Daily Archives: 14 Disember 2010

Antara Nikmat dan Musibah (2)

Menyelusuri laluan kehidupan di dunia ini, pelbagai ragam dan tingkah laku manusia boleh dilihat di sana sini.  Berjalan berpasangan sambil berpimpin tangan, bergurau senda bersama sanak saudara,rakan-rakan serta masyarakat yang lain antara yang biasa dilihat saban hari. Peristiwa menyayat hati dan mendukacitakan tentu akan disusuli pada ketika masa yang lain. Kisah kehilangan ahli keluarga, dihina, dibenci, malah dipulau oleh orang terdekat dan masyarakat, pernah dilalui oleh segolongan manusia di dunia ini.

Begitulah kisah kehidupan manusia dan dunia. Ada kalanya senang bergembira, ceria, dan ketawa. Tetapi, ada kalanya akan menitis air mata, bermuram durja, malah boleh seketikanya merasa tiada gunanya lagi dia hidup di dunia.

Begitulah Allah s.w.t menciptakan setiap kejadian yang berlaku di dunia ini. Tidak kira taat atau ingkar, semuanya akan diberikan nikmat berdasarkan apa yang telah ditetapkan olehNya. Dia mustahil bersifat lokek dan kikir macam manusia. Kerana telah jelas dan terang antara namaNya yang mulia ialah Al-Wahhab (Yang Maha Pemberi)

Ada kalanya Dia pasti akan menciptakan musibah. Musibah atau bala tetap jua akan menimpa tidak kira kepada yang menyembahNya atau yang berpaling daripadaNya. Dia Maha Adil. Yang kafir atau menyembah berhala ada balanya. Yang muslim dan taat tetap tidak terlepas dari ujianNya.

Tiada siapa mampu hidup terus bergembira.

Tiada siapa mampu hidup terus menerus merana.

Continue reading →

Advertisements