Kembara Menuju Puncak

Baru-baru ini sempat bersiar-siar dan dan mengadakan sedikit pengembaraan di suatu tempat.

Aktiviti mendaki bukit (bukan jabal Uhud) yang setinggi 10 km dari kaki bukit, sedikit sebanyak memerlukan kaki yang kuat, badan yang cergas, otak yang sihat, jasmani, rohani, dan bermacam-macam lagi dilatih semata-mata untuk mencipta dan mencapai matlamat sampai ke atas puncak.

Setelah hampir 2 jam 30 minit berjalan kaki, meredah hutan, menyelusuri sungai dan lata, menangkap kala jengking dan biawak untuk dimakan, menangkap buaya buat teman, menghalau harimau, dan bertumbuk dengan singa serta ular, akhirnya berjaya jua sampai ke puncak bukit.

Suhu yang sejuk dan kadang-kadang hujan rintik-rintik menambah kabus yang tebal di hadapan mata. Cadangnya untuk melihat suasana persekitaran dan di bawah kaki bukit dengan jelas, terhalang dengan ketebalan kabus di puncak pendakian. Adeh…

Selepas selesai solat, makan dan tidur lebih ½ jam, dan bersiar- siar di sekitar puncak bukit yang sejuk dan damai beberapa ketika, akhirnya turun kembali untuk pulang. Kalau lambat turun, nanti susah nak berjalan dan pulang.

Begitupun, perasaan kagum dan ta’jub akan kebesaran Tuhan mencipta keindahan alam semulajadi tidak putus-putus diingatan. Tumbuhan yang mekar hijau dan berwarna-warni, hidup subur, air terjun yang deras,jernih, dan bersih, batu-batu yang hijau berlumut, dan bermacam-macam lagi terasa damai di pandangan.

Walaupun memang terasa penat dan letih, mendaki dan menuruni bukit, tetapi bersyukur dengan iradat dan anugerah-Nya, diberikan jua sedikit kekuatan dan keazaman untuk tiba di atas bukit yang begitu nyaman dan damai dapat dirasakan.

InsyaALlah jika diberikan kemudahan dan dipanjangkan usia, akan bertemu lagi di sini!

(Terpeleot kaki! )

Sedikit gambar-gambar yang sempat ditangkap ketika berada di puncak bukit:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

– di mana? Cari sendiri🙂 . (lokasi:perak- dekat umah🙂 )

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: