya. Mereka tidak merasai ada tujuan sebaliknya, setelah ayah mereka meninggal dunia. Masing-masing sibuk berfikir tentang dunia sendiri dan urusan keluarga sendiri.

Tanpa jasad yang melaksanakan, tiada manusia akan  mengetahui siapakah Encik Jasin, ketua kampung tersebut. Jasa yang ditaburkan oleh Encik Jasin merupakan sebahagian kecil dari sifat-sifat jasad yang memiliki jiwa. Penduduk kampung masih merasai sumber bakti Encik Jasin sepanjang kehidupannya kerana jiwa yang dimiliki oleh Encik Jasin dalam menguruskan dan membantu penduduk kampung tersebut.

Tetapi, sekiranya seseorang itu hanya berjasad sahaja, dia hanya hidup dalam dunianya yang tersendiri, tanpa dikenali dan mengenali manusia yang berada di sekelilingnya. Apabila dia meninggal dunia, masyarakat hanya hadir sebagai menunaikan tanggungjawab sebagai muslim, tetapi melupakan kisah dan kelibat dirinya setelah zaman silih berganti.

Walau jasad telah meninggalkan muka bumi, walau jasad berpisah dari pandangan mata dan didengari oleh telinga, jiwa tidak mampu dilenyapkan hanya kerana kehilangan jasad dari dunia dan tidak mampu diteroka oleh pancaindera.

Akhir kata prolog kali ini,

Jasad itu bersifat sementara. Jasad itu wujud pada istilah dunia. Jasad akan lenyap dan hilang setelah sampai tempoh masanya.

Jiwa pula bersifat kekal. Seseorang yang memiliki jiwa akan sentiasa dalam ingatan dan kekal sehingga ke akhir zaman.

Jiwa bukan milik manusia dan bukan milik dunia. . Jiwa itu hidup di bawah naungan iman. Jiwa adalah milik Allah s.w.t

Sekiranya manusia melihat seseorang kepada jasad, dia ingin memiliki dunia. Mengharapkan penerimaan dan habuan yang sementara. Suatu ketika, dia akan terasa kerugian, sama ada menerimanya atau ditinggalkannya.

Tetapi, sekiranya manusia melihat kepada jiwa, dia memiliki segala-galanya. Dia tidak merasai rugi apabila jasad pemilik jiwa terpisah darinya, dan dia bersyukur apabila dipertemukan dengan pemilik jiwa setelah dikurniakan oleh Allah s.w.t.

(Prolog ini sebagai usaha yang sedang bersungguh-sungguh untuk menghasilkan karya. Mungkin pada post berikutnya akan hanya diselitkan intipati pada penulisan : Jiwa dan Jasad. InsyaAllah)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: