Jiwa yang Berdoa

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Nampaknya pagi-pagi ini sehingga kini hujan membasahi bumi. Menyediakan embun-embun segar buat kebangkitan hidupan di dunia ini sama ada tumbuhan, haiwan mahupun manusia yang semuanya di bawah satu nama, makhluk kepada Allah Azza wa Jalla.

Dengan limpah kasih dan sayang-Nya, diri ini cuba membaitkan kalam, menandakan syukur atas rahmat-Nya yang tidak ternilai serta kekuatan yang diizinkan oleh-Nya kepada hamba-Nya ini berdasarkan iradat dan usaha yang hamba-Nya ini miliki.

Alhamdulillah…

Buat memanjangkan kalam ini, mungkin tidak sebaik mana atau seilmiah mana, hanyasanya ingin berkongsi ilmu dan kenyataan hidup manusia sabaga makhluk dengan pencipta-Nya atau khalik-Nya, Allah s.w.t.

Dengan keupayaan yang Allah ciptakan kepada makhluk, suatu ketika nanti pasti kewujudannya akan hilang dan berubah. Sekiranya dahulu masih kecil, kini sudah dewasa. Sekiranya dahulu masih kurang ilmu pengetahuan, kini sudah bijak dan bercambah minda.

Kudrat manusia sentiasa berubah-ubah. Sepertimana dia dilahirkan, suatu hari nanti pasti akan dikembalikan (kematian).

Tetapi, ada suatu yang pasti dan diyakini tidak pernah berubah dan tidak akan sesekali akan berubah.

Allah subhanahuwataala.

Jadi, dipendekkan atau diringkaskan perkongsian, sesiapa yang sentiasa hadirkan hatinya kepada Allah, siapa yang mengasihi dan mencintai kerana Allah, dan siapa yang mengenal dirinya adalah makhluk yang diciptakan untuk beribadah kepada Khaliknya, iaitu Allah, pasti jiwa dan hatinya akan sentiasa abadi dan kekal akan kewujudannya, iaitu semata-mata kerana Allah.

Jiwa itu tidak akan berubah walau hilang dari pandangan atau hilang dari penglihatan.

Kerana,

Hakikat jiwa adalah milik Allah. Bukan milik manusia

Penyucian jiwa perlu kembali kepada Allah, bukan boleh dicuci dengan sabun basuh atau maskara.

Capaian jiwa bukan juga dengan harta benda dan keindahan dunia. Sebaliknya dengan sentasa zikir, tasbih, tahmid, al-Qur’an dan berfikir akan kebesaran dan nama-nama Allah.

Pemilikan jiwa bukan dengan kewujudan dunia yang bersifat sementara. Sebaliknya atas nama Allah, dengan hubungan doa yang sentiasa berkekalan dan ikhlas sebagai nilai yang tiada boleh dibuat penilaian!

Ia tidak hanyut ditelan zaman, masa dan ketika. Ia tidak hilang kerana perubahan dunia dan seisinya. InsyaAllah.

Di bawah ini disediakan beberapa kalimah-kalimah Tuhan, Rasulullah s.a.w dan para ahli ilmuan dan hikmah tentang doa sebagai pedoman dan buat renungan.

“Berdoalah kepadaKu, niscaya Aku akan kabulkan.”  (AL- Ghafir:60)

“Sesungguhnya apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku amat dekat. Aku akan mengabulkan doa orang yang berdoa jika dia berdoa kepadaKu.”  (Al-Baqarah: 186)

Dari Ali ibn Abi Talib r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya doa itu adalah senjata bagi orang yang beriman, tiang agama, dan sinar langit dan bumi.”   (HR. Hakim)

Dalam kitab Al-Hakim, hadith dari Ibn Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Doa itu bermanfaat bagi musibah yang telah turun dan yang belum turun. Oleh kerana itu, wahai hamba Allah, kalian harus berdoa.”

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Barangsiapa yang tidak meminta kepada Allah, Allah murka kepadanya.”    (HR. Ibnu Majah)

Dari Anas, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Seseorang hamba akan selalu baik selama ia tidak tergesa-gesa dalam berdoa.” Mereka bertanya, “bagaimanakah seseorang itu tergesa-gesa dalam berdoa?” “Rasulullah s.a.w. menjawab, “orang tersebut berkata, aku telah berdoa kepada Tuhan, namun dia belum mengabulkan doaku.”  (HR. Imam Ahmad)

Dari Ibnu Abbas r.a, ketika berada dalam keadaan sulit, Rasulullah s.a.w berdoa:

“Tiada Tuhan selain Allah yang Maha Agung lagi Maha Sabar, tiada Tuhan selain Allah, Tuhan Pemilik Singgahsana yang agung, tiada Tuhan selain Allah, Tuhan Pemelihara langit dan bumi, dan Tuhan pemilik Arasy yang mulia.”  (HR. Bukhari dan Muslim)

Doa tanda iman

“Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan kepadanya Dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang (kalau tidak diterima) dan juga perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang memperbaiki amalannya.” (Al-A’raf:55-56)

“tidaklah seseroang muslim berdoa kepada Allah sesuatu doa yang tidak mengandungi dosa atau memutuskan hubungan ‘rahim’, melainkan Allah akan memberikan kepadanya menerusi satu dari tiga cara:diperkenankan apa yang dipintanya atau disimpankan untunya di akhirat kelak, atau Dia menghindarkan darinya sesuatu keburukan yang setimpal dengannya.Para sahabat berkata: ‘kalau begitu kita perbanyakkan berdoa!’ Nabi s.a.w menjawab: Allah s.w.t lebih banyak memberikan ganjaran.’” (HR. Bukhari)

Dari Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: terdapat lima doa yang pasti diterima doanya: Doa orang yang dizalimi selagi dia tidak mengambil tindak balas ke atas orang yang menzaliminya. Doa seorang Haji selagi dia belum pulang ke kampung halamannya. Doa seorang Mujahid ketika masih di medan peperangan. Doa seorang yang sedang sakit sebelum sembuh. Doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain di belakangnya yang dilakukan secara sembunyi. Selanjutnya baginda Rasulullah s.a.w bersabda: di antara doa-doa tersebut yang paling cepat diterima ialah doa seorang saudara keapda saudaranya yang lain secara tersembunyi. (HR. Baihaqi)

2 responses

  1. ya Allah..baru hambamu ini tahu betapa jahilnya kehidupanku..ya Allah ya Rahman ya RAHIM..ampunkanlah segala dosa hambamu.hilangkanlah segala macam pnyakit hambamu ini..amin

    1. Iman itu mengajar manusia menilai setiap kekurangan dan perbaikan pada diri. Iman yang teguh dan utuh dalam diri mendidik diri ingin menghampiri diri kepada Ilahi.
      Tuhan yang memiliki segala sesuatu atas ciptaan hamba-Nya tidak sesekali alpa dan leka akan hamba yang sentiasa mengingati dan merindui-Nya. Kasih sayang-Nya tiada batasan. Kasih sayang-Nya menaungi setiap insan.
      mindpower09- terima kasih atas kunjungan. Semoga kita sentiasa merasai kasih sayang dan keampunan yang jelas hadir di bawah naungan-Nya. Semoga anda sihat dari kesakitan yang dialami. Mungkin ada pengajaran dan didikan yang ingin diberi khusus buat anda. Semoga anda tabah dan sabar menghadapinya.
      Ingat formulasi falah dunia wa akhirah : taat, takut (khauf) dan harap (raja’). InsyaAllah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: