Agenda di sana sini

Agak kesibukan sejak kebelakangan ini.

Bermacam-macam perkara perlu diteliti dan diselesaikan. Tesis, report, jurnal, laboratory,projek….

Akibatnya, banyak pula perkara lain yang tertangguh yang perlu dilakukan. Seperti menulis kisah buku dan terutama menulis di sini.

Apa-apapun,

Semester baru sudah bermula.

Cuba mencari rentak yang baru, ilham dan azam yang baru, serta terus menongkah arah demi mencari nilai-nilai kejayaan dalam pembelajaran dan kehidupan.

Kerana,

Jika mengharapkan kejayaan hanya pada pelajaran dan kemewahan, suatu ketika tetap akan meninggalkan dunia menuntut ilmu pengetahuan dan hidup dalam lain rentak dan persekitaran. Manusia pada ketika itu mungkin tidak lagi memandang pada ilmu atau “kamu dulu berapa pngk universiti?” “berapa taraf akademik yang kamu capai di universiti?”

Malah ketika itu hati budi mula menjadi persoalan dan pilihan.

Walaupun menuntut ilmu tinggi-tinggi, tetapi akhlak dan hidup seperti di bawah kerusi,

tiada gunanya masyarakat hendak menyanjung peribadi si hartawan, jutawan, ilmuan atau cendekiawan, sekiranya tiada upaya memberikan manfaat kembali kepada mereka mahupun menyediakan diri untuk membantu dan bersama-sama dengan mereka.

Biar nama atau pangkat itu menjadi suatu tanggungjawab untuk kembali berbakti dan menyumbang pada sekadar kemampuan yang ada pada diri, bukan mula berbangga diri dan menunjuk-nunjuk, konon itulah yang boleh menyelamatkan diri ketika di akhirat nanti.

Kenapa ingin dibangga-banggakan dengan pangkat dan darjat yang dicetak dan diberikan oleh manusia, sedangkan ketika berada di dalam kubur, hanya nama sendiri yang dilaungkan oleh tok imam dan nama ibu dan ayah yang bagi sahaja menjadi sebutan oleh malaikat dan para penghuni kubur di kubur sana?

Pernah dengar bukan kata-kata seperti, “biarpun kamu itu tak cerdik dan pandai seperti orang lain, tetapi kamu bertuah dan patut berbangga mempunyai hati budi yang baik yang bukan boleh berada pada diri orang lain.”

Sebab kini hanya boleh bilang dengan jari manusia yang berbudi pekerti dan berhati baik, tetapi berlongkok-longkok sampai beribu-ribu orang yang kaya raya, dan lepasan siswazah dari berpuluh-puluh universiti di Malaysia sahaja.

Tetapi,

Hendaklah sentiasa tanam di dalam sanubari yang  ilmu dan harta dijadikan sebagai keperluan dan bukan keinginan, supaya hidup tak melarat dan merana di hari kemudian.

Secret ingredient in success not about how we achieve it, but how we always develop and manage ourselves to get it.

“Allah tidak melihat pada rupa dan harta kamu, tetapi Allah memandang pada hati dan amalanmu.”  (HR. Muslim)

Kejayaan ialah pengorbanan!

Ini ada satu cerita.

Baru-baru ini pergi ke Langkawi untuk beberapa hari. Atas jemputan dan ajakan seorang rakan untuk bersama-sama mencari sumber inspirasi dan fotografi sempena majlis pertunangan si adiknya.

Alhamdulillah,

Segalanya lancar dan selesai. Sekiranya tiada aral melintang, insyaAllah dalam masa setahun akan melangsungkan perkahwinan.

Dari perak ke kedah

Bawa dulang dan hantaran

Agama dan adat sebagai penyudah

InsyaAllah berlangsung upacara perkahwinan

Walaupun hanya berada di sana untuk beberapa hari, rombongan dari tanah seberang masih sempat melencong ke beberapa tempat perlancongan yang ada di sana. Selepas sahaja majlis pertunangan, terus bergerak mencari tempat strategik dan menyimpan kenangan ketika berada di Langkawi.

Dataran Lang, pusat gamat, pusing-pusing pulau, makam Mahsuri, dan beli belah di zon free duty, semua sempat lagi untuk melawat dan bertandang.

Orang lain cakap,

Sambil menyelam minum air!

Di bawah ini ada sedikit gambar kenangan ketika berada di Langkawi sana.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: