Taubat

“Abang, berapa kali kita wajib bertaubat? Kenapa kita kena bertaubat?”

“Ibu, ampunkan kesalahan Amin, ibu. Amin Banyak buat salah dengan ibu. Amin banyak kali ingkar perintah dan arahan ibu. Ibu, Amin berdosa dengan ibu. Amin membuatkan ibu marah setiap hari. Amin bertaubat ibu. Amin berjanji tidak akan mengulangi kesalahan Amin lagi. Ampunkanlah Amin…”

“Yang lepas-lepas itu, lupakanlah. Sia-sia kamu terkenangkannya. Ambillah ia sebagai pengajaran. Jadikan ia sebagai sempadan. Mulakanlah kehidupan yang baru. Masih jauh lagi perjalanan kamu. Mungkin ada sinar harapan yang lebih baik di kemudian hari dengan perubahan yang kamu lakukan kini…”

Perencanaan manusia sememangnya lemah. Jika dikatakan A, belum tentu itu yang dapat dilakukan. Jika dikatakan pergi ke Mersing, mungkin Ipoh yang dilalui. Manusia itu hanya mampu merancang, dan Tuhan itu yang Maha Menentukan.

Melalui perencanaan manusia, tidak mungkin manusia itu akan terlepas dari melakukan kesilapan atau kekurangan. Kesilapan yang bukan remeh, malah membawa kepada permusuhan dan dosa di sisi Tuhan. Mereka merencana untuk memecah belahkan manusia, mereka merencana itu melakukan kemaksiatan dan dosa.

Dihasut Iblis dan Syaitan untuk melaksanakan…

Didorong nafsu serakah yang degil dan tidak pernah puas untuk melakukan dosa…

Setelah dilakukan segala perkara yang merosakkan, akan timbul di hati yang masih terdetik setitik iman mengatakan, “ya Allah… apa yang telah aku lakukan selama ini. Ini dosa ya Allah. Ini bukan mendatangkan kebaikan kepadaku di kemudian hari. Itu semua hasutan syaitan dan nafsu yang celaka dalam diriku, ya Allah. Ampunkanlah aku wahai Tuhanku yang Maha Mengetahui.”

Kerana nilai iman yang begitu tinggi untuk dibuat perbandingan, manusia yang selama ini yang suka pada kemaksiatan dan kerosakan, kembali mencari jalan Tuhan, mencari arah kembali pada keredhaan Allah Azza wa Jalla.

Intipati Taubat

Kembalinya manusia kepada jalan Allah tidak akan sesekali akan dilaksanakan tanpa kehendak daripada-Nya. Dia menurunkan nur hidayah buat si hambas agar tidak lagi terpesong dan jauh dari petunjuk-Nya.

Dia membuka jalan buat si hamba. Dia meniupkan roh iman ke dalam diri si hamba.

Namun,

Iman yang dikurniakan bukanlah murahan. Boleh sahaja dipakai buang, dijual beli di pasar malam. Nilainya jauh tinggi dari harga langit dan bumi. Dia hanya membuka jalan, usaha hamba-Nya pula untuk  meneruskan berada di atas jalan yang telah ditunjukkan oleh-Nya.

Kerana iman yang setitik, hamba mengerti nilai dunia dan seisinya.

Kerana iman yang sedetik, hamba mengerti betapa nilainya syurga dan betapa azabnya neraka

Kerana iman yang sedetik, hamba ingin bertaubat dan kembali kepada-Nya.

Taubat mula dilaksanakan sebaik-baiknya. Tunjuk cara sebenar dalam taubat didalami, difahami, dan dihayati untuk bertaubat.

Diri insaf dengan dosa yang telah dilakukan

Berazam tidak lagi mahu medekati dan melakukan dosa yang lalu

Mula mencari peluang melakukan kebaikan dan amal kebajikan untuk mereka yang memerlukan.

Taubat Nasuha

Taubat nasuha bukanlah mainan kata-kata. Bukan juga suka-suka dibuat lagu atau tema cerita ketika suka atau duka cita.

Taubat nasuha adalah sebenar-benar taubat. Taubat yang kembali menjernihkan hati, kembali menyinarkan pemilik jasad kembali mengabdi diri kepada Allah s.w.t.

Taubat nasuha tidak bermula lisan yang mengatakn, “ya, sekarang juga aku bertaubat.” Bukan juga hanya dengan perbuatan hanya menunjukkan dia telah bertaubat. Sebaliknya ia didatangkan dari i’tikad yang kuat dalam hati untuk sebenar-benar kembali kepada petunjuk Allah dengan bertaubat.

Hati yang paling dalam menyinarkan roh taubat.

Lisan dan mata mengalirkan air yang jernih meniup kalam taubat

Jasad dan peribadi mengalami perubahan yang ketara ke arah jalan kebenaran hasil dari roh dan penghayatan pada taubat nasuha.

Taubat nasuha tidak berhenti hanya pada ketikanya untuk sekali. Tetapi, ia berterusan sehingga menemui mati.

Apabila dia dipanggil Allah,

Dengan keizinan dan rahmat dari-Nya,

Dosa yang dilakukan hilang dan tiada dalam buku rekod amalan.

Pelbagai kebaikan yang telah dilakukan

Terhindar dari dosa dan neraka yang mencari mangsa

Dialu-alukan meniti jambatan sirat, menuju ke syurga yang indah buat para hamba-hamba yang bertaubat kepada-Nya.

Itu harga sebenar-benar, setulus-tulus taubat yang kukuh dan utuh berasal dari hati,

Taubat nasuha.

Lintasan Kini Berbeza

Namun, sedarilah. Semua manusia tidak pernah sempurna. Manusia kini sudah jauh dari jalan dan peringatan Rasulullah.Kondisi manusia kini penuh dengan kemungkaran dan kemaksiatan yang dilakukan di sini sana. Fitnah berleluasa. Mata tidak lagi terlindung dari penghayatan pada agama. Jiwa yang rindukan agama akan memberontak dan merasakan seperti dipenjara.

Manusia kini ibarat seperti hanya menunggu dan menunggu waktu yang telah ditetapkan-Nya.

Kerana itu, walau taubat telah dilaksanakan,

Suatu ketika pasti terdetik akan dosa yang telah dilakukan. Dosa yang telah dilalui kembali lagi ke dalam lintasan fikiran.

Kadang-kadang, kerana iman manusia akhir zaman seperti masuk dan keluar dari tubuh badan, dia kembali melakukan dosa dan kesilapan. Perkara dahulu yang dilupai kini terlintas kembali.

Ketika itu, janganlah berputus asa. Kembalilah kepada Allah. Mohon sentiasa perlindungan dari sisi Allah. Dia Maha Melihat akan setiap makhluk-makhluk yang diciptakan-Nya. Dia mengetahui setiap kelemahan dan kekuatan hamba-hamba-Nya.

Akui dengan setulus-tulus hati hamba ini lemah dan tidak terlepas dari dosa.

Mohon sentiasa kalimah takut, insaf dan harapkan pengampunan dari Allah s.w.t

Jauhkan diri dari menuruti kehendak syaitan dan nafsu, dekati pada mukminin yang masih jelas di pandangan, dan dekati majlis-majlis yang berterusan mengingatkan keagungan Tuhan, pemilik semesta alam.

Selagi matahari masih lagi bersinar dari timur ke barat,

Pintu rahmat dan taubat masih Dia mengalu-alukan.

Pendek kata,

Hijrah!

“Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) untuk orang yang mengerjakan kesalahan kerana kebodohannya, kemudian mereka bertaubat setelah itu dan memperbaiki (dirinya), sungguh, Tuhanmu setelah itu benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang.”  (An-Nahl: 119)

“Ya Allah, hambaMu ini sering kali memohon keampunan dari sisi-Mu. Namun, hamba-Mu ini jua sering kali jauh dari yang yang Engkau redhai dan sentiasa wujud di hati akan kemaksiatan yang Engkau murkai, wahai Tuhanku.”

“Ya Allah, aku hamba-Mu yang lemah. Aku hamba-Mu yang tidak berdaya. Aku hamba-Mu yang mempunyai cacat cela dan kekurangan di sana sini.”

“Ya Allah, sekiranya aku tidak memohon keampunan dan rahmat dari sisi-Mu, di mana lagi ingin aku merintih, mengharap, dan ingin aku tuju? Di mana lagi aku akan momohon keampunan akan dosa-dosaku? Suatu hari nanti aku tetap akan kembali menemui Engkau, wahai Tuhanku. Segala amal perbuatanku akan terpampang di sana. Kebaikanku, keburukanku, kecelakaanku, kehinaanku, kebajikanku, semua akan kelihatan.”

“ Ya Allah, dosa-dosaku mungkin menggunung tinggi. Tetapi rahmat dari sisi-Mu lagi Maha Mulia dan menjulang tinggi. Permudahkanlah dan kurniakanlah petunjuk akan jalan yang Engkau redhai kepada hambaMu ini.”

“Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku. Dosa-dosa kedua ibu bapaku. Dosa-doas mereka yang mengasihiku dan mereka yang aku kasihi.”

“Ampunkanlah hamba-Mu ini ya Allah. Bimbinglah aku. Bantulah kami. Lindungilah kami, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui dan Menciptakan alam ini.”

Amin ya Rabbal A’lamin…

ntah… dah berapa lama tak diupdate blog. Semoga selamat…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: